Keluarga Mertua Dari ‘Syurga’

Assalammualaikum wbt. Nama aku Ratu. Terima kasih admin jika artikel aku ini tersiar.

Aku penghidap Major Depressive Depression with Psycosis, Mild Schizofrenia, Bipolar Disorder, Anxiety dan Chronic Slip Disc. Aku harus terangkan penyakit aku ini agar kalian faham akan cerita aku nanti.

Alhamdulillah aku telah berkahwin selama 16 tahun dan ada seorang anak angkat lelaki berusia 2 tahun. Aku tidak dapat mengandung kerana satu tiub fallopio aku tersumbat dan satu lagi telah dipotong pada tahun 2015 akibat kandungan kembar luar rahim.

Aku pernah menjalani IUI dan IVF tetapi gagal. Dan akhirnya mengandung normal tetapi di luar rahim.

Akibat meroyan setelah keguguran aku mendapat segala penyakit yang aku sebutkan di atas tadi. Doktor juga tidak menyarakan aku mengandung lagi akibat kondisi tulang belakang yang semakin meruncing.

Aku selalu hilang ingatan dan hilang dari rumah dalam keadaan yang tidak terurus akibat penyakit-penyakit yang aku hidapi. Satu taman perumahan kenal aku dan menganggap aku tidak kuat iman dan kesunyian sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Tak perlu untuk aku terangkan segala amalan yang aku telah buat kerana ia adalah urusan aku dengan Penciptaku. Setiap hari aku akan makan 14 biji ubat rentetan dari penyakit yang aku hidapi.

Berbalik pada kisah keluarga mertua dari syurgaku pula. Aku kini sedang mengalami kemurungan yang dahsyat pada hematku. Pada kalian mungkin tidak seberapa tapi pada aku amat berat.

Mertuaku ingin tinggal bersamaku sedangkan dengan penyakitku ini aku tidak betah untuk ada orang asing dalam rumah. Bagaimana mahu menjaga mertua sedangkan diri sendiri tak terjaga dan anak angkatku pun pengasuh yang jaga.

Mak ayah mertuaku sepatutnya hanya singgah seminggu ke rumah baru kami tetapi akibat saranan adik beradik suami aku maka mereka ambil keputusan tinggal sebulan di rumah baru kami.

Aku tak tahan dengan mak mertua aku yang suka mengumpat dan bercerita mengenai artis 24 jam dan ayah mertuaku yang merupakan perokok tegar. Aku rimas ayah mertuaku hisap rokok dalam rumah aku hatta dalam bilik berhawa dingin sekalipun.

Suami aku yang perokok itu pun aku minta merokok di luar bagi menghormati ilmu-ilmu dari Al-Quran dan buku-buku ilmiah memandangkan rokok adalah haram.

Aku tak ingin benda-benda haram dan syubahah dibawa masuk ke dalam rumahku. Aku bimbang malaikat rahmat tak ingin memasuki rumah kami.

Selesai bahagian mak ayah mertuaku. Masuk bahagian adik ipar kesayangan suami aku yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah institusi awam. Adik ipar aku ini ada berhutang dengan kami sebanyak 60 ribu dan tak pernah bayar.

Wallahi aku tak pernah kisah kerana aku kasihan dengannya yang telah ditipu. Aku anggap keluarga mertua aku seperti keluarga kandung dan menyanyangi mereka seperti keluarga sendiri.

Satu hari akibat desakan hidup aku telah menghantar pesanan Whatsapp kepadanya bagi meminjam seribu ringgit memandangkan duit simpanan kami telah habis digunakan untuk buat rumah baru.

Aku katakan padanya aku minta maaf kerana menyusahkan dan jika ada lebihan duit aku ingin pinjam memandangkan susu dan lampin pakai buang anak aku dah habis. Duit nak makan pun dah tak ada.

Aku meminta dia merahsiakan daripada pengetahuan suami aku sebab suami aku memang tinggi egonya. Dia tidak suka keluarganya tahu bahawa kami susah. Aku tidak pinjam dari keluargaku kerana aku telah pinjam duit mak, abah dan adik beradikku untuk buat rumah sebanyak 50 ribu.

Aku sangkakan adik iparku boleh dipercayai tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dia bagi aku pinjam duit seribu itu dan berjanji tidak akan beritahu suami aku. Tetapi selepas itu dia telah menelefon suami aku dan beritahu bahawa aku pinjam duit dari dia.

Apalagi suami aku mengamuk bila dapat tahu. Suami aku caci maki dan keji aku dengan panggilan perempuan bodoh, perempuan tak guna, perempuan gila duit dan harta dan macam-macam lagi.

Aku sedih sangat dengan perbuatan adik ipar aku lalu aku hantar pesanan Whatsapp kepadanya. Dia minta maaf kerana tak sangka suami aku akan marah sedemikian rupa dan berpesan pada aku lain kali jangan buat benda yang suami tak suka kalau nak bahagia.

Dia kata dia tak berniat nak buat kami bergaduh tapi dia tak suka perangai aku yang pinjam duit tanpa pengetahuan suami aku.

Salah aku juga sebab percayakan dia sedangkan sebelum ini dia pernah khianat aku sebegini juga. Aku rasa teramat bodoh dipatuk ular di lubang yang sama sebanyak dua kali.

Akibat kata-kata suami dan perbuatan adik ipar menjadi pemangkin untuk aku mencederakan diri aku dan bunuh diri.

Tetapi semasa aku ingin mengelar nadiku alunan azan Asar berkumandang dan aku hanya mampu menangis histeria. Kemudian aku diserang anxiety attack mengakibatkan aku tak boleh bernafas.

Setelah reda sedikit, aku ambil grab dan pergi ke unit kecemasan kerana aku bimbang akan ada cubaan bunuh diri lagi. Itupun selepas pakar psikatri aku menuntut aku berbuat demikian.

Suami datang ke kecemasan dan cakap kau ni hanya tahu menyusahkan dan membebankan aku. Perbuatan kau ini sedikitpun tak buat aku simpati malah buat aku rasa benci. Aku ditahan di wad dan setelah stabil aku pulang ke rumah naik grab.

Setelah pulang suami aku terus maki hamun aku lagi. Aku pun minta maaf pada dia sebab buat benda yang dia tak suka.

Dia tak puas hati dan bertindak menunjal-nunjal kepala aku dan berkata yang aku ni benak tak ingat-ingat pesanan dia. Aku sedih tapi tak tahu nak buat apa. Dia cakap dia maafkan aku sebab kenangkan aku ini gila.

Dua hari selepas itu mak mertua aku telefon. Aku memang akan telefon mak dan mak mertuaku setiap hari. Tapi sebab dah dua hari aku tak telefon maka mak mertua aku telefon. Dia tanya kenapa tak telefon dah lama.

Kemudian dia beritahu yang dia tahu aku bergaduh dengan suami sebab adik ipar aku ada mengadu pada dia.

Setelah itu mak mertua beritahu jangan rapat dengan adik ipar aku kerana dia tak sukakan aku. Aku tanya kenapa. Akhirnya mak mertua aku beritahu yang suami adik ipar aku jatuh cinta dengan aku. Itu yang buat dia marah dan bencikan aku.

Tak adil untuk aku sebab bukan salah aku suami dia suka pada aku. Aku bukannya melayan suami dia pun.

Suami adik ipar nak dia jadi macam aku yang taat pada suami dan keluarga mertua memandangkan adik ipar aku ni mulut cakap lepas, suka memberontak, suka cari gaduh dengan mak mertua dan canang keburukan suami.

Adik ipar aku tak dapat mengandung disebabkan suaminya bermasalah. Dia dengan selamba beritahu semua orang dia tak boleh mengandung bukan salah dia tapi sebab suami dia bermasalah.

Dan dia keluarkan kenyataan juga yang mak mertua dia tak sama standard dengan dia sebab mak mertua dia sekadar belajar hingga tingkatan tiga dan dia pula ada sarjana.

Suaminya tak suka perangai dia dan nak dia contohi aku. Aku pun bukannya baik untuk dicontohi. Dan paling penting aku mana tahu suami dia suka aku dan dia cemburu suami dia suka aku.

Sekarang ini aku tengah stress mak dan ayah mertua aku tak nak balik-balik rumah mereka. Aku tak boleh ada perubahan dalam pola kehidupan.

Perubahan hanya akan buat sakitku semakin tenat. Tapi nak buat macam mana tak ada orang pun nak pertahankan aku. Suami aku pun tak nak faham aku.

Tolong doakan aku kuat hadapi hidup ini ya. Aku sekadar ingin meluah sebab dah tak tertanggung sangat.

Maaf sebab luahan aku ni panjang sangat dan membosankan.

Sekian, terima kasih.

– Ratu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Assalamualaikum Ratu.
    Semoga sentiasa dalam kesejahteraan dan perlindungan Ilahi.
    1. Pada segala yang telah berlaku sehingga semalam adalah takdir yang Allah SWT telah tetapkan dan izinkan berlaku.

    2. Hari ini pula kita masih ada di sini asbab keizinan Allah SWT jua yang mengizinkan kita masih hidup untuk mengisi segala apa yang Dia suruh.

    3. Insan-insan lain yang hadir dalam hidup Ratu adalah dengan keizinan Allah SWT jua dan mereka juga tertakluk kepada ketentuan Allah SWT sebagai hamba-Nya.

    4. Semua hamba Allah SWT diuji kerana syurga yang kekal abadi itu terlalu mahal. Namun untuk mendapatkan syurga juga tidaklah terlalu sukar.

    5. Makanya kepada Ratu, kembalilah kepada Allah SWT dan selesaikan masalah dihadapi dengan cara yang Dia tetapkan.
    Buat solat istikharah beberapa kali. Mohon Allah SWT tunjukkan jalan dan pilihan terbaik.

    6. Harus sudah sampai masanya suami dan ibu bapanya “dikembalikan” ke tempat asal iaitu kehidupan mereka tanpa Ratu. Biarlah mereka hidup dengan seisi keluarga mereka dengan cara mereka.

    7. Jika ketika Ratu sakit pun ditunjal-tunjal, hal duit seribu pun huru-hara sedang yang puluh ribu buat senyap, maka sudah tak banyak baki kasih sayang suami yang harus tinggal untuk Ratu.

    8. Ratu tanyalah Allah SWT. Mohon dikurniakan keputusan dan pilihan terbaik yang dapat menjadikan Ratu meneruskan hidup dengan tenang, dapat menguruskan hal kesihatan diri dengan tabah dan dapat membahagiakan diri sendiri tanpa rasa terlalu bergantung kepada orang lain.

    9. Pandanglah langit dan alam yang luas ini. Sapulah air matammu. Senyumlah untuk diri sendiri. Perlahan-lahan uruskan satu-satu tindakan untuk keluar daripada keluarga itu. Mula-mula sebaik-baiknya dapatkan nasihat daripada orang yang dipercayai – keluarga sendiri, sahabat atau para ustaz yang berwibawa. Pastikan ada yang menemani dalam sebarang urusan.

    10. Segala isi dunia ini Allah SWT yang punya. Pintalah sebahagiannya untuk Ratu dapat meneruskan hidup dengan keupayaan Ratu dalam menuju reda-Nya.

    Selamat berikhtiar Ratu.
    Sapulah air matamu.
    Dunia ini masih luas untukmu.

  2. Tak payah pedulikan semua tu.tanya suami.dh tahu bodoh KO nak jugak dh tu asal bising.dua lg nangoi..angang.maaf

  3. Sis.cuba bertenang .selepas solat minta petunjuk Dari Allah.Mungkinkah penyakit2 sis itu muncul selepas kahwin?atau jika sebelum kahwin pun mmg dah ada?Saya hanya buat pertanyaan2 sahaja.Jawapan&penyelesaian oleh Sis sendiri

  4. awat tak cerai and cari bahagia sendiri? suami dah sampai tunjal kepala panggil gila. awat nak jadi bini dia lagi eh? tak faham la

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *