Keluarga Mertua Tertoksik

Assalamualaikum semua. Cukup aku kenalkan nama dan diri aku sebagai “Dahlia”. Aku berumur 34 tahun ini, berasal dari utara tanah air dan berkahwin pada November tahun lepas.

Aku dan suami berkahwin atas dasar suka sama suka. Tak ada halangan dari kedua-dua keluarga kami, alhamdulillah..

Sebelum berkahwin kami berhubungan secara berjauhan atay long distance relationship selama lebih kurang setahun lebih sebelum buat keputusan berkahwin.

Suami anak kedua dari 4 orang adik beradik. Dia ada abang dan 2 orang adik perempuan. Ayahnya dah pun meninggal pada tahun 2015. Suami tinggal bersama emaknya yang ada earring problem. Tak berapa sihat tapi suka acah-acah sakit teruk.

Senang cerita, mak dia tak dengar bila kita bercakap. So, dia kena read lips kita bila kita bercakap dengan dia. Di rumah tu, ada abang suami (dah kahwin tapi duduk berjauhan dari wife dia) dan adik perempuan suami berserta suaminya dan anak mereka seorang.

Rumah sempit tapi isi rumah kemain ramai sebab semua jenis nak berkepit bawah ketiak mak dan nak bertepek dekat rumah tu. Rumah di tengah KL, lupa nak bagitau.

Okay saja kami sebelum kahwin. Aku pun baru sekali saja jumpa mak dan family dia before kami bertunang.

Masa jumpa dengan mak dia tu, beriya mak dia menangis depan aku sebab kononnya ada jugak orang nak kahwin dengan anaknya (suami dah nak dekat 40 tapi masih tak kahwin masa ni).

Mula la mak dia buat ayat sedih bagai sampai aku sekali menangis sebab terpengaruh drama swasta air mata murahan mak dia.

Balik dari KL tu, mak dia mesej aku di Instagram, request nak follow IG aku. Okayla aku pun accept. Tak lama lepas tu mula dah sikit-sikit dia tunjuk perangai munafik dan hipokrit dia.

Dia dengan beraninya komen dekat IG story aku di mana aku letak gambar kawan aku dengan caption berbau pujian kerana sayang sebagai seorang sahabat. Dia cakap kawan aku tak cukup sayang Allah lagi. Terkejut aku baca, orang luar tiba-tiba menilai kawan aku sebegitu rupa.

Long story short. Lepas kahwin, aku dan suami stay dekat 9 hari di rumah aku before dia bawak aku balik duduk sekali mak dia dan family dia.

Masuk saja dalam rumah tu waktu sampai, jauhhh dalam hati aku dah dapat rasa the darkness, entah taktau nak cakap macam mana. Aku memang dah rasa tak selesa dan tak seronok. Tak selesa bukan sebab rumah kecik tapi sebab environment dalam rumah tu.

Oh, lupa nak cerita. Selain dia orang 3 beradik dan mak dia, dalam rumah tu jugak ada bibik adik bongsu dia. And adik perempuan dia nombor 3 berserta suami dan anak dia pun memang akan datang rumah tu HARI-HARI untuk bertepek.

Masa mula sampai tu dia orang semua amat ‘welcome’ aku. Semua mula la nak berkenalan lebih rapat, nak bermesra.

Masuk hari ketiga atau keempat macam tu, aku dah start rasa lain, rasa menyampah duduk rumah tu sebab aku rimas. Rimas dengan orang yang terlalu ramai dalam rumah tu.

Rimas dengan suara bising anak-anak buah dia yang selalu memekak. Rimas dengan semua la. So aku pun luahkan la pada suami aku yang aku rindu rumah aku, aku nak balik. Benda tu buatkan kami bergaduh laki bini.

Agak teruk sampai suami babitkan mak dia masuk campur. Mak dia yang tak berapa kuat berjalan tu sanggup terhegeh-hegeh panjat tangga untuk masuk ke bilik kami untuk confront aku.

Tanya aku kenapa nak balik sangat? Siap marah dan tinggi suara dekat aku. Siap tanya “Kau ni ada kekasih lain kot yang kau nak balik sangat?” Menangis aku tak mampu nak jawab pertanyaan dan tuduhan mak dia.

Long story short again. Lepas peristiwa malam tu dan selepas dah bermaafan, aku cuba sesuaikan diri dengan environment dalam rumah tu. I tried, so hard. Very hard. Aku masak.

Aku borak dengan adik-adik dia dan mak dia dan cuba main dengan anak-anak buah dia tapi deep down in my heart, aku tak boleh nak menipu diri aku. Awal bulan 1, adik bongsu dia (berserta maid adik dia) pindah ke rumah baru dia orang.

Tinggal la aku, laki aku, mak dia and abang dia dekat rumah tu. Since that day, aku rasa selesa la sikit sebab dah berkurang orang. And aku yang galas tanggungjawab masak dan kemas rumah.

Hari-hari aku akan masak untuk laki aku, mak dia dan abang dia. Ye, abang dia. Aku meluat sebenarnya nak cerita pasal abang dia. Dah 42 tahun tapi tak jalankan tanggungjawab sebagai anak dan abang sulung. Semua benda mak dia yang uruskan.

Yang dia tau, pergi kerja dan bila weekend balik ke utara untuk jumpa bini dia. Hingga pada satu saat, aku disuruh oleh mak dia untuk sidai pakaian dan seluar dalam abang dia.

Baju abang dia mak dia yang basuh. Makan aku sediakan. Dia balik kerja, dia makan then berkurung dalam bilik. Laki aku bengang bila dapat tau aku kena sidai seluar dalam abang dia.

Long story short again. Biras aku yakni wife abang ipar aku entah apa angin entah since aku kahwin dia tak berapa suka aku. Boleh nampak dan kita ada instinct kan bila orang tak suka kita. Dia tak pernah like gambar masakan aku yang mak mertua aku post di FB.

Dia tak reply mesej aku pada dia. Maybe dia jealous sebab takut aku jadi menantu kesayangan sebab sebelum ni dia sorang saja menantu perempuan.

Hingga pada satu saat, dia terasa dengan satu postingan aku di FB story. Dia kata aku bagi ayat tu dekat dia padahal tidak sama sekali. Since dari tu, dia mula nak cari masalah dan pasal dengan aku.

Dia kata nak putuskan hubungan dengan aku, siap left group whatsapp family sebab dalam tu ada aku.

Start dari tu mula la drama-drama mega perempuan tua itu (dia dah umur 50). Such a kiddo! Okay nak cerita pasal mak mertua aku. Dia ni aku taktau la mak jenis apa entah, suka betul buat drama air mata. Air mata dia terlalu murah untuk ditangiskan. Ratu air mata.

Ada saja nak komplen pasal aku dan ada saja yang tak kena pasal aku dekat mata dia. Aku shopping di shopee pun salah. Dia selalu perli kalau barang aku sampai di rumah. Aku keluar beli barang dekat kedai Eco dengan laki aku pun dia perli cakap bazirkan duit. Macam-macam la ayat dia.

Satu hari tu masa bulan Januari, terjadi la hal. Fyi, adik perempuan nombor 3 suami aku hari-hari akan hantar anak perempuan dia umur 5 tahun ke rumah mak mertua aku. Ye, dia dengan harapan aku dan suami aku dapat jagakan anak dia.

Tapi, it’s a BIG NO la aku nak jaga. Hello, bukan anak buah aku! Aku taknak ajar diri aku jadi hamba. Laki aku pun bukan dia jaga anak buah dia jugak. Cuma kadang-kadang la kami tolong tengokkan gitu-gitu.

Mak mertua aku la yang jaga. Dengan terketar-ketar dia mandikan budak tu, suap makan dekat budak tu etc. Dan ya, adik ipar aku tu dengan laki dia hari-hari akan bertepek di rumah tu masa nak ambik anak dia orang.

Tapi aku rasa dia orang bengang dengan aku sebab dah tak dapat makan kt rumah tu macam selalu macam dulu-dulu waktu bibik ada. Sebab aku dah tak masak banyak. Aku masak cukup-cukup saja.

Aku bukan kuli bukan orang gaji nak masak dekat kau orang satu family. Aku tak bodoh. So, jadi la isu. Mak dia yang drama air mata tu menangis dekat adik nombor 3 dia.

Dia cakap aku dengan laki aku asyik duduk dekat atas dalam bilik saja tak tolong jaga anak buah dia dan tak layan dia. Dia kata dia sunyi. Aku nak cerita pasal mak mertua aku. Dia ni aku rasa ada bipolar. Perangai dia boleh bertukar-tukar. Tapi, most of all ratu air mata.

Dia suka cerita pasal perangai menantu-menantu lain dekat aku dan suami. Suka cerita hal tak elok tentang orang lain, walaupun aku sendiri tak kenal orang tu. Mulut mak mertua aku sangat durjana dan bahaya. Berbisa. Tak padan sakit. Hati dia tak elok.

Pernah dia panggil aku dan attack aku tanya kenapa aku hide dia di IG story aku. Aku hide sebab mak dia tu jenis kepochi, jenis suka judge orang, jenis suka mengata. Benda tu jadi isu besar dekat dia.

Sampai bergaduh aku laki bini pasal dia. Everytime bergaduh, mesti pasal mak mertua aku.

Long story short. Lepas adik bongsu dia habis pantang, dia datang rumah untuk ambik mak mertua aku pergi rumah dia. Dan di situ lah berlakunya pertengkaran mulut antara laki aku dan adik bongsu dia. Kurang ajar gila, siap meninggi suara dengan laki aku.

Tuduh macam-macam, fitnah macam-macam pasal aku. Kata aku hasut laki aku tak bagi jaga anak buah dia. Siap persoalkan kenapa laki aku tak mandikan anak buah dia. Kau dengar sini kalau kau baca ni. Anak buah kau tu perempuan, dah 5 tahun pun.

Plus, dia anak angkat. Memang sesuai ke laki aku mandikan dia? Such a bimbo. Macam-macamla dia tuduh aku masa tu. Sampai hampir bergaduh aku demgan dia.

Sampai laki aku menangis sebab dituduh macam-macam dan ditengking adik sendiri. Mak mertua aku pulak menangkan anak perempuan dia. Dia salahkan kami 100%. Siap cakap aku masuk campur hal adik beradik.

Jadi, malam tu aku dan laki aku ambik keputusam untuk keluar dari rumah neraka tu dan berpindah ke utara. Esok paginya kami terus pindah. Drama mak dia tak payah cakaplah. Dikatanya macam-macam dekat kami.

Tapi alhamdulillah, aku makin tenang dan happy since keluar dari rumah neraka tu. Tenang sangat-sangat, taktau nak cerita.

Kepada mak mertua drama air mataku dan adik beradik suamiku, ketahuilah Tuhan tu ada. Dia tahu semua apa yang kau fitnah dan tuduh aku.

Aku dah tak nak tengok muka kau orang semua.

– “Dahlia” (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *