Keluarga Mertua Yang Menakutkan

Kenapa baru-baru ini banyak sangat kes gaduh diantara keluarga mertua dengan anak menantu? Kakak atau abang ipar dengan adik beradik? Biras sesame biras?

Bagi aku tinggal dengan ibu bapa mertua ini kena penuh dengan kesabaran, kasih sayang dan tanggungjawab kedua-dua belah pihak.

Percayalah walaupun rumah yang bakal korang duduki dengan keluarga mertua itu kurang selesa dari banyak faktor, kalau korang tahu menghargai satu sama lain serta saling bantu membantu benda itu akan jadi mudah dan autom4tik akan jadi selesa tinggal sebumbung.

Aku ada sepupu yang tinggal dengan mak mertua dia. Mak mertua dia sangat baik dan positif. Jauh sekali dengan perspektif orang lain yang aku pernah baca dalam confession yang lain.

Aku ada tanya dia kenapa boleh rapat sangat dengan mak ayah mertua. Jadi, dekat bawah ini serba sedikit kata-kata yang diberi.

“Korang kena ada hormat, selalu anggap keluarga mertua macam keluarga kita juga. Bukan sebagai mertua tetapi sebagai mak dan ayah kita sendiri. Memanglah bukan dia yang melahirkan kau, tapi dia melahirkan suami kau.

Mungkin kau akan rasa janggal pada mulanya, tetapi percayalah kau akan terbiasa. Sama jugalah kalau kau nak jadi baik, mesti kau akan amalkan kebaikan tersebut sampai jadi tabiat.”

Okay, cakap pasal tabiat ini. Ada satu tabiat yang biasa kita anak menantu buat iaitu mengadu. Contoh, kalau macam kau dah menyampah mak mentua kau membebel suruh buat itu ini.

“Qila, tolong ibu masak nasi, tolong kemas dapur, cuci pinggan, basuh baju” dan sebagainya. Kau jangan cepat melatah pergi bagitahu dekat suami kau. Mungkin hari itu mak kau penat, kau bolehlah bertolak ansur dengan buat kerja rumah lebih sikit walaupun kau seorang wanita berkerjaya.

Percayalah kalau kau tolong mak kau mesti dia gembira sangat dan akan sayang kau macam anak dia sendiri atau mungkin lebih sayang kau dari anak dia sendiri (suami).

Samalah kalau kau penat pun mesti kau nak orang tolong kau buat kerja. Aku percaya yang keluarga mertua kau pun tak akan merungut dan jadi segan bila kau yang minta tolong.

Sekiranya perkara macam ini dah tak terkawal sampai boleh tekanan dan suami tidak ambil endah, jangan terus ‘meletup’.

Sila bawa berbincang dengan adik beradik atau kenalan yang kau rapat dan dipercayai dengan syarat penting seseorang itu mestilah boleh simpan rahsia dan boleh memberi impak positif dalam diri kau.

Faktor paling utama dengan cara dan niat kau untuk bukan nak merendahkan atau membuka aib suami dan aib keluarga mertua kau.Insyaallah aku yakin yang cara ini amat berkesan kerana faktor sekeliling juga yang mempengaruhi diri kita samada baik atau buruk.

Selain itu, sekiranya mengalami tekanan melampau, korang boleh mendapatkan rawatan dengan berjumpa pegawai perubatan yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pengendalian stress.

Atau boleh juga menghubungi talian NurKasih 15999 untuk mendapatkan khidmat kaunseling serta maklumat lebih lanjut dengan permasalahan yang berlaku kepada korang.

Lagi satu, penggunaan ayat yang wajar dan berhemah juga amat penting, jangan menengking, guna ayat kasar dan suka memerli keluarga mertua kerana hal ini boleh menimbulkan kebencian untuk korang.

Walaupun ada rasa kurang menyenangkan dengan cara atau tabiat keluarga mertua yang korang kurang gemar kurangkan mengadu dengan suami. Maksudnya di sini, korang bukan tak boleh mengadu tetapi mengadu pun ada caranya.

Contoh negatif:

“Abang, orang tak sukalah adik abang tu, pemalas sangat basuh pinggan pun tak mahu, saya jugalah yang kena basuh, baju pun diletakkan bersepah sepah bilalah mahu keluar dari rumah ini”.

Contoh positif:

“Abang, saya perasan yang adik awak tak suka basuh pinggan, saya bukan nak marah tapi kalau boleh nanti kalau abang ada perasan yang dia hanya tinggalkan pinggannya di sinki, boleh abang tegurkan.

Saya bukan berkira tetapi apa salahnya kalau dia basuh pinggannya sendiri kan tak elok tinggalkan lama-lama di sinki dan dia pun boleh belajar dan jadikan tabiat perkara itu bila dia tinggal sendiri nanti.”

Kalau korang pula tinggal sekali dengan adik-beradik suami, tips untuk korang menawan hati mereka, korang kena pandai baca pergerakan dan fikiran mereka. Jangan menaruh harapan tinggi untuk terus di sukai oleh adik beradik suami.

Bak kata orang tua-tua, kalau hendak disukai, kita kena menyukai dulu. Boleh bertanya khabar dengan adik beradik suami, cepat memberikan bantuan sekiranya diperlukan dan meluangkan masa lapang bersama mereka.

Percayalah benda macam ini sedikit sebanyak dapat buat dia rasa dihargai dan akan sayang kau macam kakak dia sendiri serta menghorm4ti korang.

Lagi satu kalau korang dalam mood tak stabil masa kerja atau tengah marah, cuba jangan bawa sampai ke rumah. Cuba pergi tenangkan diri dulu, mana-mana ambik angin bagi tenang pergi solat kat masjid ke kan seronok. Pastu balik rumah makan sama-sama dengan keluarga seronok rasanya.

Akhir kata, keluarga yang harmoni itu terjadi bila diri kita sendiri yang usaha nak benda itu terjadi. Bermulanya juga mungkin dari kita sendiri barulah orang lain akan ikut dan ambil iktibar. Dari bercakap yang tidak baik, kita cuba jadi baik.

Tips terpenting dalam isu ini adalah hati, serius banyakkan berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dan berzikir kepada Allah SAT. InsyaAllah hati kita akan sangat tenang dan lapang. InsyaAllah kalau marah pun tiba-tiba kita akan mendengar berita berita yang baik. InsyaAllah.

Salam sayang dari kakak untuk awak semua. Assalamalaikum.

– Ada Mudin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *