Assalamualaikum..
Aku menulis confession ini sejurus aku membaca confession Nora tentang ‘Masih Relevan kah untuk kahwin’. Intro, aku seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah. Cerita Nora dalam confession tersebut mengenai sikap ayahnya, adik-beradik lelakinya, bahkan saudara-mara lelakinya sangat menyedihkan aku. Di sini aku ingin menegaskan bukan semua lelaki begitu, tetapi realiti hari ini lelaki yang berkualiti amat-amat kritikal.
Aku guru sekolah rendah, aku juga guru kelas. Sebenarnya banyak kisah-kisah duka yang dipendam diperam oleh guru-guru mengenai masalah kekeluargaan. Kadangkala sudah habis daya cikgu berusaha untuk membantu murid.
Aku melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana kanak-kanak yang membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang ayah akan memberi kesan yang negatif kepada anak tersebut. Jika dilihat peratusan di sekolah mengenai sahsiah murid yang banyak masalah disiplin datangnya daripada keluarga yang bermasalah. Sekarang dah ada satu sistem untuk guru disiplin atau guru kelas isi tentang masalah disiplin murid. Cikgu-cikgu ini bukan je kena mengajar, nak jaga sikap anak murid dah satu hal. Mengisi data mengenai kesalahan murid dah satu hal.
Sebenarnya dah tak larat nak merekod masalah disiplin murid ini. Sebab yang bermasalah bukan murid itu sebenarnya, mak ayah murid tersebut perlu di’educate’ . Bila keluarga bermasalah, anak ini akan rebel di sekolah. Dia mencari perhatian dan kasih sayang dalam bentuk yang salah. Membuli kawan untuk melepaskan kemarahan yang ada dalam dirinya. Protes itu ini sebab nak kan perhatian dan kasih sayang.
Ada satu kes di sekolah aku, bapanya seorang yang sangat panas baran. Anaknya dah biasa makan penampar dan maki daripada bapanya. Di sekolah dialah paling taiko. Buli rakan kelas sehingga ke tahap menjilat lantai tandas. Bukan kes sekolah menengah ya. Sekolah rendah. Ibu bapanya pun dah bercerai. Yang mengurus dan mengambil tahu hal ehwal anak ini hanya ibunya. Bapanya entah ke mana.
Letih dan penat cikgu di sekolah mengadap pelbagai kes hasil ‘hubungan ibu bapa yang bermasalah’ ini bukan sikit. Tak larat aku nak hurai panjang lebar. Kisah yuran tak bayar sebab mak seorang yang menanggung.. Ayah tak ambil tahu langsung keperluan pendidikan anak-anak. Dalam erti kata lain tak bekerja! Mengharapkan segala bantuan kerajaan, konon tak mampu.. Bila tak dapat bantuan memberontak di pejabat sekolah. Banyak, sangat banyak.
Kes macam ini jarang didedahkan kerana etika penjawat awam. Aku menulis conffesion ini paling kurang mengharapkan yang bakal berkahwin, atau anak-anak masih kecil.. Layari bahtera perkawinan dengan sebaiknya. Jika bercerai sekali pun, tanggungjawab pada anak-anak itu akan kekal selamanya. Didik dan ambil tahulah tentang darah dagingmu sendiri. Jika ditanya pada guru-guru hari ini apakah kemenjadian murid yang sangat diharapkan oleh guru? Semua subjek straight A? Tidak… Murid berjaya hingga ke peringkat antarabangsa? Tidak…
Kemenjadian murid yang sebenar adalah sikap. Kerana sikap dan akhlak yang baik akan memimpin murid itu di masa hadapan. Jika tidak, tiadalah kes murid cemerlang akademik ‘membunuh’ rakan menggunakan seterika wap panas. Kita dah semakin cemerlang dengan soalan KBAT dan taraf pendidikan setanding negara maju.. Tapi kita semakin mundur dengan sikap dan akhlak yang tidak terpimpin. Hari ini mendengar murid memberi salam kepada guru juga sukar. Aku terfikir, 20 tahun akan datang… bagaimanakah corak masyarakat yang akan dilahirkan?
Untuk confessor Nora, semoga pulih daripada sakitmu. Penderitaan yang dialami bertahun-tahun bukan senang nak dipulih. Tapi ketahuiah sayang, Allah memilihmu untuk jalan ke syurga. Stay strong dear.
– Cikgu anakmu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit