Assalamualaikum pada semua pembaca tegar IIUM Confessions. Baca tajuk pon rasa macam seram kan? Jangan risau… Akak nak kongsikan pengalaman akak yang tak seberapa ni.
Akak dilahirkan sekitar tahun 70an. Sekarang dah berumur sekitar 50an. Membesar pada era tahun 80an & 90an ada banyak cabarannya. Membesar di dalam keluarga yang boleh dikatakan sekular/liberal.
Ayah akak seorang muslim. Berkahwin dengan ibu akak yang dilahirkan & membesar sebagai seorang penganut kristian.
Selepas mereka berkahwin, ibu akak masuk Islam. Alhamdulillah… sampai sekarang ibu akak masih beragama Islam.
Berbalik pada cerita keluarga sekular/liberal akak. Akak, adik beradik & ibu akak tak pernah diajar tentang agama Islam. Yang kami tahu, di surat beranak tertera agama kami Islam. Nama kami adik beradik pon tak ada seorang pon nama Islam.
Sepanjang membesar, ibu & adik beradik akak yang perempuan tak pernah diajar tentang aurat. Kami pon bersekolah di sekolah berasaskan kristian (convent). Pergi ke sekolah pon berseragam pinafore skirt paras lutut.
Tudung? Tak tau apa itu kepentingan/maksud bertudung. Cuma perasan ada cikgu² yang beragama Islam & segelintir pelajar muslim (tak semua) berpakaian menutup aurat.
Pada era 80an & 90an, pemakaian menutup aurat tak pernah ditekankan sebagai perkara yang wajib bagi mereka yang beragama Islam & baligh di sekolah.
Berbalik kepada ayah akak. Akak tak pernah nampak ayah solat. Puasa & zakat? Lagi lah tak nampak atau lebih tepat, ayah tak pernah puasa atau bayar zakat.
Ayah pula kaki minum & berparty. Minum arak & party tu perkara biasa. Boleh dikatakan hari² ayah saya minum & mabuk arak. Malam & pagi raya pon minum arak berparty bukan pergi solat sunat aidilfitri.
Nak beli arak pon masa tu, tak ada larangan. Siapa² saja boleh beli & minum di khalayak ramai.
Membesar dalam keluarga sekular/liberal ni memang banyak ujian. Dengan ayah yang sentiasa mabuk, pukul ibu & kami semua bila ada jer perkara yang tak kena.
Masa di sekolah, akak berkesempatan belajar cara solat & serba sedikit tentang agama Islam. Solat di sekolah guna telekung sekolah. Solat pon sebab tengok cikgu² & kawan² buat. Bukan sebab solat 5 waktu tu wajib.
Pernah akak suarakan kepada ayah akak, nak pergi sekolah agama seperti kawan² muslim yang lain. Ayah akak cakap tak payah. Bukan kau tak belajar tentang agama kat sekolah. Ingat ada Tuhan sudah. Tak payah duk tunggang tunggek pakai telekong & sembahyang bagai.
Akak pon ok lah. Apa yang ayah cakap tu akak terima sajalah. Akak memang ada belajar agama di sekolah tapi ilmu yang dapat sangat basic.
Seperti akak cerita tadi, keluarga kami memang huru hara sebab ayah akak kaki minum, berparty & sekular/liberal. Parents ibu akak memang tak suka dengan ayah akak. Dah lah kawin dengan anak mereka & ibu pula masuk Islam.
Grandpa & grandma (parents ibu) yang kristian & sudah tentu lagi double tak suka sebab menantu kaki mabuk & kaki pukul bantai.
Ibu selalu lari balik ke rumah parents dia dengan kami adik beradik yang masih kecik bila ayah mabuk & mula pukul bantai. Teruk ibu & kami adik beradik dimarah & dibebel oleh grandpa & grandma kerana tukar agama & kawin dengan kaki botol/pukul.
Senang cakap, grandpa & grandma tak suka kami adik beradik sebab kami muslim. Bila kami datang ke rumah mereka, tak pernah dalam keadaan baik tapi dalam keadaan terdesak. Dan sebab kami muslim, banyak mereka perlu berpantang bila kita ada di rumah mereka.
Bila akak dah besar & habis persekolahan, akak mula bekerja. Akak dah tak duduk dengan parents akak. Akak sewa bilik & berkawan dengan macam² jenis orang.
Minum arak & berparty tu, acara wajib setiap minggu. Memang enjoy betul lah pada masa tu. Pada akak, benda tu tak salah sebab memang ayah buat perkara yang sama selama ni.
Mulalah episod akak bercinta dengan seorang lelaki kristian. Akak namakan dia J. Kami berkawan sehingga hampir nak kahwin.
J pula cakap kalau kita berkahwin, akak kena jadi kristian. Dia pulak berkeras tak akan masuk Islam kalau kami berkawin sebab parents dia tak akan benarkan.
Akak pada masa tu berfikir, ok jugak kalau akak kawin dengan J & jadi kristian. Mungkin agama kristian lagi best dari Islam & akak akan dapat kasih sayang drp grandpa & grandma yg selama ini benci dengan kami.
Akak dah sampai ke tahap pergi ke church dengan J & jumpa pastor untuk bincang cara² untuk jadi kristian.
Lepas penemuan dengan pastor, akak mula berfikir, ish… mana boleh ni. Akak kan Islam. Dah buang tebiat ke? Apa ayah & ibu akan cakap? Adakah mereka akan setuju? Tak berani akak cerita kepada ayah & ibu, apa yang akak dah buat dengan J.
Akak cakap dengan J, kalau u & i nak kawin… u kena masuk Islam bukan i masuk kristian. Di situ lah jadi punca putus cinta dek keputusan kami sbb sama² berkeras dengan keputusan masing².
Akak pon move on & bercinta dengan seorang jejaka melayu Islam. Hubungan kami baik & kami pon berkahwin. Mendiang grandpa & grandma akak pon sempat hadiri majlis akad nikah akak. Mereka gembira untuk akak. Alhamdulillah…
Setelah 30 tahun berkahwin & dikurniakan 5 cahayamata, akak bersyukur kerana dilahirkan Islam & iman akak masih kuat.
Sepanjang berkahwin, suami akak banyak mengajar akak & anak² mengenai Islam. Kami pon telah direzekikan mengerjakan umrah sekeluarga.
J? J pon dah berkahwin dengan seorang wanita Islam & dah jadi seorang muslim. Pernah akak sekodeng fb J. Dia jugak dah mengerjakan umrah bersama keluarganya.
Rezeki wanita tersebut dapat mengIslamkan J. Alhamdulillah… Mungkin sebab akak kurang pengetahuan agama, itu yg J tak rasa tarikan untuk masuk Islam.
Ayah? Masih dengan kehidupan sekular/liberalnya & sekadar Islam pada IC saja. Ibu & adik beradik? Masih Islam & teguh dengan pegangan Islam.
Hubungan akak adik beradik dengan ayah ok tapi kami berhubung hanya jika ada keperluan jer. Ibu pon dah bercerai dengan ayah.
Bayangkan… jika Allah tak hantarkan hidayah pada akak selepas akak pergi church tu, kemungkinan akak dah jadi seorang penganut agama kristian yang jauh tersasar dr Islam.
Apa yang akak nak ceritakan di sini sebenarnya adalah iman tak dapat diwarisi. Fahaman ayah pula tak pernah meninggalkan bekas pada akak, ibu & adik beradik.
Allah masih sayangkan akak, ibu & adik beradik akak. Allah hantar orang yang baik² kepada kami supaya kami kekal Islam sehingga akhir hayat. In shaa Allah…
Sekarang, akak & suami tengah dalam proses menunggu panggilan haji. Akak nak minta pembaca smua, doakan kami supaya kami dapat menjalankan rukun Islam ke 5 pada tahun ini. Doakan kami ye…
Terima kasih kepada admin yang siarkan cerita akak & juga kepada semua pembaca. Semoga kamu semua dirahmati & diberkati Allah selalu. Aaamiinn…
– Puan Bella (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Mungkin sebab akak kurang pengetahuan agama jadi orang tak tertarik dengan agama? Akak ni dah kena gaslighting kot. Mana pergi lelaki Islam di dunia ni yang boleh tolong ajar???????? Perempuan Islam lain kali jangan nak pikul semua isu kat bahu sendiri seorang diri ya. Pergi rendahkan diri minta tolong orang beragama bantu beri ilmu. Melainkan akak memang belajar pengajian agama atau seorang ustazah.
Lagi satu hal tukar agama biarlah kerana hendak mendalami agama bukan tujuan perkahwinan sahaja. Lelaki tetap lelaki akak, kalau mereka nak belajar agama takde orang tutup pintu masjid. Sendiri boleh pergi.
Baguslah lelaki itu tak berjodoh dengan akak. Nanti dia tak tahu hal agama semua akak rasa salah akak. Lagi teruk kalau dia salahkan akak. Macamlah kita tak pernah baca cerita mualaf yang lebih minat belajar agama dari orang Islam sendiri.
Alhamdulillah kak, walaupun akak hadap mcm² ujian, Allah ttp sygkn akak…Allah x tak palingkan akak dr agama Isam yg mulia nh…🤲🏻.,syukur akak direzekikan berjodoh dgn lelaki y baik, dpt membimbing akak ke jalan y diredhaiNya…mg akak slmt menjadi tetamu di tanah suci nanti…Mohon doakan sy gk akak, mg Allah temukan sy dgn jodoh y baik dan dpt ke sana jg suatu hari nanti…😊
Alhamdulillah kak. saya gembira baca cerita ni.