Keluarga Suami Dari Neraka

Assalamualaikum semua, nama aku Kuntum. Aku telah berkahwin 5 tahun lepas pada tahun Oktober 2020. Suami aku, aku gelarkan dia sebagai Kumbang.

Sepanjang berkahwin hingga ke harini Kumbang sangat baik, menyantuni aku sebagai isteri dengan baik, sangat menghormati orang, baik dengan kawan kawan dan ramai orang senang dengan kehadirannya di sesuatu tempat atau majlis.

Aku selalu mendapatkan feedback yang baik dari orang keliling atas kebaikan suami aku. Aku sangat bersyukur dikurniakan suami yang baik, bertanggungjawab, tak pernah berkira dengan isteri atau keluarga isteri,

Level Kumbang baik ni sampaikan gaji dia tak pernah dia pegang, kad bank gaji dia berikan kepada aku, bila tibanya waktu gaji, semua duit gaji dia akan transferkan siap siap untuk aku semua, untuk keperluan rumah, komitmen dan tak lupa juga aku siap siap asingkan duit belanja dia untuk hari hari, dah macam budak sekolah kan?

Tapi tu lah cara dia berbelanja dengan hermat di zaman sekarang. Aku sebagai isteri gunakan kepercayaan suami ni dengan baik dan telus, bila gaji aku siap kan awal awal untuk bayar bil api, bil air, medical card & hibah, simpanan untuk roadtax kereta guna tabung maybank2u dan asingkan duit untuk kitaorang berjimba setelah penat bekerja.

Ohhh terlupa nak bagitahu yang perkenalan kami adalah di tempat kerja.

Aku berkenalan dengan Kumbang sewaktu aku baru masuk kerja disuatu syarikat kontraktor elektrik. Kumbang masuk ke syarikat kami melalui “cable” aunty dia.

Alhamdulillah kehidupan kami stabil, dia bekerja ada gaji yang okay dan aku pun seorang penyelia projek yang berbasic kan RM2200. Itu tak termasuk OT & % dari monthly claim.

Ok lah itu sedikit sebanyak pengenalan aku dan Kumbang, nanti banyak banyak ada orang kenal pula. Indahkan kehidupan aku dari mata kasar, tapi mana ada hidup yang tak dipukul oleh ombak.

Setelah 4 tahun perkahwinan, ohhh for your information, family suami dari negeri “K” Setelah 4 tahun perkahwinan aku, aku diuji dengan kebencian dari keluarga Kumbang dek kerana, salah sorang makcik Kumbang nak mintak kerja kosong untuk anak saudaranya ditempat kerja kami,

Dan aku seperti biasa suruh datang ke office untuk ambik borang jawatan kosong kebetulan dekat tempat kerja aku memang memerlukan beberapa orang juruteknik sebab juruteknik yang lama dah berhenti kerja atas sebab balik ke kampung halaman.

Long story short, tiba di hari interview, boss aku bukan menetap di office, disebabkan boss masih ada 5 cawangan di dalam negeri yang sama, jadi kehadiran boss di office aku sangat lah terhad, A to Z aku yang handle, cuma kalau ada hal hal penting baru boss akan datang contohnya macam meeting bersama panel.

Tiba di hari interview, ada beberapa candidate untuk diinterview, tiba di turn saudara Kumbang, aku agak terkejut, nada boss agak keras, dan ada perbezaan dalam intonasinya bila bercakap.

Tawaran boss sangat lah keras, dia akan diterima bekerja tetapi bukan di tempat aku tapi didaerah lain. Aku agak terkejut dan tak sabar untuk tanyakan sebabnya kenapa. Lepas habis interview session, aku pun berborak dengan boss dan boss pun cerita yang aku gelar saudara Kumbang ni “ular”.

Kata boss ular ni pernah bekerja di syarikat ni 8 tahun lepas, tapi dia buat hal dan berhenti secara mengejut dan tanpa notis, jadi pihak syarikat telah bersepakat untuk tak berikan gaji kepada ular atas sebab melanggar law syarikat iaitu kalau nak berhenti at least kena bagi notis berhenti selama sebulan untuk syarikat cari penganti.

8 tahun lepas, sewaktu ular tak dapat gaji dari syarikat, keluarganya pergi menyerang boss memalui atas talian, habis segala hinaan, cacian, makian dilemparkan kepada pihak syarikat. Jadi, aku faham kenapa nada boss agak tinggi & intonasinya agak lain bila berkomunikasi dengan ular.

Selepas habis interview session tu aku ada lah berborak dengan beberapa staff lama dia memang ada cakap yang ular memang berbuat sedemikian seperti apa yg boss cakapkan itu. Jadi dari situ aku faham, kenapa boss letakkan dia di syarikat lain, tapi masih dalam negeri yang sama dengan gaji agak lumayan.

Setelah kejadian itu, aku perasan yang keluarga suami seperti tidak berpuas hati dengan aku, mula mula aku ingatkan biasa, tapi lama kelamaan abang ipar aku buka cerita yang makcik saudara Kumbang ni aku gelarkan dia sebagai “lintah” ye, lintah tidak berpuas hati dengan aku disebabkan ular tak dapat bekerja di syarikat kami.

Lintah cakap aku hasut boss supaya jangan terima ular bekerja di syarikat kami sedangkan aku tidak mengenali ular, cara bekerja nya semua aku tidak tahu. Setelah dari itu aku cuba menjauhkan diri dari keluarga Kumbang dan tidak mencampuri lagi urusan mereka sekeluarga.

Kumbang juga menyuruh aku untuk tidak berkomunikasi lagi dengan mereka dan biarkan mereka berimaginasi sendiri dengan syak wasangka mereka sebab yela tu jela diaorang mampu fikir untuk masa tu, sebab diaorang tak dapat apa yang diaorang nak.

So aku pun lagi suka sebenarnya, sebab aku pun dah penat nak layan drama keluarga Kumbang. Ini hal yang paling aku tak boleh lupakan, aku sebenarnya tak kesah nak cut off keluarga Kumbang, sebab diaorang bukannya bagi aku duit pun cuma kalau dia sampai nak meruntuhkan rumah tangga aku i will stand for my family.

Dalam perjalanan aku ke suatu tempat, aku dapat satu text dari aplikasi “telegram” yang mengatakan “Kumbang, tulip kiring salam rindu untuk mu” HAHAHA dekat situ aku tahu dah kerja siapa.

Dah lah eja salah, kot ye pun dari negeri tu tukar lah loghat tu. Ok tulip ni pula perempuan yang Kumbang kenal sebelum berkahwin dengan aku, dulu Kumbang nak kan aku, tapi aku menolak atas sebab aku masih sayangkan EX BF aku, jadi Kumbang berkawan lah dengan tulip,

Tulip ni ada kena mengena juga dengan Kumbang, saudara kot tapi jauh, macam tu lah, tapi perkenalan tulip ni terputus disebabkan apa pun aku tak ingat, lepas tu Kumbang ajak aku kawin tapi aku suruh dia pilih tulip sebab aku tak nak merebut hak orang,

Kumbang kata dia saja layan tulip untuk jealouskan aku, tapi aku tak jealous pun, so dia give up dan dia nak aku, lama kelamaan aku pun terima Kumbang.

Ye lah nok, orang nak kita takkan kita nak terima macam tu je, bagilah aku habiskan masa lalu aku dulu untuk ada dimasa depan bersama syurga aku ni.

Ye! Lintah menggunakan telegram abang dia untuk text aku macam tu mungkin dia nak buat aku jealous pasal tulip, tapi aku agak berakal masatu untuk tak melenting kepada Kumbang. Kumbang pun mungkin dah masak dengan perangai keluarga nya memilih untuk diam, dan benda tu berlalu begitu saja.

Yelah aku ni malas nak layan benda benda bodoh macam tu. Ingatkan bila diam kira dah settle lah kan, eh tidak ye ! Mula mula aku nak mengamok tapi aku dah penat kot dengan benda benda tu semua.

Aku memilih untuk jadi perempuan yang tenang. Lintah text pula Kumbang hantar video ceramah yang mengatakan antara ibu mertua dengan makcik saudara, kena dahulu kan makcik saudara. Korang, Kumbang adalah “family person” dia sangat sayangkan keluarga dia.

Tapi dia sedikit sebanyak tawar hati dengan keluarga dia disebabkan benda benda yang macam aku cerita dekat atas tadilah, cuba meruntuhkan rumah tangga orang, no bukan orang, anak saudara sendiri.

Mungkin Kumbang nampak yang keluarga dia dia provo aku dek kerana tak ular tak dapat kerja dekat tempat kerja aku dulu dan Kumbang tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Jadi Kumbang balas text lintah mengenai ceramah tersebut.

Conversation nya lebih kurang begini: 

Kumbang : Habis tu apa hukum pula ibu saudara sendiri nak runtuhkan perkahwinan anak saudara sendiri? 

Lintah : *terus melenting” Eh babi kau ni main tuduh tuduh, bila pula aku yang buat.

Kumbang : Orang dah berak tepi jalan mana ada yang nak mengaku. Dah sah sah kau sorang je tahu pasal aku dengan tulip. Memang kau lah dalangnya.

Lintah : Kau ni tak kenang budi, dah kawin tak kenang budi, bini kau lah ni ajar kau jadi biadap. Kumbang : Dah kau yang mula kan dulu, kau sebenarnya tak puas hati sebab ular tak dapat kerja kan? Tu je sebenarnya, lepas tu tiba tiba sampai bini ajar jadi jadi biadaplah apalah.

Ok conversation nya sangat panjang, malas nak ingat dah. BTW Kumbang paling terasa part lintah cakap “anak yatim tak berguna”. Kumbang anak yatim piatu, lintah adalah adik beradik kepada ibu Kumbang.

Kumbang sempat duduk dengan lintah untuk beberapa berapa tahun sebelum berkahwin. Kumbang sangat menghormati keluarga ibunya dan menyantuni mereka dengan baik. Tapi Kumbang juga sedih atas ketidakterimaan kehadiran isteri nya iaitu aku.

Jadi Kumbang memilih untuk berdiam dan tidak melayan apa jua tindakkan mereka terhadap kami. Katanya “biarkan mereka menang, dah itu yang dia nak” dan aku okay je sebab selagi masih ada suami yang masih menyebelahi aku, dunia aku akan baik baik sahaja.

Oh lupa nak cerita lintah juga, dulu kakak ipar aku pun pernah kena kutuk, abang ipar dan isteri duduk agak jauh dengan kitaorang kira sejam juga lah perjalanan.

Pernah dia cakap dekat kakak ipar aku “mesti kakak ipar kau kasi makan nasi kangkang abang ipar kau, sebab tu tak nampak nampak dah muka nya” damn ! Jahat eak mulut. Kalau kakak ipar aku pun dia boleh cakap macam tu, apa tah lagi aku kan?

Sampai sini dulu lah, ada nak sambungan ke?

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. love nya suami kuntum sebab selalu backup kuntum . ada family mertua dari neraka pun tkkisah kalauu suamii dah tahu perangai macam mana . yang risau nyaa kalau suami asyikk backup family toxic dia jee .

  2. Baguslah kumbang back up kuntum. Cumanya sangat2 tak berkenan dia couple dengan tulip untuk buat kuntum jealous, then tinggalkanje tulip macam tu. Jahat ye laki perangai mcm tu. Harap2 Tuhan balas balik kat anak perempuan kau kalau ada anak nanti. Aku paling pantang org gunakan/mainkan perasaan org lain utk dapatkan org yg dia suka. Bodow punya jantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *