Keluarga Toksik Politik

Nama aku Meena. Umur 27, dah berkahwin dan anak seorang. Sambil menaip ni aku menahan perasaan sedih, terkilan dan sakit dengan perangai keluarga pakcik makcik aku sebelah mak aku. Aku selalu berdoa supaya mereka jadi orang baik2… Umur pun dah tua, bukan muda lagi.

Mak aku ibu tunggal sejak ayah meninggal 8 tahun lepas. Dulu waktu ayah masih ada, aku dan 3 orang adik2 aku hidup happy, selalu balik kampung mak dan ayah bergilir.

Ayah aku cuma 2 beradik, tok wan dan nenek dah takde, so kami lebih banyak balik ke kampung mak aku. Mak aku ada 6 beradik. Pak long, pak ngah, mak lang, mokda dan pakcik.

Masa tu atuk dan nenek sebelah mak masih ada. Pakcik2 dan makcik2 aku baik dengan kami. Aku memang happy sangat. Atuk meninggal 10 tahun lepas dan nenek meninggal selepas beberapa tahun.

Keadaan berubah perlahan lahan bila ayah aku meninggal. Mak aku bekerja keras nak sara aku dan adik2. Aku respect mak aku sebab dia mampu sekolahkan kami sampai masuk uni. Mak aku terpaksa melakukan 2,3 jenis kerja di luar dan di rumah. Adik kepada ayah aku, maksu.

Nah, juga tak bekerja so dia tak mampu nak bantu kami. Manakala adik beradik mak aku memang kaya raya, tanah berekar2 tapi aku tak mampu nak mengharap bantuan mereka. Hanya paksu yang rajin menolong. Paksu aku orang kuat agama dan dia banyak menasihat kami serta membantu.

Isteri paksu, maksu Ida, sangat baik kepada kami, sungguhpun dulu aku tak gemar sangat dengan dia sebab dia berpakaian tutup muka.

Bila aku dan adik2 aku tengah susah, baru aku sedar dia orang yang sangat baik. Aku jadi malu sendiri dan bila hari raya, aku banyak minta maaf dengan dia.

Pak long, pak ngah, mak lang, mokda tak berapa nak layan adik2 aku yang anak yatim tu walaupun mereka hidup mewah. Tapi mak aku selalu pesan, jangan suka meminta minta, usaha sendiri.

Aku dan adik2 dah terbiasa kerja sementara cuti sekolah dan cuti sem. Pernah adik perempuan aku kerja di kedai makan, hari2 balik rumah akan menangis sebab letih sangat. Dia kurus dan kecik orangnya. Aku yang pujuk dan urut2 badan dia. Kami dah cuba cari kerja lain tapi tak dapat.

Terpaksalah kerja juga, nak kumpul duit untuk sambung belajar. Begitulah kehidupan kami, tiada yang mudah. Aku telan semuanya. Bila aku dah habis belajar dan dah kerja, aku bantu mak dan adik2 aku.

Dulu masa ayah aku ada, mokda dan maklang banyak mintak tolong ayah aku. Pakngah pun ada berhutang dengan ayah aku berpuluh ribu.

tapi bila masing2 dah kaya, mereka lupa. Mak aku pernah tanya pasal hutang kt mereka tapi mereka buat tak tau. Akhirnya mak aku mengalah.

Aku tak berapa nak kisah kalau pakcik makcik aku tak nak membantu. Cuma yang aku terkilan sangat, sekarang ni mereka banyak bercakaran, bertekak dalam grup family tentang politik.

Dulu grup wassap tu elok je tak banyak bunyi pasal politik tapi sekarang dah macam rojak. Sepatutnya malu la, dah tua2 semua, jadilah contoh kepada anak2 masing2. Dalam grup tu ramai ipar2 dan sepupu2 aku.

Paklong aku suka send hal2 yang menimbulkan rasa tak selesa. Semestinya pasal politik. Dia memang tegar peminat parti A. So tak habis2 nak cerita pasal parti A.

Mokda aku pulak tegar parti B. Bila dia tak selesa dengan post paklong, dia akan post pulak benda lain. Kadang2 sampai menghasut memfitnah. Aku rimas dengan semua tu.

Paksu aku, aku tau dia memang parti C. tapi dia tak suka hantar apa2 kenyataan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang. Dia lebih suka post kata2 hikmah atau nasihat ulamak. Aku memang setuju sangat dengan cara paksu. Tapi biasanya takde sape yang sokong paksu.

Pelik rasa. Aku pulak, mak aku dah pesan jangan masuk campur hal politik pakcik makcik aku. Mak aku pun tak suka mengeruhkan keadaan. So kami banyak silent reader je.

Anak2 dan isteri paklong aku, sama lah satu kepala. Mereka sampai berani hantar gambar edit yang memalukan. Pernah gambar seorang ulama di Malaysia tak berbaju dan bersama perempuan murahan. Allahu akbar, rosak pemikiran mereka.

Paksu aku ada menjawab, jangan memfitnah orang, siap ayat Quran tapi anak paklong aku cuma hantar emoji mengejek. Akhirnya paksu aku terus diam dan sampai sekarang dia abaikan grup tu. Mungkin dia hanya baca tapi tak nak peduli dah.

Pakngah dan mokda juga melayan post2 paklong aku, so bertekaklah mereka kt dalam grup tu. Ya Allah, dah tua pun tak sedar2. Maklang aku pernah tegur, sepatutnya dalam grup family hanya cerita pasal family, tapi kata2 dia tak direndahkan. Admin grup tu paklong aku.

Takde pun rasa tanggungjawab untuk perbaiki keadaan, tapi makin terus hantar post2 yang kadang2 menyakitkan hati orang lain.

Lepas PRU, paklong, pakngah dan mokda nampak sekepala. Ye la mungkin sebab parti mereka dah bergabung. tapi aku tetap sedih dan meluat bila makin banyak post2 mengutuk parti yang lagi satu. Anak2 paklong dan anak2 mokda makin giat aktif, sama seperti ayah dan mak mereka.

Mokda aku ni orang penting dalam parti katanya. Dia pernah ajak aku pergi mesyuarat pau, actually aku tak faham sangat pasal tu tapi aku tak berminat nak pergi. Dia invite aku dalam grup geng2 dia.

Nampak macam ramai orang2 have have dalam tu. Aku duk dalam grup tu tapi banyak diam sahaja. Grup tu lebih teruk dari yang aku sangka. Tiap masa cerita pasal politik dan pasal keburukan parti lawan. Kadang2 memaki2 orang. Mengutuk golongan agama.

Bukan aku sorang anak sedare yang dia invite tapi sepupu2 aku yang lain. Aku mute grup tu dan abaikan. Aku ni tak minat berpolitik dan aku rimas. Kenapala orang2 politik ni tak reti nak bersatu.

Bukan setakat dalam grup wassap tapi sampai dalam fb pun sibuk berpolitik. Sampaikan berpecah belah keluarga.

Ye, memang keluarga berpecah belah. Sejak nenek dah takde, aku tak pernah tengok pakcik makcik aku berkumpul di kampung bersama.

Dah takde istilah family day macam dulu2. Dulu ayah aku yang rajin kumpulkan adik beradik, sewa homestay sama2 untuk family day.

Sekarang dah takde. Aku rasa sepi dan sedih. Dahla mak aku asek kerja siang malam. Bila aku dah berkahwin, barulah aku dapat menumpang seronok keluarga suami aku yang sangat humble, penyayang dan amek berat antara satu sama lain.

Aku pernah slow talk dengan mak aku, kenapa keluarga mak aku teruk macam tu. Mulanya mak aku tak nak perjelaskan tapi bila aku desak, mak aku cuma cakap, berpunca dari akar.

Aku berfikir2, akhirnya aku teringat, masa kecik2 dulu pernah berapa kali tengok atuk dan nenek bergaduh. Atuk aku jenis panas baran, suka memaki orang. Sepupu aku yang paling tua pernah bagi tau aku, atuk pernah pukul nenek.

Atuk aku juga selalu bergaduh dengan adik beradik dia. Apa pun aku berdoa moga atuk aku diampunkan Allah dan masuk syurga. Sedih bila memikirkan yang aku datang dari keluarga yang caca marba.

Seorang adik aku, lelaki, berminat nak belajar tahfiz, so mak aku berusaha cari sekolah tahfiz yang elok untuk dia. Alhamdulillah, aku senang mendengarnya.

Moga adik aku terus cemerlang dan manjadi orang yang memanfaatkan ilmunya kepada orang lain. Paksu dan maksu aku juga gembira.

Paksu aku beri RM2000 kepada mak aku untuk kos adik di tahfiz. Sebelum ni pun dia banyak bantu aku. Anak paksu aku 3 orang, salah seorang tu tahfiz juga. Seorang lagi cikgu sekolah arab. Seorang lagi kerani sekolah rendah.

Tapi berlainan sekali penerimaan paklong, pakngah, mokda dan maklang. Mereka langsung tak minat bila dengar adik aku nak masuk tahfiz.

Seolah2 nanti takde kerja. Anak paklong aku update status di fb, “aku lebih rela dengar lagu rock setan daripada dengar lagu budak tahfiz penunggeng agama”.

Sedihnya aku. Mokda aku pun ada perli2 pasal cikgu sekolah tahfiz meliwat murid dlm grup wassap. Aku nampak sangat mak aku sedih tapi tak mampu nak bersuara apa2.

Mak aku pesan kat aku, bila dia dah takde, jangan berpecah, jangan bergaduh. Cukuplah apa yang aku nampak dalam keluarga mak aku.

Insya Allah, aku pegang kata2 mak aku. Aku, mak dan adik beradik aku ada grup wassap sendiri, khas untuk kami sahaja. Mak aku banyak post kata2 nasihat dan perkara yang baik2 sahaja.

Setakat ni alhamdulillah kami adik beradik tak suka menimbulkan huru hara dalam mana2 grup wassap. Aku harap sangat ia berkekalan sampai bila2.

Kepada pembaca di luar sana, aku harap korang dapat beri pendapat dan penyelesaian untuk keluarga aku. Aku pernah berapa kali left grup tapi paklong aku masukkan balik nombor aku. Penat dah aku. Demi nak jaga hati mereka, takpela aku redha je.

Doakanla aku kuat dan tenang.

– Meena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *