Keluarga Tradisional

Ayah sebagai ketua keluarga sangat penting untuk mengenal anak-anaknya, dan menegur mereka jika terdapat kesilapan yang mereka lakukan.

Ibu juga sama. Berperanan besar untuk membentuk peribadi anak-anak. Kalau anak-anak membesar tak pandai baca Quran, salah anak-anakkah?

Anak-anak membesar addicted dengan gajet, adakah salah anak-anak sepenuhnya? Di mana peranan ibu bapa yang berupaya meletakkan had dan batasan terhadap penggunaan gajet? Atau ibu bapa sudahpun hilang kuasa mereka?

Kemudian mereka akan menyalahkan anak-anak yang bermain gajet. Tidak sentuh lagi bab anak-anak bangun lambat. Kemudian disalahkan anaknya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi? Ibu bapa berperanan besar untuk menjadi role model anak-anak. Anak-anak itu perlu diajak. Jika hendakkan anak bangun awal, tunjukkan anda bangun awal.

Situasi saya sendiri di rumah, pada jam 7 pagi, masih sunyi sepi ( Tidur semula selepas subuh). Jadi macam mana nak binanya anak-anak yang bangun awal kalau suasana pon tidak cukup menggalakkan?

Tidak cukup dengan itu, suasana keluarga dan mempunyai ibu bapa yang berfikiran tradisional sangat menyeksa saya di rumah! “Peah, cedok nasi kat abah.” Amboi, susahnya nak cedok nasi sendiri. “Peah, kopi 1” Amboi, ingat ini kedai makan?

Tidak cukup dengan itu, emak kulihat seperti amah di mata abah. Disuruh itu disuruh ini meskipun sakit. Terdetik di hatiku- tak sakitkah hati mak dilayan begitu?

Jangan salah faham. Ayah saya tidaklah menjerkah dan memberi layanan yang buruk kepada kami sekeluarga.

Namun, kufaham ayah lahirnya di kampung, dibesarkan dengan cara fikir kekampungan dan tradisional – yang mana lelakinya kerjaan di luar, wanita kerjanya di dapur.

Namun saya yakin, jika ayah saya egonya tak tinggi, dia sanggup belajar untuk meraikan anak-anak dan keluarga lebih lagi.

Saya sebagai anak yang berfikiran milennial, merupakan anak yang tersakiti dalam keluarga ini. Kopi, baju, masak, pinggan mangkuk, itu mainan saya. Abang saya – “E, buat maggie satu kat abang”. Aih susah betul tu nak buat sendiri.

Nasib baik abang saya yang sulung – kita alamatkan dia sebagai A dalam tulisan ini – sangat bertimbang rasa dan baik hati. Baju boleh dibasuhnya sendiri.

Pinggan mangkuk jika diminta basuh, dia boleh. Yang lagi satu – HARAM! “Aih ini semua kerja perempuan, jatuh air mukaku kalau melakukan sedemikian.”

Tidaklah dia katakan, tapi itulah yang dia pamerkan. Saya minta basuh SATU PINGGAN SAHAJA PON, SUSAH BENAR!

Saya cakap good luck lah dekat future wife dia. Hadap perangai tradisional dia. Abang yang nombor dua ni memang kaya. Tapi kalau kaya, perangai sedemikian rupa, tak apalah. Saya rela single lagi daripada dilayan seperti amah.

Mungkin akan ada yang akan kata, itulah cara kita tunjukkan kasih sayang. Mereka dah penat cari duit. Banyak la kau punya kasih sayang.

Pergi mampos. Kasih sayang tu, aku buat voluntarily. Bukan sebab orang suruh. Dasar.

Saya baru nak habiskan, tapi, ada lagi. Sifat favouratism mak saya. Saya tak faham betul. Mak memang tak suka E kah? Selalu dimarah-marahnya E. Saya sangat kesian dekat E. Tapi perangai dia memang hawau pun.

Tapi saya tetap kesian. Tapi dia hawau. So lantaklah. Tapi mak saya tak patut marah E macam tu. Kadang-kadang mak tuduh E. E ni pulak menyakitkan hati. Ish masing2 memang menyakitkan hati.

Jadi semalam saya ada bincang dengan madam Z. Dia cakap,

“Your family is very traditional, like my mom.” Kemudian, madam menambah, “keluarga ni, kalau tak makan sama-sama, kena solat sama-sama. Sebaik-baiknya kedua-dua sekalilah.” Keluarga saya?

Yang pertama tak jalan – terang-teranglah yang solat tu lagi tak berjalan!

Institusi keluarga saya dah rosak :( Jangan jadi macam kami :( Ibu bapa tolong mainkan peranan untuk bentuk anak-anak yang bersatupadu, bukan saling menolak bila nak jaga parents suatu hari nanti ;(

Pesan saya:

– Layanlah anak sama rata lelaki perempuan.

– Wanita bukan amah.

– Ajar anak lelaki basuh pinggan sendiri.

– Ajar juga anak lelaki anda masak.

– Ajar juga anak lelaki laundry. Yang dimaksudkan dengan ajar ialah didik, dan biasakan.

– Sama-sama membantu dalam hubungan keluarga.

– Ayah, mainkanlah peranan. Binalah usrah di rumah. Tautkanlah hati2 kami. Sudah lama mana hati kami terikat dengan gajet, dan tidak kepada keluarga lagi. Jadilah prihatin dan ambil tahu anak-anak.

– Biasakan syura di rumah. Ajak anak-anak turut bersama untuk berikan pandangan.

– Jadikan Dr Sheikh Muszaphar dan Ustazah Fatimah Syarha sebagai role model dalam mendidik anak-anak.

Sekian, anak yang tersakiti.

– Paah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *