Keluarga Tragis, Aku Buntu

Assalamualaikum readers semua. Orang panggil aku Minah. Cerita aku ni agak tragis dan aku mohon bantuan daripada semua untuk berikan pandangan apa tindakan yang aku patut buat lepas korang dah baca cerita aku ni.

Aku anak sulung dari lima beradik. Umur aku sekarang 25 tahun. Straight to the point, waktu umur aku 17 tahun, time tu kan tengah SPM. Waktu esoknya nak exam paper Sejarah, malam tu kantoi bapak aku ada perempuan lain.

Aku tengah selak2 buku nak study time tu lah dengar mak ayah aku bertengkar kat ruang tamu. Suara mak aku meraung2 nangis. Aku pun cepat2 bawa adik2 aku masuk bilik dan tenangkan dorang bahawa pergaduhan kat ruang tamu tu takde apa2 pon. Macam2 aku dengar, “Kenapa abang buat saya macam ni?!” “Seronok ke peluk2 dengan betina tu ha!?” “Jantan tak guna betul!”.

Air mata aku mengalir deras. Dalam hati berdoa, moga soalan yang akan masuk exam esok adalah tajuk2 yang aku dh terbaca tadi. Aku yakin lepas ni aku takde mood dah nak study. Adik2 aku tengok je muka aku yang tersenyum kelat. Mereka ketakutan. Malam tu, mak ayah aku tidur berasingan bilik.

Itulah kisah 8 tahun yang lalu. Aku ingatkan dah selesai dah kes tu. Baru2 ni aku balik Malaysia setelah 4 tahun tak dapat balik sebab study oversea. Aku dapat biasiswa sebab tu boleh sambung belajar. Aku ingatkan kita balik ke pangkuan keluarga ni nak happy2 la jumpa family, tiba2 banyak pulak cerita yang aku baru tahu terjadi selama ketiadaan aku.

Pendek cerita, adik2 aku bagitahu rupanya bapak aku selama ni menipu mak aku. Dia beria menidakkan tuduhan2 mak aku tu tapi hakikatnya dia memang dah kawin dah pun dengan perempuan yang pernah kantoi dulu tu and guess what?! Bapak aku siap dah ada anak luar nikah dengan perempuan tu! Terduduk menangis aku dengar cerita tu.

Bapak aku ni gaji tak banyak pun. RM2200 je. Zaman kereta terbang sekarang ni mana cukup nak sara hidup dengan gaji banyak tu je. Bayar duit rumah bulan2 RM500. Bayar kereta lagi RM300. Tambah tolak tinggal berapa sen je untuk perbelanjaan dapur, bayar bil elektrik, bil air, yuran sekolah. Kadang2 tu hujung bulan takde lauk apa untuk dimakan. Tapi, kenapa still ada hati nak berbini dua?!

Adik aku cerita lagi, sekarang ayah aku kerap melepak dengan member2 dia sampai pukul 3 pagi. Kadang2 tu balik rumah, kadang2 tu tak tahu dia tidur mana. Solat Subuh entah ke mana. Padahal dulu2 bapak aku rajin solat subuh kat surau.

Adik2 aku cerita lagi, sepanjang ketiadaan aku, adik kedua aku pernah eksiden dan hampir meninggal. Waktu doktor periksa keadaan badan dia, doktor diagnose adik aku ada ambik dadah! Takut2 dia jawab depan mak ayah aku bila doktor tanya berapa lama dah tempoh dia ambik barang tu.

Sekarang keadaan dia dah ok dan aku terkejut tgk kaki dia dah tempang sebelah dan patah tangan kesan drpd kemalangan teruk tu. Dan pergerakan dia yang agak terbatas tu menyebabkan dia susah nak cari kerja dan hanya berbekalkan sijil PT3 sebab dulu ayah takde duit nak bagi dia sambung sampai SPM.

Berita terkini dorang kata rumah dah tertunggak tak bayar berapa bulan dah. Bank dah call banyak kali. Kereta dah rosak2 mintak dibaiki. Jiran2 dah pandang serong dekat my dad sebab ada yang pernah terserempak bapak aku tengah dating dengan betina tu.

Adik aku plak sakit jantung berlubang. Nafkah duit pun dah tak dapat macam biasa. Kadang2 berkurangan jumlahnya. Kesian mak aku. Dia dah la surirumah. Mak aku bab2 nak cuba berniaga online guna teknologi bagai ni memang tak lah sebab dia nak reply whatssapp aku pun terkial2 tekan keyboard phone tu.

Adik2 aku ada cakap yang dorang stress sangat tengok relationship mak ayah yang dah tak bahagia macam dulu. Kadang2 hadir rasa nak amik pisau, kelar tangan. Rasa nak pergi jambatan dan terjun. Rasa nak berdiri tengah jalan dan kena langgar dengan lori. Tapi, nasib baik dorang masih ada iman.

Mak aku dah banyak kali mintak cerai tapi bapak aku tetap kata dia takkan ceraikan. Konon kata dia masih sayangkan mak aku. Mak aku pernah ajak adik2 aku nak pergi satu tempat yang sangat jauh. Tempat yang semua orang tak tahu, dia nak tinggalkan bapak aku. Tapi, kadang2 hadir rasa kesiankan nasib anak2 bila hidup tak berbapa nanti. So, mak aku tahankan juga.

Aku ada terdetik, nak bawa mak aku pergi pejabat agama untuk failkan perceraian. Tapi nanti aku terfikir pulak, dgn status aku yang belum bekerja and mak aku pulak surirumah so nanti nak makan apa kalau dorang dah bercerai.

So aku nak suruh mak ayah aku supaya kekalkan je hubungan ni sampai bila2. Jangan pernah bercerai walau apa pun terjadi. Tapi kesian plak dekat mak aku nanti asyik makan hati je dengan perangai bangang bapak aku tu.

Pernah juga terfikir nak bawa mak aku and adik2 balik kampung je duduk dengan nenek aku. Tak perlu fikir pasal bapak aku tu. Ataupun sebenarnya bapak aku dah terkena sihir guna2 oleh perempuan tu so aku kena bawak ayah aku pergi jumpa ustaz untuk buang sihir tu. Tapi entah la, AKU BUNTU! TOLONG!

– Minah Kental (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *