Keluarga Unik

Assalamualaikum semua. Aku ni tak reti nak menulis sangat tapi teringin la pulak nak share. Sebab benda ni, tak ada sapa pun kawan atau keluarga aku yang tahu.

Nama aku Z, perempuan umur hujung 20-an. Aku seorang profesional bidang kesihatan yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Aku ni sebenarnya tak pernah bercinta sebab dulu – dulu mak aku garang. Hahaha. Kawan lelaki call telefon rumah nak tanya pasal homework pun mak aku mengamuk. Jadi memang aku jadi tiang elektrik lah tiap kali bercakap dengan lelaki.

Paras rupa aku pun tak cantik, cuma mata dan kening aku ja yang lawa. Bila pakai mask mungkin yang memandang straight jatuh hati, tapi bila buka mask maybe boleh jatuh tangga orang dibuatnya. Hahaha. Mungkin sebab tu la aku masih single sampai sekarang.

Aku ni datang dari keluarga yang agak tidak normal macam keluarga – keluarga Melayu yang lain. Sebab abang no – 3 aku OKU kategori mental yang agak teruk dan agresif.

Kalau korang pernah tengok IG keluarga Adam ataupun anak – anak kembar Zarina (ke?? Sorry confuse pulak) macam tu lah kehidupan keluarga aku. Semua bilik berkunci sebab tak tahu bila abang aku akan mengamuk.

Keluarga kami tak pernah solat berjemaah yang full semua orang boleh solat sekali sebab ayah aku orang penting ya untuk menenangkan abang aku bila dia mengamuk.

Kalau tak ada ayah dan abang sulung aku waktu dia tantrum, memang dia akan mengamuk teruk tahap mencederakan diri sendiri dan orang sekeliling.

Pernah cuba teruskan solat berjemaah waktu dia tengah tantrum, tak memasal abah dan 2 orang abang aku berjahit kepala.

Sekarang abang aku yang no – 3 tu dah makin kurang tantrum maybe sebab dah makin tua kan, tenaga makin kurang, tapi tu lah keluarga kami masih tak normal dari segi solat berjemaah, makan sekali ataupun dari segi kebersihan rumah.

Sebab dia kalau makanan yang dia tak suka memang dia campak terus atas lantai tu. Lepas tu bila dia okay sikit, dia jalan pijak and seret merata.

Sekali dua boleh lah kita mop. Tapi kalau sepanjang hari macam tu, patah pinggang jugak nak cuci. Rumah kitorang pulak agak besar, standard penjawat awam balik buat rumah kat kampung guna duit pencen.

Lepas tu ayah aku memang jarang ke masjid. Sebab abang – abang aku kerja (btw, aku tak stay sekali sebab kena posting jauh. Sobs) dan abang aku yang sakit tu tak boleh dibiarkan sensorang kat rumah.

Nak tinggalkan dengan mak aku pun bahaya sebab mak aku kecik orangnya. Lagi pulak tenaga perempuan kan, mana mampu nak kawal tantrum abang aku.

Jadi kat kampung memang ayah aku disisihkan dan pernah sekali ada sorang tok bilal ni “mengkafirkan” ayah aku sebab miss solat jumaat.

Abang aku tantrum tumbuk cermin tingkap kot waktu tu, tak kan lah ayah aku nak keluar berlenggang je ke masjid. Tapi tok bilal tu pun dah arwah, sempat lah dia minta maaf kat ayah aku sebelum tu.

Eh sorry melalut pulak. Jadi korang boleh bayangkan lah environment rumah aku dan imej keluarga aku yang amat lah tidak fit untuk tetamu apatah lagi untuk aku bawa balik bakal menantu.

Sekarang ni musim rakan – rakan sejawatan aku mula rancak mencari jodoh sebelum 30. Aku pun teringin juga tapi entahlah aku tak tahu macam mana aku nak cakap situasi keluarga aku waktu sesi taaruf nanti.

Ada cousin aku pernah cadangkan supaya aku cari ja lelaki – lelaki yang “tak kerja tinggi sangat” dan “tak belajar tinggi” atau yang “dari keluarga yang tak berapa elok” sebab kalau yang bekerja dan berkelayakan mesti akan reject keluarga aku. Hinanya rasa diri waktu tu.

Pernah jugak ada seorang staff dari kumpulan sokongan gred terendah cuba melamar aku. Gred dia aku tak kisah weh.

Yang aku kisahnya dia laki orang anak 5 kot. Nak lamar aku jadi isteri kedua dia sebab “takkan ada orang lain nak beristerikan perempun dari keturunan gila” .

Aku tahu jawatan dan ijazah tak melambangkan apa – apa. Tapi kalau boleh aku nak suami yang sekurang – kurangnya boleh berbahasa Inggeris dan ambil tahu isu semasa sebab circle aku, abang – abang aku yang lain memang macam tu..

Dan sis tak nak laki orang jugak. Tapi adakah aku tak layak untuk dapat suami idaman sebab abang aku “gila” dan sebab ayah aku bukan orang masjid?

Kalau sebab tu aku kena terima suami yang tak menepati citarasa aku dan tak boleh memimpin aku, baik aku tak payah kahwin kan? Buat apa nak ambil risiko merana sepanjang perkahwinan?

Tapi tu lah.., aku teringin jugak nak ada suami. Nak ada someone to cuddle with while watching netflix, someone to hold my hand at museums and zoos, someone to cry on when the days get hard…

Apa point confession ni? Aku pun tak sure. Tapi kalau korang boleh bagi kata – kata semangat untuk aku mulakan pencarian jodoh aku, I will really appreciate it.

– AryaStark (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *