Keluarga Yang Bermasalah

Assalamualaikum Admin. Terima kasih kerana sudi siarkan kisah aku. Aku nak meluah dan perlukan pendapat ramai orang. Pertama kali aku meluah dekat sini.

Biasa aku baca kisah orang je, tapi kali ni aku yang terasa ingin meluahkan beban di sini. Aku harap keluarga aku tak tahu aku tulis di sini. Sebab dekat media sosial aku sendiri pun aku tak bebas untuk berbicara.

Kisahnya macam ni. Ibu aku merupakan ibu tunggal. Ayah aku dan ibu dah lama berpisah sejak aku kecil. Sejak daripada tu memang ibu aku yang besarkan kami adik beradik.

Orang kata keluarga yang broken ni memang anak2nya suka buat masalah just to gain attention. Dalam family aku pun tak lari daripada isu ni.

Actually aku pun pernah buat masalah tapi syukur aku kembali ke pangkal jalan. Cuma dekat sini bukan aku nak buka aib keluarga cuma aku nak luahkan ketidakadilan dan sikap ibu aku terhadap adik beradik lain.

Aku ada seorang adik ni. Nama dia aku letak Ain. Dia memang dari dulu lain dari yang lain.. Mungkin dia dahagakan kasih seorang ayah.

Tapi itu semua cerita lama. Ayah pun dah lama pergi. Tapi sekarang ni Ain ni suka buat masalah. Malah masalah dibuat nya boleh buat sakit jantung.

Aku ingat lagi masalah besar dia buat, dia melahirkan anak luar nikah dan lelaki tersebut tak nak bertanggungjawab.

Aku expect ibu akan tegur atau marah dia sebab kesalahan dia. Tapi tidak. Ibu tak cakap ape. Ibu layan dia macam biasa. Ibu bela dia dan anak tu dengan duit kami adik beradik bagi.

Korang boleh bayangkan tak Ain ni takde keja tetap. Cuma kerja di kedai makan tapi bila dia bersalin dia decide untuk cuti lama, lebih kurang 8 bulan rasanya.

Aku pun tak pasti sebab aku marah, kecewa dengan Ain ni aku tak bertegur ataupun ambil tahu dah hal dia. Walaupun kadang2 ibu suka cerita kisah dia.

So boleh imagine tak mak yang tak kerja kena support Ain dan baby dia. Aku taktahu lah ape ibu aku fikir. Bila aku tegur ibu cakap aku jahat. Tak baik marah adik. So takpela. Benda ni dah selesai. Aku diam tapi aku masih tak bertegur dengan Ain. Raya pun aku tak balik kampung sebab aku keja jauh di bandar.

Tahun ni, Ain buat hal baru. Dia tinggal kan baby dia untuk mak jaga. Baby tu dah 1y lebih kurang. Aku ingtkn lepas bersalin dia akan insaf dan berubah. Tapi tidak. Si Ain buat masalah baru. Masalah yang cukup buat aku dan adik beradik lain marah.

Ain buat hutang dengan Ahlong dan beberapa hutang lain termasuk hutang motor dan iPhone. Si Ain hilangkan diri. Ahlong mula call ibu untuk minta jelaskan hutang tertunggak. Ahlong bagitau Si Ain tak bayar hutang dan 6 bulan. Ahlong minta ibu untuk bayar.

Korang tahu jela kalau dah hutang dengan Ahlong ni bunga memang tinggi. Dan sapa tak gerun dengar nama Ahlong. Aku serius buntu dengan hal ni. Si Ain sampai sekarang tak contact family. Baby dia pun dia tak heran.

Sekarang ni ibu masih backup Si Ain. Dia cakap biar dia bayarkan hutang Si Ain. Masalahnya ibu tak kerja. Aku risau ibu meminjam sana sini untuk bayarkan hutang si Ain.

Aku nak tolong tapi aku pun tak mampu. Jumlah Ahlong minta agak tinggi dengan komitmen aku sekarang.

Aku buntu korang. Adik2 aku yang lain pun tak bekerja. Aku je yang kerja tetap. Aku ada terfikir untuk buat loan settle kan hutang si Ain ni. Tapi payslip aku pun dah banyak potongan. Si Ain pun masih tak dapat dihubungi.

Untuk pengetahuan korang, kitorang dah buat report polis tapi polis bagitau tak dapat buat kes orang hilang sebab si Ain yang sembunyikan diri. Aku rasa dah dekat sebulan dia tak respon wasap dan call tapi di fb dan tiktok dia masih aktif..

Kami try untuk reach dia tapi dia tak respon. Aku buntu. Tak tahu nak bantu macam mana. Aku kesian kan mak aku. Aku rasa tu je aku nak luah. Mungkin cerita aku ni biasa je. Tapi untuk aku berat betul dugaan ni.

Aku mohon kalau sesiapa ada pendapat boleh tinggal kan komen yang murni. Aku tak harapkan kecaman. Terima kasih semua.

– Hamba pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *