Keluarga Yang Ditinggalkan

Assalammualaikum semua. Aku adalah salah seorang pembaca tegar pembaca IIUMC lagi2 masa zaman confessions bersiri si Mus tu. Itu intro . Hari ini (6/7/2017), aku ada terbaca confession seorang lelaki ni pasal anak buah dia. Anak buah dia ditinggalkan oleh ayah dia masa umur dia 3 tahun. Pak cik dia sedih sebab masa hari raya atau bila family kumpul ramai2 anak buah dia tu duduk sorang je masa semua yang lain tu tengah luangkan masa dengan ayah mereka sambil duduk atas paha ayah mereka. Yelah sebab dia nak tunggu sepupu dia bangun dan main dengan dia. Kadang2 dia duduk jugak dengan ayah sepupu dia tu tapi end up kena marah. Banyak lagilah point yang dia cerita. Berpeluh jugak mata aku baca kisah tu.

Aku macam boleh relate life aku dengan budak tu sebab ayah aku pon tinggalkan aku. Tapi bukan masa kecik, baru je lagi dalam setahun lebih. Beberapa bulan sebelum ayah aku tinggalkan aku, mak dan adik2, satu pagi tu aku tengok phone aku ada missed call tapi dari no kerajaan. Mula dengan 03 tak silap. So aku buat keputusan untuk call balik takut hal penting atau kecemasan. Bila aku call balik dia tanya aku siapa so aku jawablah and orang tu kata sekejap ye awak cakap dengan ustaz. Aku dah macam kenapa aku kena cakap dengan ustaz plak. Ustaz tu beritahu yang ayah aku kena tangkap khalwat dekat satu tempat ni malam sebelum tu. Ayah aku cakap yang dia overtime malam tu so aku macam tak percaya takut scam ke apa. Aku bagi nenek aku phone tu and bagi dia bercakap . Betullah ayah aku dan pada hari tu jugak sebenarnya aku dah kena balik uni dah. Ustaz tu call dalam pukul 11.30 tengah hari and tiket bas aku pukul 3. Dia suruh aku jamin ayah aku tapi aku pulak tak berani bawak kereta jauh2 dan pak cik aku pulak cakap dia tak nak jamin ayah aku. So aku pon balik uni dan takda pon ahli keluarga kami pergi jamin ayah aku tu.

Masa aku dalam bas beberapa kali jugaklah ustaz tu call and siap macam marah aku cakap kenapa sebelum balik uni tu tak pergi jamin ayah aku dulu. Awkward sangat jawab call yang macamtu dalam bas. Malamtu, dalam pukul 10 malam aku buat keputusan untuk call ustaz tu tanya pasal ayah aku. Yelah ayah kot siapa yg tak risau kan. Ustaz tu kata ayah aku dah dibebaskan sebab ada kawan dia datang jamin. Aku macam lega sikitlah. Ustaz tu nasihat kat aku jangan marah ayah semua. Layan ayah elok2. Adalah lagi ustaz nasihat sampai aku rasa aku yang buat salah.

Lepas kejadian tangkap khalwat tu, aku tak pernah pon cakap dengan ayah pasal perkara tu. Fyi, adik2 aku tak tahu pon pasal ayah kena tangkap khalwat sebenarnya. So kitaorang pon teruskan hidup macam biasa and aku pon anggap benda tu tak pernah terjadi dalam hidup aku. Forgetting is easier tho. Kejadian ni berlaku pada bulan oktober kalau tak silap.

Beberapa bulan kemudian iaitu pada bulan Mac. Aku ingat tarikh jugak sebenarnya sebab kejadian ni berlaku beberapa hari selepas birthday aku. Aku ada join satu pertandingan ni so aku balik lambat sikitlah dari tarikh cuti sem aku start. So lepas habis pertandingan aku terus pergi stesen bas nak beli tiket balik kampong. Bila aku bukak je pintu dekat satu stesen bas ni, aku Nampak ayah aku dekat kerusi menunggu tu. Wallahi im so freaking excited because i thought that he is going to fetch me home. Surprise. Tapi jangkaan aku meleset sebab ada perempuan lain sebelah dia dan bukannya mak aku and diorang mesra je. I ask him why are you here and who is this. He replied kawan ni. Kitaorang melawat kawan sakit dekat hospital. I tengok dia bawak bag baju and I know he is lying sebab dekat area sekitar tu seriously banyak hotel bajet and air muka dia serba salah. I excused myself cakap I pergi solat dulu tapi aku call mak tanya ayah aku kata mana. Mak kata ayah cakap dia overtime malam tadi. Sumpah aku nangis teruk kat tepi tu and aku hampir jerit kat mak aku cakap ayah ada kat sini dengan perempuan lain tapi aku tak cakap sebab the words can’t escape my mouth. Orang lalu lalang dekat lorong tu pelik jugak tengok aku menangis tersandar dekat dinding. Aku lap air mata bangun dan terus beli tiket balik kg yang paling awal. Lepas beli tiket aku naik surau solat and try cari ayah aku lepastu tapi tak jumpa. Aku yakin dia belum naik bas lagi sebab aku ada tengok tiket dia sebelum tu. Ada beberapa jam lagi sebelum waktu bertolak.

Sepanjang aku cuti, tak pernah sehari pon ayah balik rumah. Bila aku dah balik uni aku dapat mesej dari mak aku cakap ayah balik nak amik kereta tapi mak tak kasi sebab kereta tu beli pakai duit mak. Sejak tu ayah tak pernah balik atau mengirim khabar berita. Dekat dua tahun peristiwa ni tapi ayah dan mak masih status suami isteri sebab kitorang tak tahu prosedur menuntut fasakh dan takut it costs so much money.

Adik aku rapat dengan ayah so dia macam tercari2 mana ayah. Dia seriously rindu ayah. Kitaorang tak pernah bincang pasal isu ni terutama dengan adik aku. Aku nak mintak pendapat korang macam mana nak terangkan benda ni dekat adik aku and buat dia faham. Dia masih lagi budak sekolah rendah.

Buat lelaki yang dah ada anak and rasa nak curang dengan perempuan lain. Mintak sangat fikirkan perasaan anak korang. Kadang-kadang bila aku berseorangan aku menangis sendiri pasal isu ni. Kadang-kadang sampai esoknya bengkak mata aku. Yang perempuan pon janganlah goda suami orang. Yang single ramai lagi. Tak percaya cuba kau baca komen dekat post ni.

Thank you for reading this guys. Aku harap korang dapat memberi komen positif dan membina ye.

– Cheese Tart

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit