Salam semua, nama Yaya.
Cerita saya macam ni.. bermula dari perkenalan saya dengan suami, kita orang kenal masa kat sekolah lagi..
Tahun ni dah masuk 23 tahun bersama-sama menempuh pahit manis kehidupan, usia perkahwinan pulak nak masuk tahun ke-15.
15 tahun perkahwinan ni boleh kata setahun dua je kita orang ok dengan family suami, ni pun yang pastinya bersebab.
Masa tu suami diminta untuk membayar loan rumah atas nama abang dia yang mak ayah & adik-beradik yang duduk, atas alasan suami dah bekerja tetap.
Yang mereka tak tahu atau buat2 tak tahu ialah, saya yang bayarkan rumah tersebut. Tak tahu lah nak cakap apa.. Tapi saya memang dah redha seredha-redhanya dengan takdir hidup kita orang.
Cumanya rasa macam saya ni ‘scandal’ suami je, atau lebih mudah nak faham, menantu yang tak diiktiraf. Siap kena panggil menantu setan semasa open house raya beberapa tahun yang lepas.
Selepas kejadian yang memalukan itu, saya dah tak tunjuk muka dah kat rumah mereka.
Yang paling teruk pulak, adik ipar lelaki pulak dok canang dengan orang yang saya ni curang kat suami, dok simpan jantan bagai.
Allahuu.. cerita tu boleh sampai kat telinga saya semula.. orang yang takde kaitan keluarga pon yang bagitahu kat saya.. bayangkan perasaan saya masa tu..
Sekarang ni, suami pon dipulaukan oleh adik-beradik dia yang ramai tu disebabkan oleh saya. Saya kesian tengok suami saya biarpun dia kata lantak lah dengan keluarga dia.
Apa2 pun, syurga suami saya masih kat tapak kaki mak dia. Saya taknak lah suami serba-salah dalam hal ni.
Berdosakah saya sekiranya terlintas untuk meminta cerai dari suami? Biar mak & keluarga dia puas hati.
Hati saya jadi sayu setiap kali hari raya, sebab teringat kejadian menantu setan tu. Dengan kena pulau masa pagi raya pon ada jugak.
Kita orang anak-beranak makan kat satu penjuru, mereka pulak elok je dok dalam satu bulatan. Anak2 yang tak berapa nak faham pun rasa pelik masa tu.
Paling sedih bila anak2 kami pulak dianggap tak wujud, dibanding2kan dengan sepupu mereka, tak pernah wish harijadi anak2 saya.
Paling menyakitkan hati anak2, harijadi sorang2 sepupu mereka disambut sampai 3 kali dalam bulan yang sama.
Biarpon elok je kita dah sambut sendiri2 tapi masih juga kecil hati dengan perangai nenek & makcik & pakcik mereka.
Sekarang ni anak2 saya besar dah, dah semakin faham. Tawar hati tu tak payah cerita lah sebab kita orang dah biasa. Dah bertahun-tahun macam tu je keadaannya.
sekarang ni saya pon dok tunggu2 juga ipar2 yang lain berkahwin dan mempunyai mentua dan ipar2 sendiri. Semua bawah suami, 36P, 35P, 31P & sorang lagi 28L.
Saya nak tengok juga macamana mereka rasa kalau dah hadap situasi macam saya ni.
Apa2 pun doakan kami sekeluarga terus tabah dalam menghadapi keadaan ini ye.
Terima kasih sudi baca luahan saya.
– Yaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Berhenti je byr rmh tu, tak reti nk bersyukur sgguh. Bincang dgn suami elok² psl tu, bkn tggjwb awak. Dan tak pyh ambil tahu ttg keluarga sblh sna & tak perlu balik kg sblh suami kecuali kecemasan & keadaan yg memerlukan Awak kena jaga kesihatan mental, fizikal & spiritual, jaga perkara dlm kawalan awak je klu nk hidup sihat. Yg lain² tu abaikan, dh ok nnt barulah pertimbgkan klu rasa nak berbaik
Berhenti bayar loan rumah, keep the distance dengan famili mertua, awak jaga famili kecil awak sahaja, cipta bahagia dengan keluarga awak sahaja. Hidup jangan lembik sangat okeh.