Assalamualaikum semua pembaca. Aku selesa nak meluah kat sini sebab takde orang kenal aku dan keluarga aku. Aku perlukan pandangan dan nasihat dari pembaca sekalian.
Aku seorang wanita berusia 30-an. Aku sedang sambung belajar dan pada masa yang sama aku bekerja dari rumah. Aku tinggal dengan keluarga aku. Biasalah bila tinggal dengan keluarga ni akan nampak macam-macam ragam ahli keluarga.
Aku start dengan mak aku dulu. Mak aku ni baik je sebenarnya. Tapi bila dia marah dia suka keluarkan kata-kata yang tak sedap didengar atau dia akan buat ‘silent treatment’ terus.
Puncanya dia selalu tak puas hati sebab bagi dia aku duduk rumah tak kerja. Padahal dia tahu je aku kerja. Ada gaji bulanan.
Cuma bagi dia kalau duduk rumah tu means tak kerja. Plus dia bising sebab aku tak kawin dan adik-adik aku dah kawin. Dah jodoh belum tiba nak buat macam mana kan.
Next, ayah aku. Ayah aku ni kalau orang tengok, orang akan kata dia baik sebab selalu pergi masjid. Tapi ada satu perangai yang aku tak suka tentang ayah aku dia suka tengok p**no dekat henfon.
Pernah terkantoi dengan adik aku tapi ayah aku buat tak tahu je.. Aku pernah je bagitau mak aku pasal benda ni tapi entahlah. Aku pun tak tau dah nak buat macam mana. Aku takut jadi macam dalam drama ‘Keluarga Itu’. Nauzubillahi min Zalik…
Last, adik bongsu aku. Dia dah kawin dan bekerja di syarikat swasta. Dia, isteri dan anak dia tinggal serumah dengan aku dan mak ayah aku.
Masalahnya adik aku ni memanjang takde duit. Selalu mintak pinjam duit aku lepas tu buat senyap tak bayar. Lagi satu dia ada habit berlumba motor secara haram. Aku syak dia berjudi.
Dan adik aku ni tak boleh ditegur. Kalau tegur dia terus mengamuk sampai dia pernah ambil senjata tajam untuk t*k*m sesiapa saja.
Pernah dia nak t*k*m isteri dia sendiri hatta mak ayah aku pun sebab puncanya dia takde duit. Kalau dia nak duit tu, dia nak waktu tu juga ada. Dahlah isteri dia baru lepas diberhentikan kerja. Kesian kat anak buah aku yang masih kecik tak tahu apa-apa.
Aku rasa agak stres dengan keadaan keluarga aku ditambah dengan beban kerja dan pelajaran aku lagi. Aku selalu juga doa pada Allah tapi masih belum terkabul lagi.
Aku alu-alukan pandangan dan pendapat dari pembaca semua. Tolong bagi aku kata-kata semangat dan jalan penyelesaian please…
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis kena keluar dari rumah tu dan cari bilik/rumah sewa kot..? Memandangkan sis ada gaji bulanan boleh kot bayar sekurang2 nya bilik sewa? Dan kerja dari rumah tu boleh buat kat mana2 saja kan..?
Mak dengan ayah tu macam tak kisah sangat sebab dorang buat masalah pun masalah kat diri sendiri je.. Tapi si adik tu bahaya kalau dah sampai boleh libatkan nyawa orang lain nak main t*kam t*kam lak.. Kalau dah sampai nak t*kam tu patut dah kena report polis je.. Lepas ni record senyap2 kot boleh standby jadi bukti nanti untuk report polis..
Dah tahu persekitaran toksik dan bawa stres kenapa masih nak bertahan dlm suasana tak sihat tu sis..
.sis ada pendapatan bulanan walau kja dari rumah..kan blh je cari bilik sewa kat luar..
Bab adik jantan sial baran tu biarkan dia duk serumah dgn mak pak hang tp hg silakan keluar.
X lama lagi bercerai la tu
Psl bapak hg yg kuat tonton prono tu..zmn skrg mmg xleh mengelak..segala video xxx dihantar dari mcm2 sumber mcm wasap telegram ig dll…p masjid tu nk jaga imej je tp nafsu masih kuat.
Ckp dgn dia jgn mati sakit jantung dgn keadaan tgk prono sudah lah.Sebab kita akan mati dlm keadaan apa kesukaan kita…
Tlg la sis..sayangi diri anda..cr kebebasan luar sana insha allah akan happy tenang….kena berani melangkah pergi kalau nak aman.
Pertamanya, saya turut bersimpati dgn keadaan family awk tu.. sya pasti awk pon mmg xnak berada dlm situasi tersebut, tp klaw pergi jauh dari mereka pon, bkn mnyelesaikan msalah, malah mngkin keadaan akn jd bertambah ‘teruk’, kerana tiada siapa yg nk amk peduli.. minta maaf jika saya katakan, jika agama tidak diutamakan, bnyak perkara yg x akan selesai.. cthnya, ayah awk yg selalu ke masjid tu.., jika dia benar2 mendirikan solat yg khusyuk & ‘mnyerah diri’ kpd Allah, agak2 dia berani tak nk buka muka halaman “p*rno” yg menjijikkan tu.., begitu jugak yg lain2, adakah adik awk sanggup berjudi dan mngacu pisau kpd isteri n ahli kluarga yg lain.. klau awk nk lakukan sesuatu, mula2 mmg kna mohon pertolongan dari Yg Maha Esa, kerana Dia lah yg telah ‘mngatur’ segala dugaan beserta hikmah yg tersembunyi.., sebaiknya, ibu awk yg mohon dgn benar2 ikhlas, kalau bole mohon dgn airmata yg bercucuran di depan Allah SWT.., kerana doa ibu itu ‘makbul’.. di samping tu cuba lah bagi nasihat kpd ahli kluarga tu agar segera ‘bertaubat’ sebelom Tuhan mngambil nyawa masing2.. ada juga amalan2 yg bole diusahakn, antaranya; bnyakkn membaca atau mnyiarkan ayat2 suci Qur’an dlm rumah tersebut.. di samping dpt melembutkan hati org2 yg mendengarnya, ia dpt juga ‘menghalau’ unsur2 yg x baik spt jin n syaitan yg ada di dlm n sekitar rumah tu.. klau bole, adakan bacaan yasin n tahlil dgn dihadiri ahli kluarga n penduduk setempat.. lagi satu, jika mencuci beras utk makanan sekeluarga, bnyakkan selawat n zikir “Ya Latif” semasa mencuci tu, dgn niat agar hati2 ahli kluarga awak bole dilembutkan dan mnerima teguran dgn hati yg terbuka.. inilah sikit amalan yg mngkin bole diamalkan.. sesungguhnya kita tiada daya upaya utk ‘mngubah’ hati atau perangai seseorang, kecuali Allah jua yg mengizinkan nya.. jgn lupa berdoa yg baik2 sebnyak mngkin, agar keadaan akn berubah kpd suasana yg lbh baik dan harmoni.. juga doa agar awk didatangkan seorang jodoh pasangan yg bole membimbing awk dan kluarga awk, serta melindungi awk dari segala kemungkinan yg x diingini.. mmg klaw bole, kita nk ubah semuanya dlm skelip mata je, tapi mngkin juga Allah nk melihat bagaimana kesabaran awk dlm menghadapi ‘ujian’ dari-Nya.. bertabahlah, insha Allah segala doa2 awk akn dimakbulkn.. aamiin3 YRA.. wallahu a’lam..