Assalamualaikum. Saya Maya. Saya nak ceritakan tentang keluarga saya yang pelik.
Mungkin tak sebahagia orang lain. Mak ayah saya ni jaga solat malah menekankan setiap anaknya untuk solat juga. Tapi yang pelik, dia baran tahap tak boleh bincang.
Sebelum atau selepas solat pun boleh sempat maki hamun bini.
Dari kecil kami anak beranak mempunyai trauma yang cukup kuat iaitu mempunyai seorang ayah yang tiada siapa boleh bangkang kata kata dia, kalau tak dia akan mengamuk macam orang gila dan pukul mak.
Dari kecil lagi kami tengok mak selalu kena pukul, kena tumbuk, kena hempuk dengan barang barang kalau bangkang kata kata dia.
Semakin kami dewasa, kami benci dengan sikap dia dan sampai sekarang walaupun anak anak dia dah kahwin pun dia masih nak control anak anak dia.
Nak balik kampung waktu bila, nak pergi hari apa, semuanya nak control. Nak kena ikut cakap dia je padahal suka hati kami lah nak pergi pukul berapa.
Yang mak pula, dari dulu bertahan dengan suami macam tu.
Dulu alasan tak nak bercerai dengan ayah sebab anak anak masih kecil. Sekarang anak anak dah besar pun masih bertahan dengan ayah yang toksik sampaikan kami anak anak fedup.
Sampai harini hidup mak dicontrol bawah ayah. Kalau mak ingkar confirm kena teruk. Aku benci ada ayah gila macam tu.
Ingatkan dah tua ni tenang lah sikit sikapnya, rupanya sama. Saya ada adik perempuan yang semakin tertekan dengan rumah tangga nya. Dia tak tahu nak buat apa.
Begini, dia tersalah pilih suami yang tak mampu dari segi nafkah. Motor kereta buruk ayah saya bagi alasan kesian.
Tapi lama lama alasan kesian tu jadi penyebab adik dan suaminya kena control, kena mengata, kena hina dek ayah saya sendiri.
Belakang menantu cerita bukan main, kiranya dia memburukkan suami adik saya yang tak mampu tu tetapi di depan menantu tu ehh elok je borak cakap baik baik.
Tak habis habis anak bini yang kena tahan telinga dengan ayah mengutuk dan mengungkit segala pertolongannya kepada adik dan suaminya. Apa yang tak kena pada suami adik saya, semua adik saya yang kena hadap.
Bila kami suruh ayah sendiri tegur pada suami adik, dia tak nak pula. Alasannya sebab suami adik tu bukan anak dia so kena jaga hati. Habis kami ni anak anak dia takda hati?
Suami adik tu tak mampu dari segi duit. Memang tak ada apa apa. Tapi dari segi jaga anak dia A plus. Cuma mungkin bukan rezekinya atau tak usaha lebih, entahla.
Cuma saya kesiankan adik perempuan saya yang tak habis habis dipandang rendah. Ayah saya cakap memang tak jaga hati orang. Straight to the point je tapi kalau cakap dengan orang luar bukan main baik elok lembut je.
Pernah adik saya stress sampai nak cerai, tapi dihalang oleh ayah. Kata nya dia paling benci cerai. Habis tu apa kau nak?
Dia stay pun kau cakap dia dengan suami dia macam macam, bila orang tu nak cerai n move on kau pula tak bagi. Kami kalau berkumpul anak beranak pun rumah tetap sendu. Tak macam keluarga orang lain, rumah meriah.
Kami tak. Mungkin dah memang dari kecil tak boleh nak cakap apa apa. Lepas tu tak ada komunikasi dengan ibu bapa dari kecil.
Kadang kadang aku rasa lepak rumah mertua lagi seronok berbanding keluarga sendiri. Dengan keluarga sendiri harap je tekankan agama tapi tak ada hubungan yang baik sesama ahli keluarga sendiri.
Keluarga mertua nak kata solat tu perfect memang tak lah, tapi hubungan antara ibu ayah dan anak anak macam kawan kawan. Nak borak pun seronok.
Sekian..
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit