Hi semua, saya salah seorang pembaca yang selalu membaca kisah² yang dikongsikan disini. Banyak pengajaran yang boleh diambil. Terasa pula nak bercerita mengenai kisah sendiri.
Saya Momo (bukan nama sebenar). Saya nak share pengalaman saya dan keluarga bila kami dianiaya oleh saudara sendiri (belah keluarga ibu).
Sebelum itu, minta maaf kalau jalan cerita berterabur sebab saya kurang fasih berbahasa melayu. Oh ye lupa nak cakap saya non-muslim. Okey saya start cerita ye.
Ibu ada 7 adik-beradik dan ibu anak kelima.
Keluarga kami bukanlah keluarga senang namun keperluan asas keluarga sentiasa cukup disebabkan ayah bekerja dan ibu seorang suri rumah tapi suka mengamalkan sikap menabung menjadikan apa² yang kami sekeluarga hajati, kami akan dapat.
Mungkin itu yang menyebabkan ada adik -beradik ibu berasa cemburu.
Sebelum berkahwin, ibu seorang yang sihat namun selepas beberapa hari berkahwin dengan ayah, ibu mula jatuh sakit. Ingatkan sakit biasa rupanya tidak.
Ibu jenuh berulang-alik ke hospital dan klinik namun sakit ibu masih sama. Sampailah ibu ikhtiar cara perubatan kampung.
Semasa rawatan, orang yang merawat ibu memberitahu bahawa ibu terkena gangguan sihir. Bila ibu bertanya siapa yang menghantar sihir, orang yang merawat ibu taknak beritahu namun beliau menasihatkan ibu supaya tidak tinggal lagi di kampung kami.
Tapi ibu terpaksa tinggal di kampung kerana pada masa itu, ibu dan ayah hidup susah. Duit hanya cukup untuk membeli makanan sahaja.
Sampailah aku lahir, ibu masih lagi sakit. Tapi kali ini bukan ibu sahaja yang sakit, dengan aku sekali yang sakit. Tapi masa ini aku masih baby, jadi tak ingat apa yang berlaku.
Bila aku besar sedikit, aku masih ingat semasa ibu dirawat oleh pawang, ibu menjerit sambil menangis
“Tolong tok.. tolong.. sakit sangat tok”. Pada masa itu aku tidak mengerti apa²..aku bertanya pada ayah kenapa ibu menangis. Masa itu ayah cakap ibu sakit.. ibu hampir lumpuh.
Bila aku dah besar, aku mula mengerti apa yang terjadi pada ibu sebab pada masa itu aku juga mengalami gangguan. Aku boleh lihat kelibat makluk halus, kerap bermimpi buruk, kerap kena tindih dan macam2 lagi. Semuanya pengalaman menyeramkan.
Pada mulanya, aku tidak bercerita pada ibu dan ayah sebab aku rasa aku berhalusinasi saja tapi lama² apabila kerap kena ganggu, aku bercerita pada ibu dan ayah.
Aku dibawa berubat kampung dan memang betul aku juga terkena perbuatan sihir sebab orang tersebut dengki pada aku. Aku boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam pelajaran dan sekarang aku juga telah mendapat pekerjaan yang stabil.
Orang yang merawat kami sekeluarga memberitahu bahawa penyihir itu mahu lihat kami sekeluarga hidup susah. Oleh sebab itu, penyihir tersebut akan mencuba semua ilmu sihirnya supaya niatnya tercapai.
Yang paling aku kesiankan adalah ibu aku. Ibu aku paling teruk kena sihir.
Apabila sihir yang dihantar atau “barang” yang ditanam untuk ibu aku telah diambil oleh perawat, penyihir itu akan hantar sihir/barang baru. Sampaikan kami sekeluarga tidak tahu nak buat macam mana.
Telah ramai perawat yang kami jumpa, ada yang mengenakan bayaran dan ada juga yang tidak menerima bayaran.
Dan semuanya berkata ia adalah perbuatan orang yang sama. Dan lama-kelamaan kami dapat tahu bahawa ia adalah perbuatan oleh saudara terdekat kami.
Pada masa itu, ibu macam tidak percaya sebab orang itu sangatlah baik dengan keluarga kami dan ibu berkata apa salah ibu sampai dia buat begitu sekali. Ibu ada juga bercerita pada adik beradik ibu dan saudara mara ibu yang datang melawat.
Pada mulanya mereka tidak percaya. Namun apabila , mereka juga terkena perkara yang sama, baru mereka percaya. Yelah zaman moden macam ni mana ada yang main sihir² ni.
Ibu masih meneruskan rawatan dan ada perawat yang tidak mahu merawat ibu sebab penyihir itu akan menghantar sihir pada mereka menyebabkan mereka sakit.Perkara itu menyebabkan ibu kecewa.
Kami juga ada mencuba perubatan islam tapi setiap kali sihir/barang itu berjaya diambil, ibu hanya rasa tak sakit untuk beberapa hari saja dan seterusnya akan merasa sakit semula seluruh badan.
Kini, kami sekeluarga dan adik beradik ibu yang lain masih lagi dalam proses membuang sihir itu tapi apakan daya selagi tukang sihir tu tak mati, selagi itulah dia akan hantar sihir dan belaannya untuk menganggu kami semua.
Sampaikan aku tertanya, dia ni tak letih ke buat kerja macamni.
Dahlah tak dapat duit atau emas lepastu perlu tanggung lagi belaan dia dengan darah. Hidup dia masih jugak susah.
Dan yang paling aku bengang sekali, bila dia kata dengan anak2 nya yang ibu aku tuka hantar sihir pada keluarganya.
Begitulah hati manusia. Kalau dah busuk tu, cuci lah macam mana pon, masih lagi berniat jahat.
Itu sahaja cerita daripada saya, jika anda semua ingin tahu kisah penyihir dan belaannya, saya akan sambung cerita ini. Doakan saya dan keluarga saya kembali pulih. Terima kasih dan jumpa lagi.
– Momo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit