Keluargaku Toksik

Bila cakap hal keluarga sendiri ni payah. Lagi-lagi kalau sentuh hal ibubapa.

Nanti mesti orang kata kita ni tak bersyukur, kita sebenarnya punca masalahnya dan bermacam-macam lagi.

Jadi aku memilih untuk pendam, diam dan pura-pura macam semuanya okay.

Sebelum aku mula cerita hal keluarga aku yang toksik, aku nak cerita sedikit kenapa dah besar panjang, dah beranak-pinak baru aku sedar yang keluarga aku toksik.

Sebelum ni tak sedar. Siap cuba sedaya upaya nak baiki keadaan family aku.

Bila aku kahwin, Allah rezekikan aku dengan suami yang sangat-sangat baik.

Aku selalu rasa tak deserve apa yang dia buat untuk aku. Sebab aku rasa melampau-lampau baik dan sabarnya.

Tapi dah lama-lama aku kahwin, aku sedar hakikat bahawa, inilah standard sebuah keluarga.

Suami harus pujuk isteri, isteri harus kuat untuk suami, ibubapa harus sabar dengan anak-anak yang masih kecil, yang PALING PENTING, kita WAJIB ada untuk each other.

Dengan kesedaran ni, aku terus teringat dari aku kecil hingga ke besar, aku tak pernah ada sosok yang sentiasa berada di belakang aku. Ada waktu jatuh bangun aku, sakit aku, remuk hati aku. Tak ada. Tak pernah ada.

Dan yang paling best, aku rasa ni normal. Hidupkan keras. Kenalah buat semua sendiri.

Aku ingat mak bapak aku jenis tough love nak bagi anak berdikari. Tapi bila difikirkan kembali, mereka hanya lepas tangan.

Bayangkan mak aku cerita, masa dia mengandung, dia terlambat, bapak aku yang datang ambil dia kerja naik kereta terus tinggal. Terpaksa la dia jalan berbatu-batu.

Bapak aku tak pernah teman mak aku bila sakit ya. Pastu bila nak apa-apa sebut je dia expect mak aku buat terus.

Bapak aku pulak, cawan pinggan jangan kata basuh, letak dalam sink pun tidak. Kat situ dia makan, kat situ la dia biar. Mengeringlah pinggan tu. Geli gila okay.

Apa-apa sampah semua dia biar. Baju semua pun mana dia cabut, situlah baju tu akan stay.

Di mata aku bapak aku seorang yang sangat pengecut. Tak tolong bini langsung. Siap hina-hina lagi. Eh tak paham aku. Kalau aku jadi mak aku memang angkat kaki je lah.

Mak aku pulak, dah kerja asyik menadah je, so suka buruk-burukkan suami sendiri. Membesar memang aku tak suka bapak aku.

Tapi dah besar ni baru aku sedar, mak aku pun toksik jugak. Kalau dia ada tak puas hati dengan sesiapa, dia takkan cakap direct dengan orang tu. Dia akan guna proxy.

Ya, akulah proxy dia yang paling setia. Bila aku sedar hakikat ni, rasa bodohnya lah. Aku tak ada masalah dengan mana-mana orang, free2 je pening kepala menyelesaikan benda yang takkan selesai.

Bila ada masalah, mak aku akan jadi orang yang pertama lari. Tak pernahlah dia pinjamkan kata-kata semangat atau cakap benda-benda yang mententeramkan hati. Macam bapak aku, siap kritik lagi ada.

Dari segi sentuhan belaian mesra, memang tidak ada. Tak pernahlah dia tengok anaknya balik muka sedih, dia duduk sebelah, tanya. Tak pernah. Lagi la nak peluk, nak bagi semangat. Memang tak pernah.

Panjang sangat pulak kalau nak cerita ketoksikan mak bapak aku ni.

Dipendekkan cerita, dorang ni sesame adik beradik, keluarga dan kawan-kawan pun sentiasa bergaduh. Sentiasa rasa defensive. Aku selalu terfikir macam mana la mak bapak aku ni hidup. Tenang ke?

Hasil dari ibubapa yang toksik ni, kami adik beradik pun memang tak rapat. Yelah bila aku jadi mak ni, aku baru perasan kita ni mainkan peranan yang sangat besar ajar anak sayang adik beradik.

Ya, benda macam ni kena ajar. Kasih sayang tu harus dipupuk. Ni jangan kata kasih sayang, dilaga-lagakan lagi ada. Apa la yg seronok sangat tengok family berpecah belah macam ni? Aku tak paham.

Kalau ikut hati panjang sangat aku rasa nak cerita tapi yelah kalau diingatkan balik kisah lama lagi menyedihkan hati buat apa.

Tujuan aku tulis ni just nak cakap kat masyarakat di luar sana, ya keluarga yang toksik ni wujud. Mereka takkan boleh jadi supporter kau.

Kau jadilah supporter diorang sorang2. Nanti time ko perlukan bantuan, siap kena fitnah macam-macam.

So sila jaga diri, buat boundry. Allah maha adil. Kita mungkin tak merasa hangatnya kasih sayang mak ayah dan kemanisan berkeluarga di dunia, tak pelah ujian kita. Nak buat macam mana.

Hopefully kita dapat bina keluarga kecil kita yang lebih damai yang tenang. Sekian.

– Huda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *