Pernah dulu ada yang berpesan hargai masa muda. Aku rasa semua orang pernah alami. Ketika berada dalam alam persekolahan mahu masa bergerak pantas dan habis. Terasa pada masa itu, akulah yang paling terbeban dengan hidup ini. Walhal masa itu, tidak perlu fikir tentang keperluan. Semuanya ditanggung. Tiada masalah berat.
Bila dah besar ini baru aku faham betapa struggle hidup. Banyak tanggungjawab harus dipikul. Pelbagai rupa gelagat orang yang kau tak pernah terfikir akan bertemu. Oh ya. Sebelum itu izinkan saya guna kata ganti nama ‘aku’.
Aku bekerja dalam sektor awam. Aku tak nak cerita dimana aku bekerja. Sebab bagi aku, ini akan menambah prejudis orang ramai terhadap pekerjaan aku dan aku tidak gemar itu. Bagi aku pekerjaan ini sangat mulia. Ibu kepada semua pekerjaan yang ada. Aku sayang pekerjaan ini. Jangan ada yang nak membanding-banding. Hidup kita ini sudah dicipta jalan ceritanya. Laluinya dengan berlapang dada. Aku selalu nasihat macam ini pada diri sendiri.
Aku faham manusia ini memang dicipta sentiasa berkeluh kesah. Begitu juga aku. Aku tidak tahu kadang aku sudah cuba buat yang sehabis baik. Mungkin dalam hidup ini ada kalangan pembaca yang sudah terjumpa manusia yang meletakkan kesalahan kepada orang lain. Sedangkan kesalahan itu sebenarnya berpunca daripada dia sendiri. Bukan sekali tapi berkali-kali aku terjebak. Sakitnya itu, boleh bawa kepada tidak tidur malam. Aku tengok pembaca dalam confession iium bm ini suka bagi komen jalan penyelesaian. Aku suka orang macam ini. Kadang aku pakai input atau tips kalian tu.
Aku mempunyai 4 orang atasan. Yang pasti salah seorang mestilah bos. Jawatan yang lain itu aku panggil penolong sahaja. Setiap penolong ini ada tugas masing-masing. Masalah sekarang semua perkara aku perlu rujuk dengan ketua paling atas. Kau rasa. Meskipun program itu ketuanya penolong ketua. Parahnya, setiap kali aku tanya penolong, persoalan aku tergantung sepi. Tiada kata putus. Aku ibarat bola. Disuruh rujuk sana sini.
Bila berlaku kesalahan dalam program lagi-lagi bawah jawatankuasa tertentu. Orang itu yang bersalah, dimarah dan jika mahu diherdik sewenangnya. Hanya satu aku berdoa Tuhan gantilah bos aku ini dengan orang yang lebih baik. Oh ya. Bos aku ini akan pencen hujung tahun ini. Tolong doakan aku dapat bos yang baik dan cakna dengan kebajikan orang bawahannya. Kalau ada tips nak hadap penolong macam ini. Jemput komen. Jika tiada cukup sekadar anda membaca perkongsian keluh kesahku.
Terima kasih iium confession bm jika menyiarkan luahan aku ini. Moga kita semua jadi insan terbaik di hadapan Tuhan.
– Aku yang tersepit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit