Keluh Kesah Cikgu Muda

Assalamualaikum. Aku sebenarnya nak confess on behalf of housemate aku, Ecah.

Ecah ni kerja sebagai cikgu sekolah rendah. Still bujang dan kami tinggal menyewa berenam termasuk Ecah. Ecah seorang je kerja cikgu yang lain kerja private sector.

Aku tak tahu la tahap sabar kami berlima ni boleh bertahan sampai bila. Hari-hari Ecah share apa yang jadi dekat sekolah. Macam roller coaster feeling tu dengar cerita-cerita tak best pasal dunia pendidikan ni.

Nak marah Ecah suruh stop cerita?. Selfish sangat. Kesian kat Ecah kalau dia pendam sorang masalah dia. So, kami berlima tadah je la telinga dengar semua cerita.

Aku buat summary dalam bentuk point je la kat bawah ni masalah yang Ecah hadap kat sekolah dia tu. Senang sikit nak faham the root of the problem.

1. Cikgu Senior kalau dah berumur 50- 55 tahun ada masalah kesihatan tolonglah bersara awal masa umur 56 tahun. Tak payah nak gagah diri mengajar sampai umur 60 tahun. Tahu. Taknak bersara sebab nak duit ganjaran banyak. Nak himpun banyak sikit duit tu.

Tak payahlah ada mindset macamtu kalau menyusahkan satu sekolah dengan cuti sakit berpanjangan. Kelas korang yang korang tinggal tu siapa nak ganti? Cikgu Muda belia nilah yang kena tangkap muat masuk mengajar.

2. Cikgu Senior yang dah give up dengan kerja pengkeranian dan tak boleh catch up teknologi terkini pun patut pilih bersara awal. Sekali sekala dan sorang dua bolehlah Cikgu Junior tolong.

Kalau berhari-hari minta tolong dan dalam masa sama taknak belajar, eloklah bersara. Cikgu Junior ni pun banyak kerja lain nak dibuat.

3. Kalau cikgu yang tinggal 50 KM jauh daripada sekolah boleh tak jangan suruh datang bertugas awal di sekolah?.

Pepagi gelap drive jauh & sunyi macam tu dengan kereta banyak di atas jalan. Zaman sekarang bukan macam zaman 80an yang kurang kereta di atas jalan. Sekarang di luar bandar pun banyak kereta atas jalan pagi-pagi.

Mental dan fizikal cikgu-cikgu nak kena jaga hadap jammed rushing ke sekolah sebelum pukul 7 pagi. Takkan cikgu nak datang sama timing dengan students?.

Karang ada students yang sampai awal dan terjadi sesuatu dekat student tu tak pasal-pasal kecoh satu Malaysia tuduh cikgu tak buat kerja.

4. Pernah tak KPM lakukan kaji selidik pukul berapa cikgu-cikgu bertolak keluar daripada rumah dan pukul berapa cikgu-cikgu sampai di rumah dari sekolah setiap hari?.

Pernah tak KPM buat survey ambil tahu jarak rumah cikgu-cikgu dengan sekolah?.

Cikgu-cikgu yang tinggal jauh daripada sekolah boleh je diberi tugasan dan jawatan yang lain. Cikgu yang tinggal jauh, PJJ dan ada anak kecil mohon dikecualikan bertugas awal pagi.

Berikan tugasan itu kepada cikgu lain yang tinggal berdekatan. Tunjukkan sedikit simpati dan empati kepada mereka ini. Banyak lagi jawatan lain yang boleh cikgu-cikgu ni pegang.

5. Kalau boleh, tugasan cikgu pada pagi hari di sekolah dan jaga keselamatan murid di pagar sekolah diberikan kepada cikgu lelaki atas sebab keselamatan.

Kalau bolehlah dan kalau cikgu-cikgu lelaki mahu bertolak ansur. Tahu. Bilangan cikgu lelaki sedikit di sekolah nanti jadi isu buli pula.

Pernah sekali terjadi di sekolah Ecah, cikgu sarat mengandung bertugas di pagar utama sekolah berdiri lama-lama depan pagar sekolah kawal students.

Depan pintu masuk sekolah, macam-macam benda boleh berlaku. Kadang-kadang tu perangai parents pun tak dijangka. Datang nak mencari cikgu hendak menyeranglah apalah. Parents kalau marah, dimakinya cikgu bertugas bukan cikgu yang sepatutnya dia berjumpa.

Cuba bayangkan if kawan Ecah ni terkejut kena serang dan terberanak depan gate itu macam mana?.

6. Gaji cikgu sikit. Minta maaflah kalau ada yang trigger. Cikgu macam Ecah kerja kurang 10 tahun, gaji tak sampai RM 5K dan gaji tu plak hampir 70% habis beli alat tulis dan bahan mengajar.

Cikgu sekolah menengah maybe dalam 50% guna duit gaji untuk mengajar sebab students makin reti cari bahan sendiri dan tahu nak buat nota.

Kalau sekolah rendah, memang perit sikitlah cikgu nak kena sediakan bahan mengajar.

7. Ecah cerita kat kami, dulu masa zaman kita belajar kat sekolah, KPM tanggung belanja bahan mengajar.

Sekarang tak lagi. Dulu, ada mesin gelek kertas, cikgu boleh guna mesin itu bila-bila masa sediakan bahan mengajar seperti set latihan dalam kelas.

Sekarang, print dan photostat bahan mengajar guna duit sendiri. Mesin photostat dekat pejabat sekolah tidak dibenarkan guna untuk urusan P&P if not urgent, hanya untuk urusan rasmi sekolah sahaja.

8. Aku pun macam netizen yang lain juga, ingat gaji cikgu besar dan tak tahu plak cikgu guna semua duit gaji nak mengajar.

Dulu, cikgu nak apa, claim je dengan sekolah. Nak kertas A4, pergi ambil je kat pejabat sekolah.

Sekarang, kertas A4 pun cikgu nak kena beli sendiri. Bukan satu rim je cikgu nak kena guna, berkotak-kotak dalam masa setahun.

Marker pen dapat 3 batang (1 merah, 1 hitam, 1 biru) itu pun atas ehsan PIBG pada awal tahun masa meeting nak buka sekolah. Kesian dengar.

Rasa bersyukur pula aku kerja swasta boleh claim dan request stationeries memanjang dan tak payah guna printer sendiri print kerja office. Semua kerja office guna je harta milik office.

9. Ada hari Ecah balik sekolah awal, itu pun tak awal mana pun, pukul 2-3 petang ke atas dan bukan hari-hari.

Yang tuduh kerja cikgu boleh balik awal tu salah ye. Fitnah tau. Students je balik awal, cikgu belum tentu. Meeting dan taklimat macam-macam.

Ecah bagitahu kat kami, semua ini tak boleh dibuat masa waktu mengajar. Parents marah cikgu asyik meeting dan kelas tak masuk. So, nak tak nak kena meeting lepas habis waktu sekolah.

Kalau petang ada aktiviti sukan atau koko, lagilah lambat Ecah balik, hampir pukul 7 petang still kat sekolah. Tapau dua sesi persekolahan terus. Yang kerja cikgu mesti faham maksud aku yang ini. Hehe.

10. Sekolah ramai guru atau sekolah kurang murid mungkin boleh relax sikit sebab tak banyak benda nak kena key-in dalam sistem.

Kenapa cakap relax sikit?. Sebab sekolah ramai guru, tak perlu pegang jawatan yang lain terlalu banyak. Boleh bahagi tugas. Sekolah kurang murid pula tak perlu key-in maklumat dan prestasi murid yang terlampau banyak.

Tapi nak cakap terlalu dan terlampau relax tu sangat salah. Ada pros dan cons juga untuk kedua-dua sekolah tersebut. Sekolah ramai guru maksudnya banyak kelas dibuka dan ramai murid yang nak kena handle.

Sekolah kurang murid pula murid yang kurang tetapi beban guru belum tentu berkurang. Banyak masa mengajar dan sebagainya.

Mungkin cikgu-cikgu boleh bagi pencerahan sedikit mengenai isu ini?.

11. Kapasiti cikgu not balance di sesetengah sekolah. Macam sekolah Ecah, Ustazah terpaksa mengajar subjek Bahasa Inggeris disebabkan lambakan cikgu Pendidikan Islam.

Kebetulan, subjek yang kosong dan tiada cikgu mengajar ialah subjek Bahasa Inggeris. Satu Malaysia hadap masalah yang sama iaitu kekurangan cikgu BI.

Lebih baik Ustazah cuba mengajar daripada nak menunggu cikgu Bahasa Inggeris yang entah bila nak muncul.

Parents pun jangan nak demand sangat. Daripada anak-anak tidak dapat ilmu langsung dan cikgu tak masuk kelas mengajar, lebih baik bagi hormat dan laluan kepada Ustazah untuk cuba mengajar.

Lagi satu, bukan mudah nak transfer cikgu-cikgu ini semua. Yang mohon keluar dan masuk ke negeri pilihan masing-masing terpaksa redha dan terima subjek yang diberikan. Bersyukur dapat lulus epertukaran.

Dalam hal ini, tak boleh salahkan KPM seratus peratus. Cikgu-cikgu duka lara yang mengajar subjek bukan in demand ini minta hendak bertukar atas sebab-sebab personal, pjj, anak kecil dan sebagainya. Nak tak nak, atas budi bicara dan sifat kesian, diluluskan.

Kalau hendak luluskan pertukaran guru mengikut subjek yang in demand dan permintaan tinggi, memang tak dapat bertukarlah cikgu-cikgu. Ramai lagi yang sedang menunggu dalam waiting list untuk ditukarkan.

Bila jadi macamni, lagi banyak masalah peribadi yang timbul. Bagi cikgu-cikgu bertukar je demi kesihatan mental dan fizikal cikgu-cikgu.

Bila sudah lulus, cikgu ni pun janganlah merungut kena mengajar subjek lain yang bukan major dan minor masa belajar. Cikgu yang terpilih masuk ke UPSI dan IPG semua result elok dalam SPM dan MUET Band 3 keatas.

Kalau kena mengajar Bahasa Inggeris tahap sekolah, rasanya cikgu-cikgu mampu lakukan. Percaya dengan kebolehan diri masing-masing.

Ibu bapa pun kena faham dan bagi peluang kepada cikgu-cikgu ini mengajar. Basic dan ilmu cikgu-cikgu ada cuma skill cara nak mengajar kena berikan sedikit masa. InsyaAllah kalau kedua-dua pihak bagi kerjasama, masalah macamni cepat je settle.

12. Kerja sekolah dan pengkeranian bertimbun sampai angkut bawa balik ke rumah. Yang ni nak tolong komen lebih-lebih, aku takut kena kecam. hehe.

Ni bergantung kepada pentadbiran sekolah, PPD & JPN. Sebab ada je kawan-kawan Ecah yang tak payah angkut kerja sekolah dan kerja admin balik ke rumah sebab JPN, PPD dan sekolah tak bebankan guru.

Kalau sekolah tu terlibat dengan program-program KPM, lagi banyak dokumentasi nak kena sediakan. Contohnya macam sekarang, program TN25. Kalau pentadbiran sekolah, PPD dan JPN masing-masing banyak membantu, no problem. Smooth je kerja cikgu-cikgu.

Ecah cakap kat kami, cikgu-cikgu ni okay je nak support semua program KPM ke memana kementerian pun janji bagi instruction yang jelas.

Jangan separuh masak dan arahan lain-lain. PPD minta lain, JPN minta lain, pentadbir sekolah plak bila dapat report dan arahan daripada PPD & JPN tahu mengarah je cikgu-cikgu sekolah buatkan.

Cukuplah kot point yang aku bagi. Harapnya jelaslah sebahagian root of problem yang jadi punca keluh-kesah cikgu-cikgu muda zaman sekarang.

Ikutkan banyak lagi nak confess tapi dalam berani confess macamni, aku still takut terlebih confess points yang mungkin P&C untuk KPM.

Sekarang, Menteri Pendidikan rajin turun padang siasat masalah. Mohonlah siasat Guru Besar dan Pengetua sekolah. Ada ke tak isu dalaman sekolah dan ada tak kes buli cikgu-cikgu yang GB atau Pengetua tidak suka.

Kalau dorang ni sejak jadi GB atau Pengetua pandai mengular dan NATO, memang tiada perubahanlah andainya dorang ni dilantik sebagai Pegawai di Kementerian.

Sekarang banyak peruntukkan untuk kemudahan sekolah yang KPM tarik balik. Sudah lama benda ni jadi sejak Ecah mula-mula posting lagi memang sudah wujud.

So, sebagai housemates Ecah, kami merayu kepada KPM untuk dikembalikan bajet yang banyak untuk kemudahan P&P cikgu-cikgu di sekolah. Kesian tengok Ecah struggle manage emotion, time and money.

Kalau sudah meluluskan dan bagi peruntukkan semua itu janganlah pula tolak dan kurangkan gaji dan elaun cikgu-cikgu. Naya cikgu-cikgu.

Apapun, aku nak minta maaf dekat semua cikgu di Malaysia kalau ada salah dan silap confess point di atas, aku confess apa yang aku nampak dan apa yang Ecah cerita. Maybe sekolah masing-masing lain caranya.

Kepada kawan-kawan cikgu yang senasib dengan Ecah, semoga confession ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu kamu semua.

Manalah tahu ada golongan cerdik pandai yang prihatin dengan masalah cikgu-cikgu muda ini dapat berkongsikan pandangan dan solutions.

– Housemates Ecah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *