Keluhan Penganggur

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca IIUMC.

Sebelum ini aku hanyalah pembaca dan peminat tegar laman ini. Hari ini, aku beranikan diri untuk mencoret isi hati. Terima kasih didahului andai coretan ini disiarkan.

Namaku Bunga (bukan nama sebenar), 24. Telah tamat pengajian, baru tak baru bulan Ogos 2020. Masih menganggur.

Sudah hampir 7 bulan aku berada di rumah, tanpa pekerjaan yang mendatangkan upah. Bukanlah aku buang masa sahaja di rumah,

Aku di rumah sekadar membuat kerja-kerja rumahtangga (walaupun aku belum berkahwin) seperti memasak, kemas rumah, cuci pinggan, jemur lipat pakaian, ambil hantar adik2 sekolah dan sebagainya.

Alhamdulilah, walaupun ibu bapaku berpisah, rezeki ibuku melimpah ruah di mana gaji bulanan ibuku sebagai penjawat awam lebih dari cukup untuk kami adik beradik.

Jadi mungkin sebab ini jugalah aku merasakan tidak terdesak untuk bekerja sepanjang aku di rumah selama beberapa bulan belakangan ini.

Isunya bermula penghujung 2020, apabila aku mendapat berita bahawa ada teman2 sekuliahku telah pun mendapat kerja-kerja yang boleh dikatakan dalam bidang yang dipelajari.

Dari situ, aku sudah mula menghantar beratus resume.

Aku merasakan diri aku lebih teruk bila aku buka Instagram, melihat story2 kawan2 sekolah rendah, menengah ku juga sudah mempunyai pekerjaan dan kehidupan yang stabil, di mataku.

Sejak dari UPSR dan PMR aku sering menunjukkan prestasi yang bagus. Bahkan cikgu2 juga kata masa depanku cerah.

Semasa SPM, keputusan ku juga bagus, maka ku lanjutkan pengajian ke peringkat Matrikulasi (juga keputusan bagus) seterusnya ke Ijazah (juga cemerlang) .

Namun, ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari.

Selepas graduate, peluang untuk mendapat kerja dalam bidang aku sangatlah mencabar. Sebelum ini, aku bangga dengan bidang yang aku pelajari.

Akhir2 ini, aku banyak menghantar resume ke jawatan2 yang tak selayaknya Ijazah. Apabila ada iklan kerja untuk kelayakan SPM, aku hantarkan permohonan meskipun di luar negeri dan aku harus merantau.

Baru2 ini, aku mendapat tawaran untuk bekerja di sebuah poliklinik swasta di Kajang dengan gaji ditawarkan RM1500.

Aku bertanya kawan2, ok atau tidak gaji sebanyak itu dengan kos sara hidup kawasan tersebut. Maklumlah, aku ini boleh dikatakan ibarat katak bawah tempurung, tak biasa merantau.

Semasa pengajian di universiti juga tidak merantau. Dipendekkan cerita, aku tolak tawaran tersebut.

Kebelakangan ini, ibuku sering membebel mengatakan aku ni kuat tidur sehinggakan badan naik berisi.

Mungkin, dia sering lihat aku dengan telefon saja. Dia tak tahu aku main telefon sebab mencari kerja, semua portal job hunting aku buka.

Beratus ratus permohonan ku hantar, majoriti nya sunyi tanpa khabar. Lalu, aku terlintas mungkinkah resume ku tidak menarik.

Interview juga sudah banyak aku lalui, namun belum rezeki. Lalu ku juga terfikir, mungkinkah aku tak perform semasa interview.

Buka FB, nampak kawan2 yang belajar di IPG sudah dapat posting ke sekolah2. Buka IG, nampak posting kawan2 yang under institut KKM posting. Lalu aku persoalkan diri, aku tersalah pilih bidang kah?

Aku buntu. Aku tertekan. Semalam, seharian aku berkurung. Tidak bercakap dengan ahli keluarga. Terkadang, aku merasakan diri ini tak berguna, belajar tinggi2, tapi takde kerja.

Maaf mungkin susunan luahan ini tak teratur. Tapi, aku berharap apa yang aku nak sampaikan dapat difahami dan pata pembaca dapat memberi nasihat untuk aku memotivasikan diri.

Terima kasih.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *