Keluhan Seorang Isteri

Tahun ni masuk setahun lebih perkahwinan kami berdua tapi ya Allah banyak dugaan dia. Dan dugaan kebanyakan datang daripada si suami.

Sebelum berkahwin, dia yang beria ajak saya berkahwin banyak kali tapi saya reject sebab bagi saya kami belum bersedia lagi atas faktor kewangan dan mentaliti.

Tapi selepas berkali2 dipujuk dan dia pun cakap dia yakin dia boleh bantu saya jadi isteri dan seorang ibu tapi semuanya harapan palsu.

Sekarang, semua benda saya yang buat. Dulu janji nak bantu jaga anak bersama sama tapi saya yang asyik kena bangun buat susu, tukar pampers, kadang2 duit untuk keperluan anak pun saya yang kena belikan.

Bila mengadu dia cakap dia kerja lagi penat pagi ke malam tapi saya pun bekerja juga pagi ke petang. Saya pun nak berehat juga.

Sebelum kawin cakap dekat saya takde hutang apa semua. Lepas kawin semua tu tipu sampaikan saya kena keluarkan duit simpanan saya untuk bantu lansaikan hutang dia.

Baru2 ni pula dia suka sangat keluar tanpa beritahu saya. Tau dah tak de kat rumah sebab keluar lepak dengan kawan.

Memang betul kalau suami nak keluar tak perlu mintak izin tapi at least inform la. Saya pun nak berehat.

Kalau saya cuti pun saya tak tidur pun time petang sebab anak tak tidur. Jadi bila masa yang saya boleh rest?

Hari tu saya cakap kenapa sebelum kawin awak cakap awak dh ready jadi seorang suami, jadi seorang ayah tapi bila kawin dan ada anak macam terbalik pula saya sedih sangat sebab saya rasa perkahwinan ini banyak membebankan saya.

Kenapa nak kawin kalau rasa tak mampu nak jadi suami yang bagus? Kenapa nak paksa kita kawin bila pasangan rasa belum ready lagi?

Adakah pressure sebab kawan2 lain dh kawin?

Semua soalan ni asyik bermain di fikiran saya. Saya tak ready pada awalnya tapi bila saya ada anak saya kuatkan diri untuk jadi ibu yang terbaik untuk anak sebab bukan salah dia hadir di dunia ini.

Saya buntu dan timbul satu perasaan saya nak jadi ibu tunggal sebab saya tak nak hidup dengan orang yang banyak lepaskan tanggungjawab.

Saya sebenarnya tak kesah kalau jadi janda sebab saya bekerja dan ada duit. Saya sayang anak saya lebih dari segalanya.

Saya faham anak memerlukan ibu bapa yang bersama tapi saya yakin walaupun kami bercerai saya masih dapat bahagiakan anak saya. Saya pun kena fikir kebahagiaan saya juga.

Tapi tak tahu kenapa saya tak boleh nak berpisah. Mungkin kami baru berkahwin? Mungkin saya fikir dia masih ada masa untuk berubah?

Entah la. Doakan saya ye…

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *