Keluhan Seorang Pelajar Perubatan Lel4ki

Nama aku Riz (Bukan nama sebenar). Aku seorang pelajar perubatan akhir dalam salah satu universiti di Malaysia.

Aku ingin ceritakan tentang pandangan dan pengalaman aku tentang satu isu yang agak sensitif dan boleh dikatakan kontroversial tetapi sebagai langkah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat aku terpaksa ceritakan tentang isu ni.

Sebab perkara ini telah berlaku sejak zaman dulu lagi tetapi tak ramai orang yang highlightkan dan dipandang remeh oleh sesetengah bahagian masyarakat.

Dari pengalaman aku mempelajari bidang perubatan ni semestinya aku lalui pelbagai pengalaman suka dan duka. Aku dapat pelajari banyak benda dengan melihat interaksi antara para doktor, jururawat dan pesakit.

Aku boleh katakan, banyak benda aku belajar dengan mengenali seseorang pesakit itu dan juga berbincang

(secara confidential dan tidak membocorkan identiti) pesakit bersama-sama para doktor pakar, pelatih dan juga rakan-rakan seperjuangan dalam mempelajari ilmu perubatan ni.

Namun, ada satu posting (bahagian) sebagai seorang pelajar perubatan lelaki aku sangat-sangat tak suka dan bukan sebab ilmu atau pekerja dalam posting tu tetapi sebab mindset masyarakat yang tidak memberikan kerjasama.

Posting yang aku katakan itu adalah posting pakar sakit puan (obstetrics dan gynaecology).

Dalam posting ini, seperti biasa, sebagai pelajar perubatan kami dikehendaki untuk mencari patient untuk ditanya soalan dan diperiksa supaya kami boleh mempelajari dan berbincang bersama-sama doktor tentang management yang sesuai bagi patient itu.

Selain daripada itu, kami diberi tanggungjawab dan kebenaran untuk memerhati dan jika sudah mahir untuk assist dalam sambutan bayi, memerhati cara pemeriksaan dan pertanyaan soalan di klinik dan apa-apa yang perlu.

Dalam posting ini sedikit special kerana hanya melibatkan kaum hawa sahaja.

Oleh itu, lelaki mahupun perempuan selalu diingatkan dan disuruh untuk membawa seorang lagi chaperone (peneman) apabila ingin membuat satu pertanyaan atau pemeriksaan fizikal agar tidak timbul apa-apa fitnah dan salahlaku apabila pemeriksaan dijalankan.

Ini kerana rate lawsuit dan kes saman dalam posting ini sangat tinggi.

Masalah yang aku lalui sekarang ini adalah ketidakkerjasamaan para pesakit wanita dan suami dalam posting ini.

Contohnya, apabila seseorang perempuan itu bersalin adalah diwajibkan untuk kami pelajar perubatan untuk meminta izin untuk melihat proses bersalin itu.

Ini agar apabila kami jadi houseman atau doktor kami tahu cara mengendalikan proses bersalin itu.

Tetapi sebagai contoh dalam 6 kali aku sebagai seorang lelaki meminta izin untuk melihat proses tersebut 4 kali aku kena reject.

Kadang-kala aku direject kerana aku seorang lelaki sahaja. Pelajar perempuan diberi peluang pula untuk melihat proses itu. Kadangkala, bukan patient yang reject tetapi suaminya yang reject kan untuk patient tu.

Semua ini atas dasar rasa malu ke atas pemerhatian lelaki dalam proses bersalin.

Wahai kaum hawa, aku nak emphasize disini bahawa bila kami meminta izin tu kami meminta dengan niat semata-mata untuk belajar sahaja bukan lebih dari itu.

Dari pengalaman aku sendiri, aku sebenarnya trauma juga apabila lihat proses tersebut tetapi aku terpaksa meminta izin sebagai seorang pelajar perubatan untuk observe,

Agar pada masa hadapan apabila aku bergelar sebagai doktor, tiada patient mati di tanganku dan tidak pasal-pasal aku kena maki dengan doktor, para jururawat atau pesakit itu sendiri kerana tidak reti mengendalikan delivery.

Kepada kaum suami atau kaum kerabat lelaki pun aku ingin tekankan benda sama. Percayalah, apabila kitorang lalui posting ini takde maknanya untuk puaskan nafsu syahwat.

Apa je nafsu yang ada bila tengok segala pendarahan dan masalah dalam proses tersebut. Dalam pemikiran aku dan para pelajar perubatan lelaki yang lain adalah ‘macam mana nak selesaikan masalah ni?’. Takdenya kami nak rembat isteri korang.

Sama juga dalam klinik, apabila aku ingin pelajari cara memeriksa masalah sakit pun dengan bimbingan doktor perempuan aku selalu direject oleh patient itu sendiri.

Ya aku faham, perasaan malu tu ada dan ini adalah sifat manusia. Dalam agama juga melarang melihat aurat lelaki dan perempuan.

Tetapi dalam keadaan darurat atau emergency sesetengah hukum itu mungkin akan berubah. Dari segi ini, kami pelajar ingin belajar untuk masa depan kita semua.

Bayangkan satu hari nanti bila puan-puan ada emergency dan doktor lelaki sahaja yang ada ketika itu.

Adakah Puan berpuas hati jika doktor itu tidak tahu menyelamatkan Puan kerana semasa menjadi pelajar perubatan, dia tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya untuk menolong kondisi Puan?

Kami mungkin hanya pelajar perubatan tapi kami adalah masa depan bagi puan, ibu puan, kakak dan adik atau anak perempuan Puan.

Masa inilah kami dapat belajar kerana selepas ini bila digelar doktor, kesilapan itu mampu melibatkan nyawa orang.

Kalau Puan rasa malu, sebenarnya kami rasa lagi malu lagi-lagi apabila kena meminta seperti pengemis especially apabila banyak kali kena reject. Ini yang membuat aku benci posting (obstetric and gynaecology ).

Mungkin ada yang akan kecam aku dan cakap kalau ini isteri aku, mesti aku akan buat benda sama.

Tetapi selepas aku mengalami rejection selepas rejection untuk mempelajari ilmu untuk menyelamatkan orang ini aku harap pemikiran aku ini tak akan berubah.

Aku bukan nak merendahkan status orang atau apa-apa tetapi jika mahukan pilihan untuk tidak dirawat atau dipelajari oleh pelajar atau staf kesihatan lelaki sila pergi ke hospital private yang berkenaan.

Apabila pergi ke hospital kerajaan sebagai non-full paying atau bayaran bersubsidi, ini adalah salah satu sumbangan yang tuan-tuan dan puan-puan boleh buat untuk negara bukan dari segi duit tetapi dari segi pengalaman bagi kami untuk masa dan juga patient-patient akan datang.

Dengan ini, aku ingin berterima kasih sangat kepada semua patient yang memberi peluang kepada kami pelajar perubatan terutama lelaki untuk mempelajari daripada pengalaman puan-puan.

Jasa tuan-tuan dan puan-puan akan kami kenang sampai bila-bila. Niat aku hanya untuk memberi awareness dan minta tolong beri kerjasama kepada kami. Terima kasih.

– Riz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *