Keluhan Seorang Student Lepasan Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Hello and Assalamualaikum guys, thanks admin sebab approve aku punya luahan ni. Aku tulis ni sebab nak share masalah yang tengah aku alami as a student diploma.

Untuk pengetahuan korang, aku ni student Mech. Engineering lepasan diploma and baru habis praktikal hujung bulan satu haritu.

So boleh cakap yang aku ni sekarang tengah dalam dilema la sebab masih memikirkan either nak sambung degree or terus saja kerja.

Kalau nak sambung degree, actually cuma makan lagi 3 tahun saja sebab universiti aku ni dia tawarkan kemasukan direct entry untuk ex-student diploma yang nak sambung degree dekat universiti sama.

Cuma ye la kan, nak belajar ni bukan pakai daun, kena guna duit gak and bukannya murah. Kira2 boleh masuk RM 16++ keatas.

Banyak member aku yang suruh amik pinjaman PTPTN kalau nak sambung belajar.

Masalahnya time diploma ni aku dah buat pinjaman dalam RM 10K, pastu kena la pikir banyak kali kalau nak sambung buat pinjaman.

Yela, mana taknya, ko baru habis degree nanti, hutang ko dah RM30K keatas. Itu belum tentu lagi dapat kerja ke tidak.

Lagi satu, aku dah alami dah time aku diploma ni yang belajar online ni memang tak best langsung and tak kena dengan jiwa aku.

Sebenarnya, aku ni more to praktikal punya orang kalau nak belajar. Baru la senang nak hadam sesuatu benda tu dalam otak aku ni.

Kalau duduk tengok lecturer membebel then buat latihan apa sume tanpa praktikal, apa gunanya aku bayar satu sem hampir seribu ringgit untuk benda yang belum tentu ada faedah dekat aku.

And also, time pandemik ni juga la yang buat aku terfikir sama ada elok ke sambung degree.

Iya la kan, kalau benda ni jadi kat aku time diploma, confirm2 lah kan ia akan berulang juga time degree nanti.

Memangla ramai orang cakap, “kalau ko amik degree nanti, gaji ko lagi besar time ko kerja berbanding diploma”.

Tapi cubalah korang fikir, kalau setiap tahun ade lebih kurang 1-2 ribu student lepasan degree dalam kos engineering, belum tentu Malaysia ni tawarkan jumlah pekerjaan yang sama untuk diorang ni.

Ni baru student untuk satu universiti tau, belum lagi universiti yang top kat Malaysia ni yang tawarkan bidang engineering yang sama macam UM, UTHM, UTeM etc.

Aku yang pelajar mediocre ni mesti kena bersaing dengan student2 yang pointer dia 4.0 sepanjang sem. Haih ~~

Kalau ade orang cakap, “kalau ko rasa terbeban dengan hutang tu, try la score dekan untuk degree ko, nanti ko boleh la tukarkan pinjaman PTPTN ko tu jadi biasiswa”. Guys, bukan senang ye untuk score dekan lagi time degree.

Aku diploma pon cukup2 makan saja nak dapatkan CGPA 3.5 ni lagikan time degree nanti dengan markah carry mark lagi kecik dari test which is 40% carry mark 60% test. SUSAH OIII!!!!!

Kalau korang tanya member2 aku time uni dulu pasal perangai aku, aku ni jenis yang study kaw2 nya orang. sebulan atau dua bulan sebelum exam, aku mesti dah start study. Tapi result camtu jugak.

Btw untuk korang yang nak sambung degree tu, kalau mak bapak korang kaya or kalau korang pandai gila2 sampai setiap sem tu boleh score 4.0 tu, sambung saja la.

Bagi yang yang sama keadaan dia macam aku, belajar tak lah pandai mana, boleh dikatakan introvert gak, keluarga sedang2 saja, fikirlah masak2 sebelum buat keputusan.

So nanti jangan pulak korang rasa menyesal dengan keputusan korang tu.

– Haziq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dalam dunia fiksyen aku, course ni ada terlalu banyak peluang pekerjaan di Malaysia dan di seluruh dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *