Kemaafan Subuh II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kemaafan-subuh/).

Assalamualaikum semua, Jiha dah baca semua komen/ nasihat serta kecaman kalian. Maaflah jika buat anda semua membawang di bulan puasa.

Pertamanya minta maaf ye jika gaya bahasa untuk confession pertama bercampur aduk. Confession ditulis disubuh hari jadinya terletak extra emosi pulak, nak cerita secara cantik lenggok bahasa tidak berapa pandai.

Bagi yang tertanya-tanya apa sebab Z memilih S instead of Jiha, itu semua jodoh yang tertulis, Jiha sendiri pun tak tanya, andaian Jiha, mungkin pada masa itu S mempunyai kelebihan dari Jiha,

Masa tu pun Jiha baru habis study kerja sekadar RA untuk few prof dekat UM tu. Sesungguhnya apa yang jadi antara Jiha dengan Z adalah salah satu aturan yang telah Allah tetapkan untuk Jiha jalani.

Untuk yang cakap Jiha tak perasan ke dijadikan spare part?

Saya tak perasan sis waktu tu jadi spare part ke tak sebab Jiha tak overly attach macam couple lain so buat saja la apa nak buat, nak hilang ke nak lesap ke as long as sihat terpelihara alhamdullilah. Sounds stupid right? Biasalah cinta remaja waktu tu.

Yang bertanya kenapa after 6 tahun baru nak maafkan? Tak move on ke sis? Tak bahagia ke dengan suami sis? Sis sakit mental ke?

dekat sini Jiha nak bagitahu bahawa dah nama pun confession, tempat sesiapa pun nak meluahkan perasaan, adakah luahan perasaan untuk perasaan yang terjadi pada bulan April 2021 sahaja? Takkan?

Habis kalau dia luahkan perasaan perkara 80 tahun lepas, adakah sebab dia tak move on? Adakah dia stuck? Tak ye tuan-puan. Ia hanyalah sekadar luahan perasaan, confession ni medium untuk kita melahirkan monolog yang tak terungkap.

Alasan terbesar kenapa Jiha baru rasa nak maafkan, nak berdamai dengan takdir, tak nak ada dendam lagi sebab, these past 2 year Allah bagi banyak sangat nikmat dekat Jiha, ada suami baik, ada anak comel, ada business maju, dapat grad masters on time.

Semua cukup tapi sometimes Jiha rasa ada something yang tak lepas dari hati, and Jiha tak ingat pun pasal Z dengan S ni.

Padahal sebenarnya lepas kes dimalukan S tu memang Jiha semat dalam hati benci sangat dengan diorang dan lama-lama lupa langsung hal ni dengan kesibukan urusan seharian.

Tapi Jiha tahulah yang Jiha memang benci diorang. So everytime lepas solat atau sebelum tido, Jiha mesti rasa tak selesa, macam ada unfinish business tau tapi biarkan saja sehinggalah akhir tahun lepas.

Time Jiha hantar anak dekat playschool, I saw them! Tapi luckily pakai mask so diorang pun tak perasan Jiha, after that few times terserempak dengan diorang dekat my housing area ni.

Lagipun besar manalah Setia Ecopark ni. Masa tu baru Jiha teringat dan terfikir pasal why selalu rasa tak tenang tu.

Lagipun dah 6 tahun, rasa marah tu pun dah hilang, Jiha pun tak nak nampak awkward in case terserempak lagi ke apa.

Jiha betul-betul nak diorang rasa okay with me, yang lepas tu dah la. Jiha tak nak S tu takut or risau yang Jiha nak suami dia lagi which is tak ada siapa pun nak sebenarnya. Nauzubillahiminzalik.

I harap semua orang okay dan tenang macam Jiha jumpa orang lain. Lagi satu Jiha pernah dengar talk by Ustazah Asma Harun,

Dia pesan sesungguhnya bila kita setuju memaafkan orang lain, itu tandanya kita ikhlas dan rela memaafkan diri sendiri atas apa yang berlaku tak kiralah betapa buruk dan teruk ia terjadi.

Jiha baca dekat komen ada yang ambil masa 10 tahun untuk memaafkan dan melupakan sebab tak semua orang boleh memaafkan dan melupakan sekaligus. Also, buat adik-adik yang sedang bercinta, be firm dengan perasaan dan kehadiran pasangan.

Kalau dah usaha dan doa dengan baik tetapi bukan jodoh, anggap saja lah ia merupakan salah satu kenangan yang Allah hadirkan sebagai warna warni dalam kehidupan.

Ni Jiha nak ingatkan sekali lagi, Jiha cerita dekat sini bukan sebab Jiha tak move on mahupun tergedik dekat suami orang, tapi ia hanyalah sekadar penceritaan kepada sebuah kemaafan.

Jiha tak sempurna, tak ada kuasa, lemah. Semua kebaikan hanyalah bantuan dari Allah. Thanks kepada semua yang baca dan komen, semoga kalian terus berbahagia dibawah rahmat Allah.

Salam Ramadhan.

– Najihah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *