Kemaafan Yang Dinanti

Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih admin jika siarkan conffesion ini. Dulu saya pernah buat confession dalam IIUMC. Tentang anak yang dibuang ayah sendiri, its me again..

Aku cuma nak meluahkan rasa yang terpendam dalam hati selama hampir 20 tahun. Sebelum itu, aku kenal kan diri. Wanita yang sudah berkahwin, ada suami, ada anak lelaki. Seorang penjawat awam beruniform.

Confession dahulu ada cerita ringkas tentang ayahku. Semasa umur aku di awal sekolah rendah, ayah aku menghalau aku, adik-adik, dan mak aku sendiri sehelai sepinggang dari tempat berteduh. Duit sesen tak ada dalam tangan.

Mujur ada tuan yang baik hati (pada mulanya baik tetapi ada niat yang tak baik) sewakan rumah kampung untuk berteduh sementara.

Untuk cari sedikit wang demi kelangsungan hidup, mak aku hantar kuih-muih, nasi ke gerai jualan pagi. Adakala berniaga di pasr malam. Kitaorang tak ada kenderaan langsung. Hanya ada 3 buah basikal buruk sahaja yang ada. Dengan basikal itu lah kami angkut barang jualan.

Tenaga budak sekolah, apa la sangat. Tetapi entah macam mane aku aku angkat payung kanopi dan angkut bawak setiap kali meniaga (berat badan overweight tahap 2). Masa ni dah tingkatan 1.

Jarak rumah dengan pasar malam dalam 5km jugak la. Jauh bagi yang tak ada kenderaan macam kami Macam-macam aku lalui, pergi sekolah ada kala tak ada duit belanja. Ada juga insan yang baik hati bagi duit belanja sekolah.

Baju sekolah lusuh, kasut koyak, tak pernah berganti. Hanya pemberian dari jiran-jiran yang baik hati. Ada kala tersisip rasa malu pada kawan-kawan sekelas. Kawan-kawan sekelas semuanya berasal dari keluarga yang senang.

Namun, mereka semua sangat-sangat baik dan tak pernah menyisihkan aku dari mereka. Kadang-kadang, mereka bagi makanan, kongsi makanan mereka bawak, serius, sangat2 terharu dan tak pernah lupa, cuma aku tak dapat sertai mereka kemana-mana kerana faktor wang.

Sepanjang aku bersekolah, tiada satu pun kelibat ayah aku ke sekolah. Bertanya keadaan anak ini, adik-adik aku pun sama. Tak pernah muncul. Tak pernah bertanya atau menghulurkan sesen dua wang.

Sedangkan rumah ayah aku dengan sekolah dalam kawasan yang sama. Aku jatuh sakit atau terjadi apa-apa. Tidak pernah sekalipun,

Disaat itu, aku anggap ayah aku dah mati dalam hidup aku sendiri.. Aku kahwin pun, aku guna wali hakim (ada syaratnya yang aku tak dapat nyatakan disini sebabnya).

Dalam masa hampir 20 tahun ni, aku, adik2 dan mak aku dah bahagia dengan hidup sendiri. Ada kerjaya sendiri, keluarga sendiri.

Dalam jangka masa waktu itu juga, tak pernah sekalipun bertembung dengan ayah aku. Sedangkan kami dalam satu daerah K. Bandar K pun tak besar mana.

Adakah Allah S. W. T. tidak izinkan ayah aku berjumpa dengan anak-anak yang dia buang ini??

Di ketika ini, orang kampung ada sampaikan kepada adik ipar. Adik dan adik ipar tinggal di kawasan yang tidak jauh dari rumah lama yang dihalau.

Orang kampung bercerita yang ayah aku kini kurang waras, sakit tua. Berjalan kaki dalam kampung seorang diri sampai langgar tiang lampu, benteng.

Kerap kali bertanya dengan orang kampung yang dia kenali tentang aku, anak sulungnya.

“Ada terjumpa Along tak?? Abah nak sangat tengok Along”

“Kat mana nak cari along”

“Kenapa along tak cari abah”

“Along macam mana agaknya ya”

Dalam hati aku ada macam2 rasa. Aku terkesima. Kenapa aku dah besar, ada kerjaya, mampu berdiri tanpa seorang ayah, ada keluarga sendiri baru mencari-cari. Kenapa bukan 10-15 tahun lepas??

Kenapa disaat ayah aku senang, dengan duit berkepuk2 beratus ribu dalam tangan hasil jualan tanah pusaka, kerajaan S ambil untuk buat highway, ayah aku buang aku macam tak ada nilai anak di mata dia.

Dan kini, merintih2 mencari anak yang dibuangnya ketika dulu. Malah, dengan bangganya berkata-kata “jangan cari abah walau apa pun berlaku”. Dan aku pegang pada kata2 nya sehingga sekarang. Aku anggap ayah aku dah mati dan anak yatim sebelum masanya.

Rumah lama aku tahu di mana. Tetapi aku tak ada kekuatan dalam diri. Namun, mak aku dan adik-adik aku masih tak mampu menerima kembali ayah aku setelah apa yang ayah aku laku kan. Aku dilema. Aku tak kuat. . Ada sisi dalaman aku yang aku tak mampu terima.

“Abah, kenapa buang Along”

“Apa salah Along abah??”

“Kenapa tak cari Along???”

“Abah memang tak nak jumpa Along”

Kenapa aku yang selalu disebut-sebut berbanding anak2 yang lain. Banyak persoalan yang aku simpan selama ini dan liku-liku kehidupan sukar yang aku lalui sebagai seorang kanak-kanak sehingga kini.

Tentang mak aku, aku perlu tunggu mak aku. Hati dia pun, aku kena tahu. Macam2 rasa ada sepanjang 25 tahun digantung tak bertali. Ada hati yang perlu dijaga. Mak aku sendiri seolah -olah masih di awang awangan. Jika aku pergi mencari, aku perlu bawa mak aku sekali

Adakah aku perlu mendapatkan sendiri kemaafan dari perigi yang membuang???Orang yang tak pernah merasa dibuang pasti mengecam.

Tetapi ketahui lah, sebagai anak, cemburu orang lain ada ayah. Tetapi aku?? Dibuang ayah sendiri. Aku tahu memaafkan perkara yang sangat mulia. Tapi, ,

AKU TAK KUAT… Sungguh.

Sekadar coretan dalam hati seorang anak kecil yang kehilangan nilai seorang ayah sebelum masanya. Aku memerlukan kata-kata semangat dari semua. Allah S. W. T. juga yang menggerakkan segala -galanya dengan waktu, masa yang tepat. tidak cepat dan tidak lambat.

– Sakura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *