Kemaafan Yang Terindah

Assalamualaikum pembaca.. Semoga semua berada dalam limpah rahmatnya. Saat aku mengarang coretan ini, aku baru menerima kedatangan amanah dari Allah swt yang ke 4, seorang baby girl yang comel kurang dari sejam (setelah selesai semua azan iqamah) di luar labour room.

Menyorot kembali kisah lalu, aku telah disahkan menjadi seorang suami kurang lebih 7 tahun yang lalu. Alhamdulillah, rezeki awal dikurniakan anak setahun kemudian.

Teringat kembali detik ingin mnyambut kelahiran zuriatku yang pertama, bersama isteri kami mendatangi seorang ustaz di utara tanah air untuk memohon didoakan agar memudahkan kelahiran disamping memohon ustaz mendoakan air selusuh.

Titik tolak kepada kesinambungan setiap kelahiran zuriatku bersama isteri tercinta bermula di sini. Hingga saat ini jelas terngiang-ngiang ucapan dan lafaz ustaz.

Beliau mengatakan tidak salah ikhtiar mempurmadahkan untuk bersalin dengan membuat air selusuh tapi perkara utama setiap isteri untuk dipermudahkan bersalin adalah Redha Allah, Redha suami, redha ibu bapa dan mertua serta ahli keluarga.

Ya, aku saksikan sendiri di hadapan mata kepala aku assebab Redha ini, Alhamdulillah semua kelahiran zuriat-zuriat ku Dipermudahkan Allah swt.

Aku kongsikan kisah kelahiran setiap zuriatku.

Anak pertama:

Berada dalam weekly meeting krg lebih jam 8.15 pagi, isteri menelefon mengatakan air putih meleleh tatkala sedang memberi kucing makan. Tergesa-gesa aku pulang. Smpai di rumah isteri telah bersedia untuk ke hospital. 9.15am tiba di pusat bersalin m*******.

Sebelum turun kereta berulang kali beliau memohon kemaafan. Ya, sebagai seorang suami yang seakan mengerti keperitam yang ditanggung isteri, aku membalas dengan mengatakan “abang maafkan semua salah silap sayang”.

Alhamdulillah isteri tidak mengalami kesakitan bersalin yang lama. Sekitar 9.35am zuriat pertama dilahirkan secara normal”.

Anak kedua:

Biarpun kelahiran anak kedua secara scheduled ceasarean, namun berkat amalan yang aku praktikan, tidak henti-henti berdoa serta memaafkan salah isteri, Alhamdulillah kelahiran dipermudahkan.

Anak ketiga:

Sentiasa berdoa agar kelahiran dipermudahkan. Sedang bersiap untuk ke tempat kerja, 7.00am isteri mengadu mengalami kesakitan berkala 15 minit skali.

Setelah bersiap, kurang lebih pukul 8.00am kami tiba di hospital. Seperti kelahiran sebelum2, isteri memohon kemaafan dan ya aku maafkan segala seems and hidden isteri. Alhamdulillah. Seusai sampai di wad bersalin, nurse mengatakan bukaan sudah 6cm.

Sambil tidak putus berdoa, aku selitkan kemaafan terhadap semua salah silap isteri dan ya Another miracle yang aku alami sendiri. Berkat kemaafan, krg lebih 9.10am, seorang lagi puteri kami diizinkan Allah melihat dunia.

Anak ke empat:

EDD isteri kurang lebih 3 minggu dari harini (hari bersalin). Isteri mengadu kurangnya bb kicking lantas pergi ke kkm. KKM dengan segera merujuk isteri ke hospital terdekat.

Out of sudden, refer atas kes lain, isteri di tahan atas sebab bukaan sudah 3 cm pada pukul 11am. Tidak mengadu sebarang kontraksi bersalin sehinggalah pukul 10pm hari yang sama.

Disebabkan terlalu sibuk menguruskan 3 anak yang lain, aku terlupa menyatakan keredhaan serta melafazkan segala kesalahan isteri sedar atau tidak.

Setiap kali sakit, isteri menghantar pesanan wasap. Bermula 10pm sehingga pukul 2am hari berikutnya, kurang lebih setiap 15min isteri mengadu sakit kontraksi. Ya Allah. Aku terlupa. Benar2 terlupa melakukan amalan aku terhadap 3 kelahiran yang awal.

Terlupa memberi kemafaan dan meredhai isteri tatkala beliau berjuang dengan maut. Kekesalan yang tidak terhingga, jam 2.15am aku bergegas ke hospital. Sampai di parking terus membalas wasap isteri tercinta:

Isteri: abang, sakit sangat (entah ke berapa kali beliau mengadu sakit sejak 10pm)

Aku: sayang, abang maafkan semua kesalahan syg either hidden or seems. Allahuakbar. Sekali lagi keajaiban berlaku.

Pukul 2.41am menerima panggilan nurse untuk terus ke labour room dan Alhamdulillah anak ke 4 aku dilahirkan tepat jam 3.13am. Suratan atau kebetulan? Hanya dalam kekuasaan Allah semua ini berlaku.

Para suami di luar sana, ambillah iktibar. Keredhaan serta kemaafan yang ikhlas dari anda memungkin/ assebab urusan bersalin isteri yang anda cintai dipermudahkan.

Usah taksub dengan amalan ini semata2 kerana ia mungkin hanya satu assebab dr beribu-ribu assebab yang lain. Namun, di saat isteri dicintai mempertaruhkan nyawa untuk kelahiran zuriat kita, sewajarnya kita menghalalkan segalanya.

Lagi petikan ayat ustaz -Memohon maaf (dari isteri) atas segala kesalahan terang terangan atau tersembunyi secara ikhlas dan memberi kemaafan (dari pihak suami) antara assebab dosa yang menghalang proses kelahiran menjadi mudah. Wallahualam.

Mungkin ada betul mungkin jugak tidak namun setiap sesuatu yang terjadi tidak lain tidak bukan ia hanyalah tiada lain semata-mata dengan Kehendak Allah swt.

Yang baik semua dari Maha Pencipta Allah swt. Yang buruk seburuknya adalah dari kita makhluk. Semoga menjadi sesuatu yang bermanfaat InsyaaAllah.

– Bapak 4 anak

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *