Kemaafan Yang Tidak Kunjung Tiba

Assalamualaikum. Nama aku dalam luahan ini Suria. Di sini aku ingin meluahkan sesuatu. Hampir 3 tahun sudah aku dikecewakan dan ditipu oleh lelaki ini ku beri nama (Mad).

Tetapi sepanjang tiga tahun ni dia pasti muncul dalam hidup ku ketika aku sedang stess/ menghadapi masalah. Aku tidak memikirkan dia bahkan stalk dia. Walaubagaimanapun, dia pasti muncul dalam mimpi ketika aku berada di lowest point.

Kawan2 ku mengatakan bahawa sebenarnya ada perkara yang belum beres antara aku dan Mad. Mungkin itu punca kenapa dia kerap muncul dalam mimpi ketika aku ada masalah. Ketika aku happy atau biasa, mimpi dia tidak ada sama sekali.

Aku jawab kepada kawan2 ku, aku sudah maafkan Mad. Kawan ku kata, mulut & otak ku mungkin berkata begitu. Hanya jauh dalam hati yang rasa tanpa kita sedar. Lalu aku terpikir akan ayat mereka.

Kemudian aku renung sendiri. Mari aku ceritakan. Aku dan dia diperkenalkan oleh rakan kami ketika kami di universiti yang terkenal di utara. Sebelum kami diperkenalkan, memang aku sudah crush pada dia tapi hanya lah senyap sahaja.

Entah bagaimana satu hari dia menegur aku, aku seperti tidak percaya bahawa lelaki yang aku suka sejak berbulan lepas mendekati aku. Kami course berbeza, mad course building & construction, aku science.

Awal perkenalan memang indah. Beberapa minggu kemudian dia kantoi membawa perempuan membonceng motosikal.

Sepatutnya aku yang marah, tetapi sebaliknya. Dia sangat pandai playing victim sepanjang setahun setengah hubungan kami. Banyak sangat penipuan dia, kerana sayang aku maafkan.

Kemuncaknya ialah dia habis degree sebelum aku kerana course nya cuma 3 tahun. Bermula ldr, dia berubah. Aku sangka kerana kerja rupanya bukan. Dia mula menjadi lelaki gatal. Minta gambar bukan2 pada aku. Aku menolak. Dia merajuk.

Aku kena pujuk. Aku tidak pernah bercinta, makanya Mad cinta pertama aku. Masih ku ingat dia merajuk ketika kami dating, kerana aku menolak untuk pegang tangan dia. Gila! Aku tak pernah pegang tangan lelaki.

Oleh kerana cinta itu buta, aku akur permintaannya untuk pegang tangan pada dating seterusnya. Demi Tuhan aku tak selesa. Syaitan mula membisik ke telinga ku. Aku jadi suka. Rasa disayangi & gembira semakin tinggi.

Ahh bodohnya aku. Dia mengajar aku untuk s3xting, minta gambar s3xy, gambar free hair. s3xting aku melayannya kerana ‘sayang’. Alhamdulillah gambar s3xy aku tidak pernah menghantar kepada Mad.

Fast forward pertengahan July 2018 dia minta putus dengan ku katanya dia sudah tiada perasaan.

Seperti orang bodoh aku merayu. Dia tak layan. Entah macam mana, kuasa stalk aku seperti kuda. Aku baru tahu dia sebenarnya sudah ada gf yang mereka berkenalan sejak zaman sekolah. Di ig perempuan itu penuh gambar yang dia tag Mad.

Aku rasa sakit. Sakit sekali. Ya Allah. Aku cuba bangkit. Semasa solat, air mata aku berjujuran seperti tiada henti. Aku faham bait baik makna bacaan dalam solat. Aku sujud selama aku mampu. Kenapa dia merobek maruah ku jika dia memang tidak mahu bersama aku.

Selepas dia putus dengan ku, dia pergi bercuti ke sabah. Kemudian ke Vietnam bersama perempuan itu. Selepas balik dari Vietnam, dia whatsapp aku seperti tiada apa. Dia cuba untuk memujuk aku kembali.

Aku tidak confront dia mengenai gf dia itu. Malah, aku langsung tidak memberitahu mengenai kecurangan Mad terhadapnya. Aku menghormati hubungan mereka. Biarlah perempuan itu tahu sendiri.

Aku katakan kepada Mad jika ingin aku kembali, dia perlu menemui ku. Niat ku hanya lah ingin confront dia face to face.

Jujur, aku sangat sayang akan dia ketika itu. Hati aku tahu sebenarnya dia bukan lah sayang kepada ku tetapi sekadar ingin hilangkan bosan dia. Perempuan itu satu kawasan sahaja dengan dia, cantik, sudah bekerja Admin/HR.

Dasar lelaki tidak puas. Selama beberapa bulan dia menghubungi ku on off, aku melayan kerana dia berjanji akan menemui ku. Dia berjanji akan memberi ku hadiah convocation aku & berjumpa aku.

Sepanjang aku bercinta dengan Mad dulu, aku sahaja yang sering memberinya hadiah seperti baju baju, topi mahal & banyak lagi.

Dia tak memberi apa2. Hari jadi aku juga dia wish happy birthday sayang. ITU SAHAJA. PANJANG UMUR MURAH REZEKI PUN TIADA. WISH PUN 2 HARI LAMBAT.

Aku terima & tak mempertikaikan sedikit pun. Akhirnya aku ditipu lagi. Kemuncak, aku terus terang kepada Mad.

Mad kenapa kau curang kepada aku dahulu? Kenapa curang kepada Gf (Mata bulat) kau? Dia senyap.

Dia kata dia tidak menyangka aku akan tahu. Kerana tiada satu pun kawan dia satu universiti tahu mengenai Mata Bulat. Kawan2 universiti dia hanya tahu aku sebagai gf dia.

Malam itu, kami bercakap buat kali terakhir. Aku kata, padam lah segala conversation kita. Aku tak mahu melarat sehingga Gf mu tahu.

Dia memuji aku kerana tak cuba memusnahkan hubungannya dengan gf. Aku kata, bukan urusan ku untuk masuk campur.

Selang sebulan, ada no tak dikenali WhatsApp aku. Dia memperkenalkan namanya Mata Bulat (bukan nama sebenar). Bulat tanya macam2 soalan kepada ku. Aku jawab dengan tenang.

Tiba2 dia kata, engkau tak malukah kacau bf orang? Engkau tak malukah mesej lucah dengan bf aku? Ya Allah. Itu aib ku.

Aku kata, aku malu & memang bodoh kerana s3xting dengan Mad tetapi itulah buta. Bila dah sayang, kau sanggup ketepikan prinsip kau. Aku minta maaf pada Mata Bulat.

Kemudian mata bulat kata, dia datang sini bukan nak gaduh. Dia pun buntu. Rupa-rupanya Mad banyak lagi flirting & gatal dengan perempuan lain.

Aku terduduk. Wahh aku ingatkan mata bulat sahaja. Dasar lelaki munafik. Bodoh! Jika kau mahu hilangkan rasa sunyi mu dengan perempuan, kau dayus. Dah la mainkan hati, kau ajar dia gatal gatal lagi.

Masih ku ingat ig Mata Bulat, mereka memang selamba post gambar video pegang tangan & peluk. Aku geram nak kata dekat mata bulat, kau kata aku tak malu. Habis kau tu, tayang sana sini pegang tangan peluk. Itu tak malu?

Jodoh itu rahsia Tuhan. 2 tahun kemudian Mad & Mata bulat kawin juga. Macam mana aku tahu? Senior aku beritahu aku. Aku ingatkan aku dah ok, rupanya tidak. Aku terus buka fb lelaki itu. Air mata aku mengalir. Teringat janji janji Mad pada aku.

Ditambah lagi aku berasa malu dengan diriku dek kerana perbuatan Mad pada aku. Mad tidak pernah meminta maaf secara betul-betul. Hanya sorry & kosong-kosong dia ucapkan pada aku ketika dia kantoi dengan Mata Bulat.

Sekarang aku kena covid19. Sedang quarantine, tiba2 aku termimpikan dia. Setelah lama tidak melihat fb Mad, aku buka semalam.

Wahh sudah sambut anniversary. Sedang mengandung barang kali Mata Bulat. Gambar video yang penuh gembira. Aku tersenyum lalu menangis kecil. Bahagia nya Mad..

Even dia buat macam2 kat perempuan, hidupnya seperti tiada masalah. Kerja engineer, isteri cantik, kereta rumah sudah ada.

Aku? Hanya kerja biasa sahaja, masih tiada calon untuk berkahwin. Tiada kereta tiada rumah, gaji pun tak setimpal. Aku mulai mengira nikmat aku dan dia berbeza.

Astagfirullahalazim aku seperti tidak bersyukur. Aku memohon kepada Allah untuk menghilangkan segala galanya memori aku dan Mad. Jangan lah kau hadir kan dia dalam mimpi aku. Memori bersama dia adalah pahit. Ditipu, dimalukan, dibuang seperti sampah, dipermainkan.

Kepada perempuan atau lelaki yang memainkan perasaan orang, moga kifarah Tuhan dibalas. Sakit nya hati ku ini seperti dirobek robek. Pengkhianatan.

Mungkin antara kalian yang rasa seperti ini masalah kecil, tak sebesar masalah orang sudah berkawin. Ketahuilah, sesungguhnya rasa sakit hati & kecewa untuk setiap orang berbeza.

Ya Tuhan, aku juga ingin bahagia.. Kalian, titipkan doa mu untuk orang yang menanggung rasa kecewa & duka lara atas apa pun masalah mereka. Kepada Mad, berbahagialah kau dengan Mata Bulat. Aku masih menunggu janji janji mu walau aku tahu ia tidak akan tiba.

– Suria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *