Kemahuan Hati Su4mi

Salam semua, namaku Maliq. Tujuan aku menulis artikel ini untuk membuka mata kalian tentang erti bersabar dalam perkahwinan.

Selalu terluahnya dari sisi perempuan tentang lemahnya lelaki dan adakalanya si suami itu tersakiti dek kerana si isteri itu sendiri.

Namun, jangan la kita lupa yang dijadikan berpasang pasangan adalah untuk saling melengkapi. Maka pilihlah pasangan yang berpegang pada agama dan sekufu, mesti tahu dengan siapa kita memberi cinta.

Sudah 5 tahun aku melayari alam perkahwinan. Berkahwin dengan orang yang biasa sahaja, bukan anak raja atau anak2 kayangan. Sama2 berpendidikan ijazah.

Perkenalan antara aku dan isteri aku melalui facebook, masing2 mengenali hati dan budi melalui perantaraan fb selama 6 tahun. Berjumpa pon, boleh dikira dengan jari, itu pon untuk aku melihat sendiri elok kah dia, latar belakang famili yang macam mana.

Sejak berkahwin tahun 2018, baru aku benar2 kenal berapa keras nya kepala isteri ni, “umpama ada batu besar kepala ada duduk, dia tak boleh cakap saya encik”.

Aku kerja dari pkul 6 pagi balik pkul 11 malam, aku harapkan PERHATIAN seorang isteri untuk aku, menyantuni aku tatkala aku balik bekerja,lapar, penat, setelah seharian di maki hamun dengan medical officer/ pakar2 di hospital.

Namun hampa pabila pulang, rumahku tunggang langgang, baju kotor beduyun, hampar baju macam orang tak pernah sidai baju, nasi dan lauk masak sepertinya acuh tak acuh, aku balik tak disambut, sekadar dia duduk terkangkang depan tv, tak teman pon aku makan.

Letih yang amat, besok nak kerja lagi, malas nak gaduh ngan bini macam ni, cycle yang sama untuk hari yang seterusnya.

Sememangnya kerja rumah tu bukan la kerja bagi isteri tapi tak bolehkah bertolak ansur, sedangkan isteri tidak bekerja dan si suami kluar pagi balik malam, tak jumpa matahari pon.

Aku berhempas pulas berjuang untuk kerjaya yang takkan pernah orang lain paham melainkan yang pernah merasai peritnya diwaktu menjadi doktor pelatih.

Aku tak mintak isteri aku bekerja, aku tak mintak dia mencari nafkah, aku tak mintak dia tanggung segala keperluan di dalam rumah sebab itu tanggungjawab aku menyediakan makan minum tempat tinggal, keselesaan.

Aku berikan kebebasan, kebebasan untuk keluar lepak, balik kampong, bekerja jika mahu, tapi dengan izin sekiranya mahu kluar dari rumah, aku tahu bosan duduk dirumah jadi aku berikan kebebasan.

Aku jenis suka tengok isteri aku berhias, lelaki mana tak suka tengok isteri dia cantik, sedangkan dalam syurga pon Tuhan sudah sediakan bidadari untuk lelaki yang layak ke syurga.

Isteri aku ni penampilannya kurang menarik. Tapi, aku suka berhabisan untuk isteri aku mencantikkan diri. Tak kira mahal mana baju, alat make up, perhiasan, aku cuba persiapkan untuk si dia, isteriku.

Sekali lagi, aku berasa hampa, dia tak boleh terima cara yang demikian. Salah ke aku berusaha untuk cantikkan isteriku sendiri? Tapi kenapa tidak mahu, tidakkah pelik bila mana perempuan kurang peka dengan dunia kecantikan. Atau memang pemalas.

Aku pada asalnya jenis suka belikan barang2 dapur secara berjimat cermat, kalau ade lagi murah, aku akan amek paling murah tu, at the end of the day barang yang dibeli banyak dan kos pon berpada pada.

Tapi setelah ditegur ibuku, raikan si isteri dengan barang2 yang bagus, sebab itu isteri kamu. Oleh yang demikian, aku berubah, aku berikan barang2 bersifat “premium” di setiap barang2 dapur itu.

Aku tak bagi makan ikan kembung untuk isteri aku, aku belikan siakap, ikan merah bla2… aku tak beli minyak2 murahan untuk isteri aku masak, aku pakai minyak carotin* sungguh pon nak buat goreng karipap dan begitu la barang2 dapur yang lain.

Sungguhpon demikian, katanya itu bukan cara untuk menyayanginya. Allah sedih aku mendengarnya.

Islam sangat menitik beratkan kebersihan, tambah2 lagi bagi orang perempuan. Pada awal perhubungan aku lihatkan keperibadian dia seperti gadis kampung biasa sahaja, duduk di kampung, tolong ibu bapa mengemas rumah, kadang2 menolong ibunya masak.

Tapi, bila hidup bersama dengan aku, aku lihat keadaan yang sebaliknya, sebagai contoh pad wanita.

Sangat2 jijik bila mana pad wanita itu dibiarkan merata rata, dibawah sinki, di atas sinki, di tangki pump air, plastiknya pula bersepah sepah didalam bilik. Kus semangat, mau pitam bila dilihat. Apelah dosaku, berat mata aku memandang.

Kedegilan yang melampau lampau, bila ditegur dengan baik, buat tidak endah, bila ditegur dengan herdikan dan jeritan baru nak dengar.

Ada sekali aku menegur dengan tangan sebagai tanda peringatan yang sabar aku ni sudah melampaui batas dikatakan aku ni pemarah.

Jadi teguran yang macam mana lagi yang hendak aku sampaikan supaya lekat ditelinga dan sampai ke hati. Marah bukan tanda aku benci tapi marah tanda aku sayang.

Ada satu peristiwa, aku dan dia nak berjalan jalan di JPO, faham2 la jalannya macam mana bila di JPO, si dungu mana pakai kasut tinggi nak jalan2 disana.

Aku menegur isteriku supaya pakai kasut yang lebih selesa, tapak rata, kasut yang aku beli dengan harga yang mahal.

Tapi tidak diendahkan malah dia tarik muka dan merajuk dengan teguran aku itu. Sakit hati aku ni, sampaikan kaki nya pon aku jaga dengan baik, inikah balasan yang aku dapat.

Tuhan bagi cash, kakinya sakit bila mana pakai kasut tumit tinggit itu, sebab memang tak sesuai dengan jalan disitu. Degil. Aku mahukan yang terbaik tapi mengapa kesusahan yang kau pinta.

Jangan kan kata bersembang, kadang2 nak bemesra pon rasa tak lalu.

Aku paling pantang kalau bersembang dengan aku tapi balasnya bagaikan jawapan budak2 tadika. Remeh dan bodoh bila didengar. Tidak lah menampakkan matang bila berbicara. Berbicara pon kene ada seni, seni memikat si suami.

Bukan aku tak berusaha untuk amek hati si dia, tiap kali cuti hujung minggu, aku akan bawak dia makan di kedai2 yang mahal, nandos ka, pizza hut ka, mcd, nasi arab, kedai2 yang jarang aku dapat pergi semasa aku kecil dahulu.

Kepergian aku ke kedai2 begitu pon untuk aku berkongsi rasa seronok bila dapat cuti hujung minggu dengan isteri.

Kenapa nampaknya si dia kurang matang, apa perlu aku buat. Sabar. Kadang hati terasa pedih, bila mana si dia sakit tapi tidak diberitahunya aku.

Aku yang cukup jaga dari segi makan pakai sampaikan bab2 kesihatan pon, Allah bagi kelebihan pada dia bersuamikan seorang doktor.

Sakit je cakap, insyaAllah aku tolong, aku tolong ambilkan ubat di hospital. Itu pon berahsia dengan aku. Ade time aku belikan ubat mahal2 balik aku bagi ke dia, dia tengok je. Bini aku ni kalau aku tengking sekali baru nak makan kot.

Akhir sekali, pernah juga aku nyatakan hasrat untuk berkahwin satu lagi. Aku cari lagi satu pon sebab sampaikan mak aku pon dah tak larat nak dengar keluhan aku ni yang bersifat berpanjangan, sejak awal kawin sampai la sekarang.

Dari awal kawin mak aku berlembut dengan dia sampai ke sudah. Boleh bayangkan sampai mak aku sendiri suruh aku cari pasangan yang baru.

Nak dijadikan cerita, dek kerana kehadiran sesorang baru aku berkenalan, aku nampak dia berubah, berubah ke arah yang lebih peka tentang suaminya.

Aku sampaikan hasrat yang tersebut dengan penuh kelakian, aku berkawan dengan perempuan baru secara terang terangan,

Aku beritakan kepada isteriku, aku jumpakan mereka berdua dan aku sampaikan isi hati aku pada kedua duanya, juga ibu aku dan ibu bapa mentuaku tahu tentang perkara ini.

Pernah juga aku berbincang dengan ustazah kaunseling, faham jela jalan penyudahnya, istikarah la sungguh2. Sungguh pun demikian, masih lagi berbaki nusyuz si isteri pada aku.

Aku tidak tahu perubahan itu bersifat sementara atau menemplak sanubari si isteri untuk jadi yang lebih baik. Bukan lah aku hendakkan keburukkan kepada nya, jika demikian sudah lama aku tinggalkan si dia.

Fyi, aku bukan lagi doktor pelatih. Aku masih lagi sayang isteriku. Dan tidaklah aku berniat untuk mempermain mainkan perempuan yang baru aku berkenalan itu, aku berniat untuk ambil jadi isteriku yang sah.

Aku berharap kehadiran beliau menjadi pengubah hidup yang lebih baik. Kita ada adat dan ada adab.

Sekian nukilan ringkas dari aku…

– Maliq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *