Kemalangan dan Bengkel Kereta

Assalamualaikum nama saya Ayu. Tujuan saya menulis story ini kerana nak bertanya pendapat dan solusi dari pembaca.

Sila abaikan tajuk. Saya pun tak tahu tajuk apa yang sesuai dengan cerita saya.

3 minggu lepas kereta saya mengalami kemalangan. Kereta sebelah kanan berpusing dan masuk ke laluan kiri dan merempuh kereta saya.

Kereta saya terbabas dan hampir hilang kawalan. Nasib saya baik, kereta hanya sempat terseret divider dan saya sempat mengawal stereng.

Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab Tuhan masih panjangkan umur saya.

Saya mengalami kejutan yang teruk. Tiada kecederaan cuma ada rasa kebas badan.

Nasib baik dengan izin Allah saya pakai tali pinggang sewaktu memandu. Kalau tidak mungkin dengan hentakan yang kuat saya tak mampu berfikir kerana kesakitan dan hilang kawalan pandangan.

Saya tak boleh berfikir dengan tenang kerana masih trauma. Tangan saya terketar-ketar sambil cuba menelefon kenalan.

Yang ajaib, sebaik saya keluar dari kereta sudah ada orang yang mengaku ‘orang towing kereta’ yang bagitahu saya sekejap lagi kereta towing akan sampai.

Lalulintas sangat sibuk disebab kan kemalangan ini. Kereta pula tak boleh di alih ke kiri jalan sebab orang-orang di tempat kejadian risau kereta meletup atau perkara tak diingini terjadi.

Dalam keadaan kelam kabut tu, saya diasak beberapa orang untuk sign surat supaya kereta towing boleh tarik kereta saya ke balai.

Sampai sudah saya tak jumpa nombor insuran kereta saya. Dengan keadaan mengggigil dan sedikit tak waras saya langsung lupa kereta saya bawah insuran apa.

Jadi saya pun sign la. Lepas setel buat report dan diorang kata kereta saya boleh claim third party diorang cakap kereta boleh hantar bengkel lain yang boleh siap dalam seminggu.

Awalnya nak hantar bengkel lain yang katanya akan ambik masa paling lama sebulan.

Saya pun ok kan je dan berharap sangat kereta boleh siap cepat. Saya kerja sendiri jadi hari-hari ulang alik beberapa tempat pakai kereta.

Dengan ketiadaan kereta memang jadi masalah besar pada saya. Beberapa hari saya cuba guna grab. Tapi habis sampai RM120 sehari saya jadi pening sebab gaji kerja 80% habis dekat grab semata-mata.

Sebabkan terdesak saya beli la motor. Ikutkan takde keperluan untuk ada motor.

Yang dijanjikan seminggu berlanjutan sehingga 3 minggu. Saya ada melawat bengkel sekali. Saya kurang faham bab kereta.

Orang sana cakap kereta teruk, bahagian depan bonet kemek dan ada beberapa benda yang sipi2 terseret juga. Yang saya nampak kipas. Yang lain-lain saya tak pasti.

Saya ada cakap kalau boleh nak guna kereta sebelum raya. Saya takde datang marah dan pertikaikan kenapa kereta saya belum siap walaupun pada awalnya cakap seminggu boleh siap.

Jadi hari ni bengkel cakap kereta siap. Sampai bengkel pekerja sana kata lepas sign boleh angkat kereta.

Saya penat dah asyik kena sign tapi entah apa benda yang sign saya tak tahu. Saya cakap saya nak claim loss of use. Sekurang-kurangnya nanti ada rosak kurang sikit beban saya.

So dia call owner. Owner cakap tak boleh claim. Dia cakap kalau kira keta saya ni dah macam total loss. Tapi dia nak tolong juga saya. So dia proceed repair.

Dia cakap susah dia yang dia kena hire lawyer baru boleh fight third party insuran bla bla bla. So dia kata call la insuran tapi lepas sign baru boleh ambil kereta.

Kat sini saya nak tanya kalau ada pakar atau sape-sape yang ada pengalaman apa saya patut buat?

Beralah, sign dan ambil je?

Atau tunggu hari bekerja dan call syarikat insuran sendiri?

Saya tahu dia dah angin dengan saya sebab menjawab cakap dia. Dalam berdebat tu dia ada offer nak bagi saya RM150.

Dan dia ada takut-takutkan saya kalau saya call insuran nanti saya pula kena bayar.

Kenapa saya pula kena bayar? Apa salah saya kat sini?

Ada ke kes claim third party kita pula kena bayar?

Saya mohon kepada pembaca bantu saya.

Yang terdesak,

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *