Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang sudi membaca kisah-kisah saya sebelum ini. Penulisan yang lepas adalah mengenai kisah saya yang dilahirkan OKU cacat penglihatan.
Kali ini saya akan kongsikan kisah malang salah seorang sahabat saya iaitu Bedah yang akhirnya menjadi buta akibat kemalangan.
https://iiumc.com/si-buta-dan-
https://iiumc.com/si-buta-dan-
Semua kisah yang saya kongsikan adalah kisah benar, tiada langsung unsur tokok tambah kecuali penggunaan kata ganti nama palsu bagi melindungi identity watak-watak sebenaar.
Ulasan:
Saya mendapati beberapa comment di penulisan lepas mengenai peredaran zaman daripada kisah saya lebih 20 tahun yang lalu tidak lagi sama seperti zaman teknologi hari ini.
Jika 20 tahun lalu saya tercicir, tapi tidak lagi bagi OKU hari ini kerana semuanya ada di hujung jari.
Walau bagaimanapun, tanggapan anda adalah salah sama sekali hehehe.
Saya akan kongsikan semuanya secara perlahan-lahan bagai mana di zaman moden ini masih ada OKU yang tercicir meskipun mereka datang dari keluarga yang bekerjaya. Ok, kita mulakan kisah Bedah ya…
Bedah merupakan seorang yang cantik rupanya, berkulit cerah dan berbadan gebu. Saya mengenali beliau di sekolah Pendidikan khas Ketika kami masing-masing berusia 11 tahun.
Detik-detik akhir sebelum penglihatan Bedah ditarik beliau sempat melihat burung-burung berterbangan di langit biru.
Suasana itu cantik sekali kata beliau. Terdapat juga mimpi-mimpi buruk yang dialami keluarga beliau sebelum berlaku kemalangan.
Keluarga Bedah agak berada, ayah beliau merupakan seorang pengurus. Dalam satu perjalanan Bedah sekeluarga telah terlibat dengan kemalangan teruk.
Badan beliau dihimpit kereta pacuan 4 roda. Mata beliau pecah tergolek-golek di atas jalan raya, gigi patah, muka, mulut, semuanya rosak. Ini semua angkara pemandu cuai yang merupakan pekerja ayahnya.
Sesampai di hospital doctor yang malas itu hanya berkata gunting sahaja mata Bedah yang terkeluar itu dan masukkan Bedah terus ke bilik mayat.
Ayah beliau yang juga cedera dalam kemalangan itu sempat lagi mengamuk di hospital tersebut. Bedah akhirnya dimasukkan ke ICU dan Kembali sedar beberapa hari kemudian. Sehingga kini Bedah masih hidup.
Beberapa bulan selepas peristiwa kemalangan itu Bedah telah pulih. Wajah Bedah tidak lagi seperti dulu tapi masih ok.
Beliau menjadi buta sepenuhnya dan dihantar ke sekolah Pendidikan khas. Semangat Bedah memang down teruk, beliau kerap kali cuba untuk lari dari sekolah dengan merempuh pagar.
Nasib Bedah bagaikan jatuh ditimpa tangga kerana beliau juga menjadi mangsa cabul salah seorang cikgu di sekolah tersebut. Keadaan ini melemahkan lagi semangat Bedah untuk terus bersekolah.
Keadaan tersebut menyebabkan Bedah lambat menghabiskan sesi persekolahan di sekolah rendah dan saya yang berada di darjah 3 ketika berusia 11 tahun akhirnya Berjaya mengejar Bedah.
Kami akhirnya sekelas Ketika di darjah 5. Bermula dari itu kami menjadi sangat rapat walaupun berlainan bangsa dan agama.
Kini Bedah mempunyai kerjaya dan telah berkahwin dengan jejaka biasa yang sempurna fizikalnya.
1. Tentang jodoh: usahlah risau, Allah akan beri tepat pada masanya tidak kira anda OKU atau bukan OKU. Allah itu maha berkuasa, yakinlah pada kuasa Allah.
2. Dugaan itu sangat menyakitkan tapi yakinlah akan ada hikmahnya.
Sekian.
– Si Buta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit