Kemanakah Anda Graduan Teknologi Makanan

Selepas membaca confession tentang graduan perakauanan, rasa terpanggil pulak nak bercerita tentang graduan teknologi makanan, salah satu course yang paling underdog kat malaysia ni haha. Course ni dah la tak famous, belajar susah pulak tu dan kebanyakan universiti offer degree 4 tahun. Bayangkan 4 tahun tu asyik rasa menyesal je ambik course tu haha. Itu baru cerita masa zaman belajar, bila masuk zaman kerja satu hal lagi pulak. Bila masuk zaman kerja, nak dapat kerja susah, kerja pun susah, kerja ada kat bandar besar je, gaji ciput tapi kerja 6 hari seminggu, kiri kanan pulak rakan sekerja semuanya bangla nepal myanmar pakistan indon vietnam.

Kalau ambik food technology ni kebanyakkannya akan kerja dengan industri makanan a.k.a kilang makanan. Kerja kilang. Minah kilang. Nak kerja kerajaan memang berjanggut la tunggu, tak dapat2 jua. Industri makanan kat malaysia ni dimonopoli oleh bukan melayu. Kebanyakan kilang melayu adalah SME/IKS (Industri Kecil Sederhana). So, kalau nak kerja kilang besar, memang dimonopoli oleh bukan melayu dan semua jawatan besar kat situ dimiliki oleh kaum keluarga mereka. Lagi satu benda yang kau harus bersedia bila kena kerja kilang ni ialah bekerja dengan foreigners dari nepal, bangladesh, myanmar, india, pakistan, indonesia, vietnam etc. High level punya cabaran kerja dengan mereka ni, baik dari segi communication ataupun attitude. Lepas setahun dua bekerja kau akan perasan kosakata BM dan English kau mula hancur dan style bercakap pun dah serupa macam foreigners haha.

Antara options popular yang ada (kat kilang makanan swasta) selepas graduate:

1. Quality Control (QC)
2. Quality Assurance (QA)
3. Regulatory Affair Officer (RA)
4. Halal Executive (HE)
5. Research and Development (RnD)
6. Lab Executive & Sales Executive

Hanya kilang besar je yang akan ada first lima position. Selalunya kilang2 akan gabung je QA/RA dengan QC, QC dgn halal atau dia akan buat jawatan Food Technologist untuk cover QA/QC/RA/Halal. So basically pilihan2 kat atas ni boleh jadi 1 atau 2 position je.

Kalau nak kerja kerajaan boleh tunggu offer Pegawai Teknologi Makanan (PTM) buka dan mintaklah tiap tahun, nescaya susah nak dapat, tunggu la sampai fed up huhu. Kalau PTM ni dia akan kerja dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), menjadi sebahagian warga KKM (nanti masuk hospital kerajaan boleh dapat special treatment). PTM ni ada yang kerja ofis dekat BKKM; diaorang ni la yang akan buat audit kilang, buat serbuan kedai makan kotor, ada yang kerja lab dekat BKKM punya lab, MKKM; dan ada juga yang kerja kat Pejabat Kesihatan Daerah sebagai Pegawai Kesihatan Daerah (PKD). Contrary to popular belief yang kerja kerajaan ni boleh relax goyang kaki je, walaupun kerja kerajaan tapi jawatan PTM ni agak hardcore sebab banyak benda dia kena handle, kena kerja lebih masa, kena kerja weekend, kena bagi talk kat sekolah2, kena fitnah dekat social media lagi cakap tak buat kerja, kerja tak telus.

QUALITY CONTROL/ QUALITY ASSURANCE

QA QC ni gaji sangatlah ciput, kerja masyallah banyak, badan kena fit sebab banyak bergerak pusing2 kilang. Gaji RM1500-RM2000 adalah standard untuk position ni bagi fresh graduate degree. QA mostly akan jaga documentation, SOP etc, kerja lebih tenang tapi stress. QC akan turun padang ke production area untuk checking barang dari raw material sampai la finished product. QA QC ni seorang yang alert dan sangat detail dalam bekerja. QC juga sangat popular kat kilang dan adalah orang yang akan tau segala benda dan rahsia dalam kilang sebab dia akan bekerjasama dengan semua orang, dia kena kerja kat office dan jugak dekat production.

Resipi rahsia/formulation, terguna ingredient expired 2, sijil halal supplier kena tarik, ada typo kat printing carton, nepal takde permit, bos ada skandal dan banyak benda2 tak logik, semua QC tau. Sebagai QA QC ni segala benda sekecik kecik alam yang terjadi kat dalam kilang kau kena tau dan record. Form sangat banyak, audit sangat kerap tapi semua ni bergantung kat banyak mana certificate kilang kau ada. Contoh cert macam Halal, Mesti, GMP, HACCP, ISO, FSSC etc. Makin power cert yang ada, makin banyak form, makin banyak audit. QA QC ni la yang bertungkus lumus memastikan segala benda yang terjadi, segala proses, segala barang keluar masuk akan direkod. QA QC ni jugak bertanggungjawab untuk buat lab testing, handle customer complaint & training, liaise auditor, pest control, bulk testing product baru dan juga kerja sampingan mendengar luahan hati workers bangla nepal semua haha.

REGULATORY AFFAIR (RA) / HALAL EXECUTIVE (HE)

Position ni jarang ada. Selalunya QA/QC je yang akan handle segala documentation, permohonan halal, permohonan certificates. Kerja lebih rilek, duduk ofis, berkerut depan PC sambil memaki hamun dalam hati website2 kerajaan yang outdated haha. Kalau kilang besar akan ada position ni untuk handle segala permohonan2 yang akan bekerjasama dengan third party macam KKM, JAKIM etc. Kebanyakan OEM company akan ada position RA sebab diaorang ada sediakan servis untuk register produk dan permohonan halal. Untuk HE memang susah fresh graduate nak dapat sebab dia nak cert HE yang berharga RM3000-RM4000, kena pergi training sampai 2 minggu. Tapi dua2 position ni gaji agak tinggi, boleh starting dengan RM2000-RM2500 ke atas untuk fresh graduate.

RESEARCH AND DEVELOPMENT (RND)

Kalau nak gaji mahal inilah kerjaya idamanmu. Disertai pakej stress melampau sebab kena push dengan bos nak produk baru keluar cepat-cepat. Kena perah otak, baca journal untuk create produk baru. Kena baca buku food law untuk tengok produk baru ni mematuhi undang2 ke tak, boleh eksport ke tak, selamat ke tak. Kena rasa segala produk2 tak jadi yang rasa melampau tak sedap. Buat produk baru dah 20 kali testing masih tak jadi, masih tak sedap tapi bos hari2 tanya bila boleh siap. Buat sikit menjadi, buat banyak tak jadi pulak. Dah siap produk baru, kena kutuk, keyboard warrior fitnah kat fb cakap produk kita fake, tak halal.

LAB EXECUTIVE & SALES EXECUTIVE

Yang ni option untuk yang tak nak kerja kilang tapi tak nak lari jauh dari bidang teknologi makanan. Lab Executive ni akan kerja kat lab la kan untuk buat segala analisis berkaitan makanan dari segi kimia atau mikrobiologi. Sample akan datang setiap hari dari kilang2 makanan yang produce makanan/ kosmetik/ supplement/ pharmaceutikal. Gaji berkepuk2, kerja pun berkepuk2, kena betul2 telus bekerja dan terperap je dalam lab sepanjang hari. Kalau sales executive pulak dia akan kerja jual2 barang yang berkaitan dengan makanan. Akan jadi supplier raw material, machine, lab equipment, test kit etc. Kena ada skill bercakap dan persuade orang yang power. Ada jugak company yang provide training seperti food handlers training, so bahagian sales akan uruskan segala training ni.

Setakat ni je la perkongsian aku pasal teknologi makanan ni, banyak lagi nak cerita tapi dah panjang sangat ni. Aku pun baru 4 tahun dalam industri ni, dah merasa kerja kerajaan dan swasta, aku dah kerja di 3 company, sebab nak cepat2 naik gaji haha. Cuma satu nasihat akak kepada adik2, tak payah la ambik course ni, tak berbaloi haha. Ambik la accounting ke, busuk2 pun fresh graduate ada peluang dapat RM3000, jiran tetangga pun pandang tinggi. Tapi kalau rasa hidup perlukan cabaran, marilah menjadi sebahagian dari keluarga Food Technologist. Apa pun kita buat dalam hidup ni, kalau kita hargai benda tu, kita betul2 suka benda tu, kita akan rasa happy jugak. Happiness is the highest form of achievement after all :D

p/s: Food Tech lain jom la kongsi pengalaman masing2 kat komen.

– Dr Food

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *