Kemanisan Iman

Assalamualaikum.Tips dari seorang hamba Allah.Jika menginginkan sesuatu,usaha untuk penuhi syaratnya terlebih dahulu.Contoh kalau kita nakkan *kemanisan iman*.

Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya.Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka”(HR Bukhari No: 15)

Ada 3 syarat merasai kemanisan iaitu

1) *mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya*.Bila kita terlalu cinta pada seseorang,apa yang membuktikan kita betul-betul cinta?iaitu airmata.Jadi check balik diri kan.Adakah kita pernah nangis kerana Allah,menangis kerana Rasulullah s.a.w?Adakah kita pernah nangis kerana rindukan Allah,rindukan Rasulullah?atau mulut kita je ucap “aku cinta Allah dan Rasulullah” tetapi hati sedikit pun tak terasa.Macam mana nak cinta,kenal Allah dan Rasulullah.Ingat dan muhasabah balik.Allah telah memberi nikmat kepada kita walaupun kita terlalu asyik dengan dosa,Rasulullah s.a.w telah berjuang habis-habisan sehingga akhir nyawanya untuk umatnya.Jadi,selayaknya Rasulullah s.a.w dan Allah lah yang patut kita cintai melebihi segala-galanya.Dan jangan lupa doa lupa dekat Allah supaya kita mencintai Allah dan Rasulullah s.a.w melebihi segala-galanya kerana Allah lah yang berkuasa atas segala-galanya.Masha Allah.

2)mencintai seseorang kerana Allah.Kalau berdasarkan pengalaman seorang hamba Allah yang merasai kemanisan iman.Dia tengok setiap individu walau tak kenal dan detikkan dalam hati yang dia sayang individu tersebut kerana Allah.Dia buat berulang kali sehinggalah Allah hadirkan rasa sayang tu hadir.Penuhi hati kita dengan kasih sayang supaya kebenciaan tidak dapat memasuki hati kita.
Allah s.w.t berfirman:

“Sesungguhnya mukmin itu adalah bersaudara.”
(QS. Al-Hujurat: 10)

Dan banyak ingatkan diri pasal saudara kita yang jauh disana iaitu rakyat palestin,rakyat syria dll.Bayangkan apa yang diorang rasa,kalau kita berada di tempat diorang.Dan disaat mereka dalam ketakutan kita langsung tak dapat membantu.Sebab tu,banyakkan ingat dekat diorang tanda sayang kita sebagai saudara seislam.Jangan lupakan diorang.Doakan mereka dan derma untuk mereka.Itu je yang kita mampu tolong mereka.

3)benci dosa kita sebagaimana kita benci dicampak ke dalam api neraka.Kebanyakkan manusia selepas melakukan dosa,dia sebenarnya dah benci dosa tu.Tapi,terkadang tak berupaya untuk meninggalkannya.Mungkin kerana hatinya yang gelap,menyukarkan perhijrahannya.Maka,bersihkanlah hati kita dengan alunan Ayat-ayat suci Al-quran,istigfar dll.Tekad dan berusaha tinggalkan dengar lagu supaya hati kita betul2 bersih.Deletelah semua lagu keranaNya kalau kita betul2 nak hijrah.Memang susah.Hijrah memang perlukan pergorbanan.Tetapi,percayalah kita akan merasai kemanisan dalam berhjirah jika kita betul-betul berhijrah keranaNya.Sebab tu semasa hijrah,kena renew selalu niat kerana Allah semata-mata.Supaya kita kuat berhijrah kerana Allah.Sebab ada yang memilih untuk dengar nasyid.Ya,nasyid memang mengingatkan kita pada Allah,tetapi hati yang hitam legam hanya boleh dirawat dengan ayat Al-quran.Hanya Al-quran dapat membersihkan hati kita yang kotor.Dan usahakan untuk membaca Al-quran dan terjemahan.Kalau boleh baca terjemahan yang mengingatkan kita pada mati dan hari kiamat.Supaya timbul rasa takut dalam diri kita.Insha Allah.

Kemanisan itu hanya akan dapat dirasai bagi orang-orang yang dihendaki oleh Allah.Jadi,pintalah pada Allah.Doa pada Allah.Contoh,Kalau nak benci dosa,doa pada Allah dan usahakan untuk mengingati mati dan hari kiamat.Kenapa kita perlu rebut kemanisan iman ini?sebab inilah asbab kuatnya orang-orang terdahulu yang berada di jalan Allah.Yang berjuang semata-mata demi Allah.Contoh,Rasulullah s.a.w solat sampai bengkak kaki2.Kalau kita fikir,tak logik.Kita solat pun nak cepat2.Sebab orang yang merasai kemanisan iman berdiri solat pakai iman bukan pakai tenaga.Dan mereka tak jemu beribadat kerana kemanisan iman yang mereka rasa membuatkan mereka rasa nak buat lagi dan lagi walaupun penat.Masha Allah.Usahalah fikirkan cara supaya kita merasai kemanisan iman.Dan jangan lupa doa padaNya.Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkannya.Tujuannya bila kita dapat kemanisan iman,kita akan dekat dengan Allah.Dan kita akan lagi semangat dalam beribadat.Insha Allah.
“Ya Allah yang maha baik,kurniakanlah kami kemanisan iman untuk dekat denganMu.Amin”

Pesanan:ini hanya sekadar tips dari seorang hamba Allah.Mungkin ada yang dah rasa,tetapi melalui cara yang lain,tetapi syaratnya sama je iaitu melalui 3 syarat tu.Awak doa je dekat Allah.Nanti,Allah sendiri akan tunjuk caranya.Tapi,janganlah tawakkal je,usahalah untuk fikirkan caranya,nanti Allah datangkan idea.Insha Allah.Dan patuhilah dengan betul2 patuh akan suruhan Allah.Tutup aurat dengan sempurna,solatlah di awal waktu.Dahulukan Allah betul-betul.Jauhilah dari perkara yang sia-sia yang dapatkan mengelapkan hati iaitu banyak makan,banyak tidur dan banyak bercakap.Semoga bermanfaat.Insha Allah.

Terima kasih.♡

– Allah Tuhanku

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *