Kemanisan Raya Yang Hilang

Hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri yang ditunggu oleh semua umat islam setelah berjaya mengharungi cabaran berpuasa di bulan ramadhan.

Sekali lagi aku masih lagi hilang kemanisan hari raya. Aku seorang pemuda yang sedang menuntut di IPT. Coretan aku hanya sekadar luahan hati yang telah lama terpendam sepi.

Rata-rata umat islam tidak sabar menyambut hari raya. Tidak kira muda mahupun yang tua. Semuanya tidak sabar menanti hari bahagia.

Walaupun Malaysia sekali lagi dilanda pkp 3.0. masih lagi ada keluarga yang melengkapkan persedian hari raya secara kecil-kecilan.

Tapi tidak pada aku. Kemanisan raya aku telah hilang sepertimana perginya insan tercinta aku dari bumi ini. Disaat ada keluarga yang sibuk membeli baju raya, aku hanya mampu melihat dan tersenyum.

Jika dulu disaat dia masih ada, dia yang menyiapkan baju raya kami. Dia lah yang akan pergi ke kedai kain tiga bulan awal dan mula menjahit untuk anak dan cucu.

Disaat orang sedang sibuk mencari bahan masakan untuk jaudah pagi raya. Dia yang paling bersemangat sekali. Pergi ke pasar dua hari awal dan mula memasak rendang. Katanya rendang kalau masak awal lagi sedap bila makan.

Dan dialah paling semangat untuk raya. Semangatnya memberikan keseronakan kepada kami sekeluarga.

Tetapi pada 2015 dia telah hembuskan nafas terakhirnya. Dan bermula dari itu dunia aku tidak sama seperti dahulu. Aku mula mempunyai sifat dengki dan cemburu dengan orang sekeliling aku.

Kebahagian hari raya aku mula ditarik sebelum lenyap rasa gembira pada hari ini. Bagi aku raya aku tidak lagi bermakna tanpa aku menyalam dan mencium tangan tuanya.

Raya aku dah tiada makna apabila tubuh ini tidak lagi menyarung baju yang dijahitnya. Hari raya ini sudah tidak sempurna tanpa merasakan masakan raya darinya.

Disaat orang lain menyalam kedua ibu bapaya aku hanya mampu memeluk batu nisannya. Disaat mereka menjamah lauk pauk yang dimasak, aku hanya menyiram air di pusaranya.

Di saat yang lain memuatkan gambar di media sosial aku hanya mencari gambarnya di dalam galeri. Sungguh aku cemburu dan dengki dengan mereka yang masih dikurniakan seorang ibu dan ayah.

Walaupun pkp mereka masih lagi boleh menelefon mendengar suara insan yang tersayang tetapi aku?

Aku hanya memendam perasaan. Memendam rindu yang tidak ada penghujung. Bukan aku tidak menerima takdir tapi entah mengapa kekadang perasaan sebegini hadir.

Terima kasih aku ucapkan buat yang sudi membaca luahan aku yang tak seberapa. Bukan niatkan aku nak menulis tetapi aku telah lama memendam. Aku dah tak mampu lagi menanggung seorang diri.

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam yang sedang membaca luahan aku.

Pesanan aku talefonlah kedua ibu dan bapa korang sentiasa sementara mereka masih ada. Hargailah setiap masa bersama mereka kerana kenangan itu yang akan menjadi penguat hidup setelah mereka pergi.

Assalamualaikum…

– YAN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *