Assalamualaikum. Thanks admin kalau post ni disiarkan. Orang kata melabur tak kisah lah apa pun asalkan legal and legit. Waktu aku mula-mula dapat kerja tetap (2019), aku ambil medical insurance and income protection.
Aku memang dah set in mind, dapat saja kerja memang nak ambil medical insurance sebab arwah ibu meninggal sakit, so dekat sini ada lah awareness yang kos rawatan memang tinggi. Sebabkan belum kahwin, aku ambil coverage yang extensive.
Bulan-bulan bayar mahal lah sikit. Bila jumpa agent insurance, dia cerita pulak tentang income protection and memang promising gila dia cerita. So aku pun ambil lah juga benda alah ni.
Sebab kan aku tak kahwin lagi time ni, niat aku bila ambil, kalau jadi apa-apa dekat aku, ayah boleh lah guna duit insurance tu untuk buat belanja dia dan adik-adik sebab adik-adik aku masih ada yang belajar.
Aku stretched to the maximum. Ambil bayaran maximum untuk 5 tahun. Lepas tu tak payah bayar dah tapi coverage tetap berjalan. Again, aku tak kisah bayar tinggi time ni sebab belum kahwin. Bila dah kahwin, benda ni jadi masalah sebab makan 1/10 daripada gaji aku.
Tak lama lepas ni, aku pun buat lah research pelaburan mana yang bagus, low risk rtc. At this time, memang nampak ASB Financing lah yang paling okay so aku pun ambil lah financing RM100k + insurance.
Kesilapan pertama aku, kalau kalian nak buat ASB Financing as a short term investment (niat aku nak buat dalam 2 – 3 tahun lepas tu terminate) better tak payah ambil insurance sebab bila ambil je, bank akan kira as part of financing sum.
Doa-doa lah kalian sihat walafiat sepanjang financing tenure Aku tak tahu and tak baca pun tentang ni. Kesilapan besar bila kau tak tahu apa yang kau invest.
Aku aware tentang ni pun sebab baru-baru ni ada pergi bank untuk terminate ASBF tapi banker kata kalau nak terminate aku kena tambah duit lagi sebab still tak cover principal sum, so selama yang aku bayar nak dekat 2 tahun ni, hanya lah bayar insurance sahaja.
Tak sentuh pun lagi principal. Nasi dah jadi bubur. Aku plan lepas saja sikit principal, nak terus terminate.
Awal tahun lepas (2020) aku kahwin and alhamdulillah dapat rezeki anak awal. Sebelum terlupa, aku masih lagi duduk dengan ayah. Kesian dekat ayah duduk sorang-sorang dengan adik-beradik yang lain and adik aku yang bongsu tu special.
Apa-apa memang dia nak aku saja semenjak arwah ibu meninggal. Kereta pun kita orang tak beli lagi. Guna kereta ayah mertua sebab dia dah pencen. So committments aku dan suami buat masa sekarang pada parents, anak, adik-beradik, belanja dapur dan belanja makan.
Lebihan duit tu tak ada pun sebab aku dengan suami, memang contribute dekat ayah as if macam kita orang sewa luar.
Then, aku pujuk suami beli rumah. Ni kesilapan kedua. Sepatutnya bila nak beli rumah, kumpul dulu duit, establish credit rating etc. Tapi aku ni gopoh. Dengar saja rumah tu below market sikit terus nak sauk padahal kita orang memang tak ada modal langsung.
Yelah, baru kahwin. Dapat anak awal. Penyudahnya, bayaran bulanan jadi tinggi sebab kan kita orang masukkan sekali deposit, legal fees dengan MRTA (insurance) dalam loan.
Kena pulak suami aku CCRIS dia clean, interest rate mmg sikit banyak akan affected juga. Rasa macam tak berbaloi. Asal nya nak buat investment (sewakan), bila tengok bayaran bulanan terus rasa down sebab ada ke orang yang nak sewa harga tinggi.
Kalau kita orang nak sewakan bagi lepas bayaran bulanan pun still almost RM2k. Nasihat aku, ye betul rumah tu pelaburan tapi biar lah kau dah ready betul-betul bila nak beli rumah and do your own research dulu. Tak tahu tanya. Jangan ikut orang sebab ni life time committment.
Kesilapan ketiga, aku tak tahu lah perempuan lain. Tapi semenjak aku kahwin ni, ketagihan aku dekat emas menjadi-jadi. kalian yang dah kahwin macam ni juga ke? Yang betulnya, beli emas bila ada lebihan. Aku tak. Aku beli bila aku nak tak kisah lah budget tight ke apa.
Dia jadi macam resah gila kalau tak beli. Tak kisah lah aku beli emas besar ke, kecik ke asalkan beli. Memang ketagih gila sampai tahap pernah lah sekali dua, pajakkan emas apa yang aku ada and beli baru.
Ni tak bijak ya kalian especially kalau monthly committment kalian tinggi. Silap hati bulan tergadai saja emas tu and belum tentu dapat pulangan modal.
Then, aku tak tahu lah ni kesilapan ke apa. Kawan-kawan aku ada lah yang jadi agent emas (alaa yang boleh beli emas serendah RM100) dengan unit trust consultant.
Hampir hari-hari iklan, so aku tak tahan. Aku pun contact diaorang and signed up. Buat standing instruction untuk unit trust, bayar bulan-bulan.
Emas pun sama. Beli 1 gm setiap bulan. And ada sekali tu pak cik aku datang rumah, dia cerita lah yang dia invest dalam crypto and dapat lah untung belas ribu dalam masa kurang setahun. Aku dengar apa lagi. Terus nak invest juga. Guna savings aku.
Cash savings aku ada tapi tak banyak sebab kebanyakannya aku buat beli emas. Ni bahaya ya guys. Jangan jadi macam aku sebab cash is king. Betul emas boleh liquidate, tapi ambil masa.
Aku pernah sekali dua desperate nak guna duit and time tu weekends (kedai pajak biasanya tutup especially ar-rahnu), cash pulak tak cukup. Menggagau cari duit. Untung orang yang aku tanya tu ada and nak bagi pinjam.
Kalau dia tak bagi. Memang padan lah muka. Ada saja duit, aku terus bayar balik sebab tak nak hutang lama-lama and malu pun ya.
Aku selalu pegang prinsip jangan selalu meminjam orang sebab berhutang ni addictive. Lama-lama jadi kebiasaan. Tu yang jadi kes bila sah sedap pinjam tapi tak bayar-bayar.
Kemuncak semua ni bila suami aku tanya mana duit gaji aku pergi sebab asyik short memanjang saja bila ada kena nak buat bayaran apa-apa.
Kalau keluar makan pun mostly suami yang bayar. Pokoknya apa-apa suami lah yang keluarkan duit padahal kalau ikutkan gaji, gaji aku lagi besar dari dia.
Selalu juga gaduh sebab ni. Dia tegur, kata kalau nak invest ke apa jangan sampai makan diri and sekarang ni memang dah makan diri aku pun. Nak beli emas ke apa bukan tak boleh tapi berpada-pada.
Nak-nak bila dah ada anak. Expenses selalu akan over budget. Gaji aku jadi macam negative dah sebab kan nak bayar semua committments ni and jadi tak best bila benda yang sepatutnya aku enjoy sebab dapat buat duit dah jadi macam liability pada aku.
Bila almost every end month gaduh dengan spouse tentang duit, dia jadi tak best sebab masing-masing akan mengungkit siapa bayar apa. So I have decided if I want to stay long in my marriage aku kena ubah perangai kemaruk invest ni.
Nasihat pada diri aku and semua, kalau kalian nak invest biar lah berpada. tengok poket and yang paling utama, belajar dulu. Macam aku, dengar saja bulan bintang terus nak invest. Ni bahaya sebab jangan terus nak buat bila tengok orang lain buat.
sekarang aku cuba minimize kan semua committments yang ada, maybe akan terminate mana yang tak perlu. Walaupun nampak saja macam kaya buat banyak investments tapi sebenarnya tak pun sebab aku serabut gila duit asyik short je.
Bila niat aku salah, jadi tamak tu yang serabut semua benda. So sekarang prinsip aku biar tak kaya (orang sekarang kan berlumba-lumba nak kaya), tapi ada dan bahagia.
Jangan salah faham ya, tafsiran kaya aku dengan kalian maybe tak sama. yang penting, biar apa pun yang kita buat berkat.
– V (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit