Kemaruk Viral, Anak Jadi Mangsa

Bismillah. Penulisan ini akan menjadi sedikit kasar, dan direct. Bahasa Inggerisnya, I’m going to be brutally honest this time.

Saya memerhatikan banyak orang dewasa sudah hilang sifat kedewasaan, tanpa mereka sedar. Kerana kemaruk viral, anak jadi mangsa.

Viralkan anak kena marah, viralkan anak dapat anugerah, viralkan anak buat aksi cantik dan comel lagi acah jadi model, viralkan anak jadi pengawas, dan macam -macam lagi.

Tidak salah nak gembira, kongsi dengan orang bahawa anak dapat anugerah pelajar cemerlang, contohnya. Tetapi…

Tak perlulah sampai semua benda nak viralkan. Anak kena marah viralkan, anak comel viralkan. Ada kadang-kadang, anak berpakaian tak sempurna pun boleh viral.

Jika mahu kongsi kegembiraan sekalipun, tutup lencana sekolah anak.

Jangan dedahkan nama sekolah anak, nama kelas anak, alamat rumah, cara balik, anak berpakaian tidak sempurna, maklumat sekolah dan peribadi anak. Bahaya.

Jika mahu berkongsi, seeloknya ikut panduan yang diberi dalam poster oleh Public Health Malaysia ini. Atau lebih baik, privatekan post.

Kita rasa, alah.. tak ada apa sangat pun. Kan best viral. Popular. Boleh buat duit lagi. Tapi, sedarkah kita, ada RAMAI PEDOFILIA, PENJENAYAH DILUAR SANA MENUNGGU MANGSA!

Sedarkah kita, jika bagi kita tiada apa-apa, bagi mereka ini ‘habuan’ a.k.a MANGSA MEREKA! Bila perkara buruk berlaku? Baru tahu, sedap tak sedap viral nanti.

Sebelum menyesal, saya nasihatkan kita ingat kembali peranan sebagai ibu bapa, LINDUNGI anak-anak kita.

JANGAN DEDAHKAN mereka SECARA KETERLALUAN, JANGAN bagi saudara mara viralkan anak kita dalam keadaan yang tidak sepatutnya dan tanpa kebenaran kita/ anak kita, dan yang lebih utama,

JANGAN AIBKAN MEREKA, kerana selain mengaibkan itu satu dosa, impaknya nanti bukan hanya kena pada kita, tetapi anak kita juga.

Jika tidak jadi mangsa jenayah, kesan psikologi itu lebih besar impaknya kepada kita dan anak kita.

Buat para saudara mara dan guru, seeloknya hormatilah hak privasi anak itu. Jangan share video yang tidak sepatutnya berkaitan anak itu.

Akhir Kalam, ayuh lindungi anak- anak kita sebelum nasi menjadi bubur.

– FN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *