Salam namaku Kiro. Sejak kebelakangan ini saya tengok tengah hangat Confession berkenaan jodoh. Jadi, saya terpanggil untuk share satu story percintaaan dan kesetiaan epik tapi yang pasti bukan tentang saya, tapi kawan saya Robert dan Fareha. Bukan nama sebenar ye.
Saya harap cerita yang saya nak share dapat bagi inspirasi dan pengajaran kepada mereka yang sedang mencari jodoh. Selamat membaca!
Al-kisah bermula lah kisah, Robert ini merupakan kawan sekelas saya dan juga rakan baik saya sejak dari bangku sekolah lagi. Jadi apa apa cerita mesti Robert akan share dengan saya. Kalau tak nak share pun saya akan korek rahsia sampai dapat.
Kisahnya bermula apabila Robert ni telah jatuh cinta dengan seorang perempuan namanya Fareha ketika sekolah menengah. Biasa lah cinta monyet katakan.
Si Robert ni pula orang nya badan badan gempal dan berisi dan sangat pemalu serta kurang keyakinan diri. Nak kata handsome tu, saya lagi handsome tapi masih juga membujang sampai sekarang huhu.
Si Fareha ni pula orang nya sangat cantik, bijak dan juga aktif dalam sukan dan aktiviti sekolah. Dia lebih muda 4 tahun dari kami yang ketika itu nak menduduki SPM. Dia pun berasal dari keluarga yang bukan biasa biasa. Orang senang juga. Boleh kata memang ramai orang minat kata dia.
Saya pernah tanya Si Robert ni kenapa minat si Fareha ni? Sedangkan ramai lagi perempuan lain dalam sekolah ni. Sepupu saya pun ada cantik juga.
Tapi Si Robert dengan ringkas dia jawab “I know she’s the one”. Jadi sebagai kawan baik, saya memberi sokongan penuh kepada Robert dalam usaha menarik perhatian Fareha.
Usaha pertama Robert adalah cari nama dan Facebook Si Fareha ni. Si Fareha ni pula kan budak bijak, selalu study jadi memang jarang buka Facebook. Di sini bermula lah depression kecil si Robert. Robert selalu mengeluh kenapa Fareha tak approve Friend Request.
Saya pun terus menerus memberi sokongan kepada Robert. Tiba sahaja hujung minggu, Feraha ni pun approve request Robert. Alangkah gembira nya Robert, waktu itu juga dia ajak saya lepak kedai siap belanja minum lagi. Gembira betul dia!
Langkah seterusnya, Robert nak menarik perhatian Fareha. Robert akan kerap kali ke tandas waktu sekolah.
Saya fikir mungkin dia banyak minum air nak terkencing, tetapi sebenarnya nak lalu depan kelas si Fareha ni. Di situ bermula lah episode jeling jeling pandang pandang antara mereka.
Lupa saya nak bagi tahu, Fareha ni baru sahaja dilantik sebagai pengawas sekolah, jadi selalu ditugaskan untuk mencatat nama murid yang lewat ke sekolah. Pada suatu hari tu, Robert terlewat datang ke sekolah dan kebetulan pula si Fareha yang berada di pintu pagar sekolah.
Selepas pada itu, tiba waktu rehat pada hari yang sama, Robert ajak saya ke kantin dan belanja saya makan sekali lagi. Robert kelihatan begitu ceria walaupun datang lewat dan dimarahi cikgu.
Lantas Robert berkata “wei Kiro, aku datang lewat hari ini, Fareha pula ada kat gate tadi ambil nama. Dia tanya nama aku wei, lemah lembut betul suara dia”. Robert kelihatan bersemangat untuk datang lewat ke sekolah.
Saya pun nasihatkan Robert bahawa perempuan tak suka lelaki datang lewat dan tidak tepati masa. Atas nasihat saya, Robert abaikan niatnya tadi, huhu.
Episode seterusnya pula, Robert dengan berani mati telah PM tepi Fareha di Facebook dengan ucapan Selamat Berpuasa. Tetapi alangkah malangnya mesej tersebut tidak dibalas.
Ucapan Happy Birthday di wall Facebook pun tidak dibalas. Hairan nya pula apabila ucapan orang lain dibalas kecuali ucapan Robert.
Episode depresi Robert bermula. Robert berkata “aku tak handsome doe, aku redha tapi aku takkan berputus asa”. Saya nasihatkan Robert banyakkan berdoa dan fokus kepada pelajaran.
Sebulan sebelum SPM, langkah terakhir Robert adalah meninggalkan sepucuk surat di bawah meja Fereha. Saya tidak pasti apa yang ditulis di dalam surat itu.
Selepas beberapa bulan, result SPM pun keluar. Result Robert agak cemerlang begitu jugak result saya. Kami mendapat tawaran sambung belajar di Uni yang sama. Sejak dari itu, Robert tidak lagi cuba untuk approach Fareha. Mungkin Robert sudah berputus asa.
8 tahun sudah berlalu, Robert hanya belajar setakat diploma dan terus bekerja. Gaji yang diterima agak lumayan bagi orang bujang seperti Robert.
Walaupun sudah bekerja, kami tetap masih berkawan dan selalu lepak berkongsi cerita pada waktu lapang. Pada ketika ini Fareha sedang belajar Degree.
Robert masih tidak berputus asa, setiap kali solat dia akan selitkan sekali nama Fareha dalam doanya. Walaupun ketika ini, di Facebook Fareha dilihat rapat dengan seorang lelaki namanya Pis rakan satu universiti dengan nya.
Mereka selalu like, komen dan share post masing masing. Pis memang jauh lagi handsome daripada Robert tetapi walaubagaimanapun saya tetap lagi handsome. Robert tidak berputus asa dan terus berdoa.
3 tahun kemudian, Fareha sudah mendapat kerja di sebuah syarikat swasta. Manakala Pis pula sudah bekerja tetap sebagai pegawai kerajaan.
Robert cuba lagi untuk approach Fareha, tetapi kali ini hati Fareha sedikit terbuka. Fareha sudah mula membalas mesej Robert walaupun ketika itu Fareha masih rapat dengan Pis.
Robert menyatakan hasratnya untuk mengahwini Fareha. Akan tetapi Fareha hanya berdiam diri. Langkah terakhir Robert ialah jumpa ibu dan ayah Fareha. Ibu dan ayah Fareha mengizinkan Robert untuk berkawan dengan Fareha.
Akan tetapi kata mereka bahawa hati Fareha mungkin sudah dimiliki oleh lelaki lain. Lelaki tersebut merupakan Pis yang selalu datang kesini menghantar pelbagai hadiah dan buah tangan.
Robert menyatakan hasrat untuk mengahwini Fareha, akan tetapi hati Fareha dilihat terlalu sukar untuk melepaskan Pis. Pis ni seorang yang manis mulut, pandai bersosial dan pandai ambil hati. Akan tetapi, ibu dan ayah Fareha dilihat lebih selesa dengan Robert.
Fareha minta masa untuk berfikir. Atas nasihat keluarga, walaupun agak berat, Fareha melupakan Pis dan mengahwini Robert. Disini bermulalah cabaran hidup Robert dan Fareha.
Pada awal perkahwinan, Fareha dilihat agak kekok dan kurang mesra dengan Robert. Walaubagaimanapun Robert tetap bersabar. Selepas setahun perkahwinan, mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Robert ketika ini sudah kurus dan handsome, perubahan Robert mungkin untuk menarik perhatian isterinya yang tercinta. Ketika ini, mereka dilihat sudah serasi dan bahagia bersama. What a happy ending! Saya pun tumpang gembira.
Akan tetapi, kebahagiaan mereka tidak berpanjangan, selepas beberapa bulan Fareha telah menghidapi penyakit yang menyebabkan dia tidak boleh melakukan kerja untuk tempoh yang lama.
Sejak itu urusan keluarga diuruskan oleh Robert seperti memasak dan kemas rumah. Kesihatan Fareha dilihat semakin merosot.
Selepas beberapa bulan, Fareha masih tidak pulih. Pada ketika ini, Robert pernah mendedahkan pada saya bahawa ada juga 2-3 orang perempuan lain yang cuba mendekati Robert. Mengambil kesempatan atas kesihatan Fareha.
Yelah kan, Robert ketika ini sudah handsome dan sudah cukup serba serbi jadi ramailah yang nak jadi pengganti Fareha.
Syukur, Robert seorang yang setia. “Aku begitu susah nak dapatkan Fareha, segala usaha aku sebelum ni aku takkan sia siakan. Kalau jodoh kami tak panjang, aku nak dia yang terakhir bagi aku”. Begitulah kata-kata Robert dan saya sangat kagum dengan kesetiaan Robert.
Selepas beberapa bulan, Fareha pun meninggalkan Robert untuk selama lamanya. Kesedihan Robert tak dapat dibayangkan, walaupun diluar nampak normal tetapi didalam hati Tuhan sahaja yang tahu.
Sehingga kini, Robert masih tidak cari pengganti Fareha. Pertemuan terakhir saya dan Robert adalah 2 bulan lepas, sebelum saya berpindah ke negeri lain atas urusan kerja.
Saya bertanya pada Robert, tak nak cari pengganti ke? Robert mendedahkan bahawa surat yang dia letak bawah meja Fareha sebelum SPM dahulu masih disimpan oleh Fareha sehingga mereka berkahwin.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Fareha juga ada berterima kasih kepada Robert dan bersyukur kerana memilih Robert sebagai suaminya yang sanggup menjaganya ketika sakit dan sempat meminta maaf jika ada kesalahan sepanjang mereka berkenalan dan berkahwin.
Itulah yang membuatkan Robert begitu sayang kepada Fareha. Berair pula mata saya nak menulis ni huhu
Sekian kisah rakan saya Robert…
Kepada yang belum bertemu jodoh, banyakkan berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan sanggup bersama kita ketika susah dan senang. Rupa paras hanya sementara. Ramai orang selalu kata yang tak berupa ni selalu curang dan tak setia.
Kesetiaan ni sebenarnya terletak pada hati dan diri sendiri juga, bukan pada paras rupa. Ada je yang handsome curang, yang tak hensem pun ada curang.
Semoga dipermudahkan kepada yang sedang mencari jodoh. Saya pun masih single walaupun dah berumur sikit, hehe. Terima kasih kerana baca sampai habis.
– Kiro (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit