Kematian Menginsafkan Aku

Thanks in advance admin if my confession approved. Edit

Assalamualaikum para pembaca iium-confession sekalian. Selamat berhujung minggu! Sebenarnya aku bukanlah sebahagian dari warga iium. Aku student paramedic dari sebuah kolej di semenanjung.

Lately ni, aku ada terbaca beberapa kisah dan pengalaman yang telah dikongsikan di ruangan confession berkaitan experience confessor sepanjang menjalani latihan klinikal di hospital. Di ruangan komen, ramai sebenarnya yang berminat untuk mendengar kisah kisah sebegini. Jadi, memandangkan hujung minggu aku yang agak hambar hari ni, aku nak jugaklah share kisah yang berkaitan dengan ubat, nyawa, darah, kematian, penyakit, pesakit dan perawat.

Kisah ini berlaku semasa aku menjadi student Semester 4. Bagi student Sem 4, kami perlu menjalani latihan klinikal di beberapa unit dan jabatan sekitar hospital. Antaranya di Wad Perubatan, Wad Pembedahan, Psikiatri dan Komuniti. Kisah yang ingin diceritakan ini berlaku semasa minggu ketiga aku dan postingmates (5 orang) menjalani latihan klinikal di wad perubatan sebuah hospital yang merupakan hospital rujukan di negeri tempat aku belajar. Nama pun hospital rujukan, dah tentu banyak kes kes yang pelik, unik, kronik, dan hardcore di rujuk dan dirawat disini.

Aku masih ingat, masa tu baru beberapa hari kita menjalani ibadah puasa. Minggu ketiga, kami ditugaskan berposting pada waktu petang (pm shift) bermula pukul 2pm-9pm. Kami sampai awal. Seperti biasa. Pukul 1.30pm seingat aku. Terus melangkah ke surau untuk solat zuhur. Selepas selesai, kami naik ke ward. Suasana di wad kurang terkawal. Mungkin masih berada di waktu melawat. Ramai lagi relatives yang tercegat berdiri di birai katil pesakit. Aku ingin ke pantry. Meletakkan beg galas yang aku bawa. Sepanjang jalan ingin ke pantry, aku memerhatikan muka-muka setiap pesakit di katil masing masing. Ada muka baru dan masih ramai muka-muka lama.

Selepas meletakkan barang, mata aku melilau. Mencari kelibat pakcik karim (bukan nama sebenar). Hari sabtu yang lepas, pakcik karim collapse (tidak sedarkan diri) segala procedure rhesusitation dilakukan. Bermula CPR, pemberian ubat adrenaline (untuk menguatkan degup jantung) sehinggalah di intubate (memasukkan tiub bantuan pernafasan). Selama 30 minit rhesus dilakukan, Rentak jantung nya kembali normal. Tekanan darah juga mula stabil. Pertama kali aku melakukan CPR sehingga pesakit hidup kembali. Seronok bukan kepalang. Sehari sebelum itu, rancak aku berbual dengannya. Banyak pengalaman yang diceritakan pada aku sepanjang dia menjadi seorang anggota polis. Banyak juga nasihat yang diberi. Aku cuma tersenyum dan menganggukkan kepala melayan karenah dan ingin menghilangkan kebosanan pakcik karim. Agak terkejut juga. SN (StafNurse) yang bertugas mengatakan pakcik karim telah meninggal semalam (hari ahad). Dia collapse buat kali kedua dan tidak dapat diselamatkan. Allahu.. aku yang hanya berkenalan dengannya buat beberapa minit juga terasa. Apatah lagi ahli keluarganya. Moga ditempatkan di tempat yang selayaknya. Ameen.. Selepas bertanya tentang arwah pakcik karim pada SN, aku mula bergerak mencari apa apa yang boleh dilakukan.

Kerja diteruskan seperti biasa. Jam menunjukkan pukul 6.30 pm. Makanan berbuka sudah dibeli. Seorang Dr. Pelatih menyapa aku dari belakang sambil mengangkat beberapa beg specimen darah. “Dik! Tolong.” Sambil tersengeh. Aku faham. Sambil tersenyum. “boleh je dr.” Terus aku menyediakan peralatan dan mencari patient berdasarkan nombor katil. Ada 3 orang patient. Patient pertama, FBC dan RP (nama ujian darah). Alhamdulillah. Dapat.

Aku beralih ke katil 18. Patient kedua. Ujian darah ABG (darah yang perlu diambil pada nadi) aku meminta kebenaran untuk mengambil darahnya. Pesakit melayu. Dia kelihatan sedang tidur. Terus saja aku memeriksa nadi untuk mengambil darah. Aku terkesima. Cuba memeriksa betul betul. Nadi pesakit ini lemah. Aku memaklumkan pada SN. tekanan darah diambil. 57/32 mmHg. Rendah. Pesakit collapse! Nafas sudah tiada. SN menjerit. “Adik! Start CPR!” Aku apa lagi. Terus memanjat katil dan menekan dada pesakit tersebut. Cardiac monitor dipasang. Ritma jantung hasil dari tekanan tanganku terpapar di skrin. Amat berharap jantungnya berdetak sendiri. Tadi aku perasan. Pesakit ini masih sedar. Baru lepas disuapkan bubur oleh isterinya. Dalam situasi kalut sebegini, aku mencari kelibat si isteri. Tiada. Ke tandas atau ke kantin mungkin.

Selepas beberapa minit, aku mula lelah. Peluh sudah membasahi badan. Bibir terasa kering. CPR seterusnya bertukar tangan. MO incharge datang dan terus melakukan proses intubation. CPR bertukar tangan. Terus diambil alih oleh kawanku. Dr bertanya dimana relative pesakit ini. Harapan kian menipis. Keluarga pesakit perlu dimaklumkan perihal keadaan pesakit pada ketika itu. Tiba tiba seorang makcik bertanya pada aku. “Kenapa ni dik?”. Makcik ini isteri pesakit disebalik skrin langsir. Tangan nya membawa beberapa bungkus plastik. Sangkaan aku betul.Baru balik dari membeli makan di kantin. Dr keluar dari skrin. Memaklumkan pada si isteri bahawa pesakit tidak sedarkan diri semasa beliau tiada. Cubaan menyelamatkan nyawanya tidak berhasil. CPR terpaksa dihentikan. Makcik itu mula sayu wajahnya. Mengalir airmata. Plastik makanan yang dipegang terlepas. “Baru tadi dr kata esok kalau sihat boleh balik. Baru tadi aku suap dia makan. Sekejap saja tadi. Macam mana aku nak hidup sorang?” Si isteri menangis sambil menekup mukanya.

SN sudah mula berlinang matanya. Beberapa ahli keluarga pesakit lain datang dan memeluk si isteri cuba memujuk. Si isteri menunggu di luar ward menunggu ahli keluarga yang lain sampai sementara jenazah suaminya diuruskan. Aku baru perasan. Azan maghrib sudah berkumandang beberapa minit lalu. Segera masuk ke pantry dan meneguk air syarat berbuka. Dr juga meminta sedikit air. Tidak sempat membeli juadah berbuka. Muka keletihan terpancar dimukanya. Selepas itu, aku menggantikan SN yang belum berbuka menguruskan jenazah sebelum dihantar ke bilik mayat.

Aku tenung wajahnya. Baru sebentar tadi dia bertemu dengan sakaratul maut. Bertemu dengan malaikat maut. Tapi airmukanya nampak berseri. Banyak amalannya sangka ku. Hampir setiap hari aku berhadapan dengan kematian. Mula mula dulu rasa takut juga. Lama kelamaan takut bertukar kepada insaf. Kematian itu terjadi di mana mana bila bila masa. Kita cuma perlu bersedia. Moga Allah pandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayang.

– Student

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit