Kematian Yang Dicemburui Atau Kematian Yang Ditakuti

Assalamualaikum… Salam kasih sayang… Salam satu dunia…

Tajuk tentang kematian ni rasanya tidaklah asing dalam kehidupan. Kerana kematian itu adalah sesuatu yang sangat pasti… Yang telah kita saksikan sepanjang hidup ini, mereka yang pernah dikenali… Telah pergi tak kembali..

Jika sebelum ini, kita dah ditakuti dengan kematian akibat covid19. Banyak kisah yang telah tular tentang kematian dari virus corona itu…

Kematian yang menyedihkan bila waris tidak dapat bersua saat akhir dan menghantar hingga ke lahad..

Apa yang mahu dikongsikan disini, adalah perasaan hati tentang kematian ini. Ada orang yang mengharapkan kematian dan ada orang yang mahu hidup selamanya..

Jika diukur dari usia Nabi kita. 63 tahun baginda sudah wafat… Allahumma solli ‘ala Muhammad. Jadi, jika nak dinilai berapa usia kita yang berbaki…

Sedih, sebab sungguh hidup ini tak lama.. bukan sebab sayangkan dunia keterlaluan tapi takut amalan yang diredhaiNya tidak mencukupi untuk layak ke SyurgaNya.

Sesiapa yang ingin bertemu yang Esa, hendaklah tidak menyekutukan Dia, dan beramal soleh. Cinta hakiki kita adalah untuk bertemu Tuhan yang Maha Esa.

Bercakap soal kematian… Antara kematian yang dicemburui, adalah di bulan Ramadhan, di hari Jumaat, syahid di waktu jihad, dalam dan usai solat, di bumi Haramain….

MashaAllah, ada insan yang terpilih untuk semua tu. Antara berita yang terbaca, kisah seorang pemuda tukang jahit yang meninggal selepas solat sunat subuh di surau. Muda lagi 30an… Allahu… Kata ayahnya dia ada mengadu penat banyak tempahan… Berehatlah di Syurga..

Antara kisah lain yang menyentuh hati… Seorang anak yang pergi buat selamanya di satu Syawal. Anak perempuan yang berusia lapan tahun, dikesan barah otak setahun yang lalu… Sedih sebab… Ternyata banyak kanak-kanak yang telah meninggal, tidak tunggu tua..

Sedih bila terbaca tentang kematian tu bila mengenangkan andai itu aku, jika itu ibubapaku, anak-anakku…

Sungguh ia satu kehilangan orang tersayang.. ya Allah pinjamkan lagi usia kami agar dapat menambahkan bekalan amal soleh agar diredhai ke SyurgaMu. Janganlah kami meninggal dalam keadaan tidak bersedia dan memberi kesulitan kepada yang ditinggal..

Dan kes yang meruntun menyiat hati untuk dihadam… Sehari sebelum AidilFitri 1443h seorang suami sanggup memukul isteri sehingga mati.

Sungguh mereka ada 4 anak kecil.. sukar nak bayangkan perasaan keluarganya.. di hari raya dikala insan lain bergembira, mereka sedih mengurus kematian yang sukar diterima…

Kes suami bunuh isteri sudah banyak di Malaysia. Ia suatu yang menakutkan… Jangan buat main bergaduh laki bini.. waktu bulan Ramadhan pun kejahatan beraja.. nak kata Syaitan, ia dirantai…

Terkenang akan anaknya yang memikirkan ibu sudah tiada, ayah pula akan dihukum gantung.. sungguh pergantungan sebenar adalah kepada ALLAH SWT.

Maka, beringatlah sentiasa.. ini ujian mereka, moga tabah dan sabar… ujian tanda Allah sayang dan pasti ada hikmahnya. Allah uji atas kemampuan hambaNya.. atas kehendakNya.. (ayat semangat, benda buruk yang berlaku harus ambil masa untuk pulih rawat hati)

Banyak cebisan kisah yang disiar di dada mukabuku… Ada yang suka, ada yang duka… Jadi hidup ini berpadalah dalam bersuka ria kerana suka-suka bawa duka..

Antara yang boleh kita amalkan, baca ayat kursy setiap habis solat fardhu.

Juga waktu mahu tidur atau menaiki kenderaan.. moga Allah pelihara kita dari mati mengejut, seperti kecelakaan jalan raya atau apa saja… Mohon seluruh kebaikan daripada Ilahi.. berzikir sebanyaknya pagi dan petang..

Sekadar peringatan bersama.. mungkin ada yang mendapat sesuatu dari apa yang ingin dikongsikan ini… Alhamdulillah.

Buat yang telah pergi ke alam barzakh… AlFatihah. Innalillahiwainnailaihiraajiun

Terima kasih admin IIUM Confession. Jazakallah. Maaf andai tersilap tulis bicara.. sayang kerana Allah.

– Bakal Jenazah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *