Salam semua… Tajuk macam wow kan. Kematian yang menghidupkan.
Satu Malaysia gempar sewaktu pemergian almarhumah Siti Sarah. Aku juga antara manusia yang terpana dan bagaikan rasa terpukul.
Di usia muda, dan meninggalkan 4 orang anak kecil. Kita yang membaca pun terasa bagai tersayat-sayat hati.
Betapa saat aku buka Facebook sewaktu itu, rata-rata berkongsi kisah tentang arwah, kesedihan, kegusaran lebih-lebih lagi ibu yang sedang hamil, ibu yang punya anak-anak kecil.
Aku yang bujang terlajak ni juga merasakan kepedihan itu.
Berbalik pada tajuk. Ramai yang berkongsi bahawa record lah sebanyak mungkin gambar dan video keluarga dan pasangan, kerana sesungguhnya kita ialah pinjaman buat sesama kita.
Sebelum ni aku bukan manusia yang suka record, ambil-ambil gambar bagai sebab rasa leceh dan semak-melainkan kalau pergi tempat bercuti.
Tetapi selepas kematian arwah Sarah yang kita semua cemburui akan kebaikannya,
Dan ternyata telatahnya yang suka mengusik dan merakam gelagat pasangan dan keluarga sewaktu hidupnya menjadi satu pencetus kebaikan yang perlu kita lakukan dan contohi.
Menginspirasikan kebaikan tu pun, pahala, kan?
Sejak itu, aku belajar bahawa keindahan itu bukan sepenuhnya pada tempat. Tapi pada insan dan kenangan sewaktu itu.
Mak abah aku bukan golongan suka ambil-ambil gambar ni. Tapi sejak itu, bila ada apa-apa, makan satu keluarga ke, pergi terawih ke, ada masa kami ambil gambar secara random.
Buat video. Baru-baru ini, mak update gambar abah di group whatsapp family, dan begitu juga abah.
Terasa manis sungguh. Benda ni kecil. Tapi suatu masa nanti akan menjadi kenangan yang terbaik dan terindah.
Kerana satu hari nanti, hanya ini yang boleh membuatkan kita melepas rindu.
Kita takkan bisa menghilangkan sakit pemergian orang yang tersayang.
Tetapi seiring masa kita belajar untuk mengisi kesedihan itu dengan sebuah penerimaan hakikat bahawa insan tersebut telah pulang menghadap Illahi.
Arwah Sarah juga memberi teladan untuk kerap bersedekah, walaupun sempit.
Saat ketika ini aku agak dalam kesempitan dek ujian berupa kewangan bertalu-talu. Lalu aku cuba juga memberi walau sedikit.
Setakat ni aku tengok duit akaun bank aku gitu jugak hahahah tetapi syukur mungkin banyak dah malapetaka Allah hindarkan daripada aku.
Apapun doakan aku murah rezeki ya geng.
Terima kasih admin kalau approved, terima kasih juga buat yang membaca sehingga akhir.
<3
– Bunga Matahari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit