Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah kepada warga pendidik dan anak-anak murid saya ucapakan. Penulisan saya ini sekadar ingin meluahkan sedikit perasaan dan cadangan untuk semua.

Pertama sekali sebagai ibu bapa, saya merayu sangat kepada para guru tolonglah hormati dan jaga privacy anak-anak murid dengan sebaiknya.

Sebelum jadi kes polis dan kena heret ke mahkamah, eloklah para guru berhati-hati dalam menyiarkan video dan gambar pelajar di laman sosial media.

Kalau boleh, guru-guru kurangkanlah bertiktok dalam kelas kalau tidak mendatangkan faedah.

Manfaatkan aplikasi tiktok dengan perkara yang berfaedah seperti meyampaikan ilmu kepada masyarakat di luar sana. Gunakan segala kemudahan yang ada sebaiknya dengan mengajar penuh ikhlas.

Jadikan iktibar untuk semua perkara negative cikgu-cikgu yang viral sebelum ini. Jangan ambil mudah dengan apa yang diperkatakan netizen. Jaga maruah anda sebagai seorang guru. Jangan calarkan profesion perguruan dengan isu-isu negative lagi.

Ubahlah imej anda kepada imej seorang guru yang beretika. Ubahlah penampilan dan kurangkan isu baju ketat, kuku berwarna, kuku panjang dan isu penampilan yang lain. Jangan diulangi kesilapan yang sama.

Kepada ibu bapa, saya mohon sangat kurangkan kesesakkan di pekarangan pintu pagar utama sekolah. Berhenti kereta di tempat yang sepatutnya dan janganlah ambil masa yang lama.

Kalau dah sampai depan pintu pagar sekolah, cepat-cepat drop kan anak-anak anda. Bukannya masa berhenti di situ, barulah nak salam bercium dahi, nak keluarkan wallet nak bagi duit belanja ke anak dan nak check keperluan anak anda.

Jangan buat perkara tersebut masa drop off anak-anak di situ. Lakukan semua itu di rumah dan sebelum bertolak ke sekolah. Jangan menyesakkan jalan raya dengan mengambil masa yang lama untuk drop off anak-anak anda.

Selain itu, ibu bapa tolonglah hormati privacy guru. Kalau ada guru yang menetapkan masa untuk berkomunikasi dari sekian waktu hingga ke sekian waktu, hormatilah permintaannya.

Cuba kurangkan beban guru dengan tidak mengganggu guru di luar waktu persekolahan untuk sekadar bertanya hal-hal remeh-temeh yang sepatutnya anak-anak anda alert dan peka semasa di sekolah.

Sekadar berkongsi pengalaman. Pernah terjadi ibu bapa bertanya soalan kepada guru dalam group whatsapp pada pukul 2 pagi untuk soalan sebegini, “kertas latihan yang cikgu bagi tadi kena lekat dalam buku mana?”.

Elakkan berhubung pada waktu tengah malam jikalau bukan kes-kes emergency seperti kematian atau kemalangan.

Memandangkan kita hidup dalam dunia covid, sebagai ibu bapa memang sedia maklum dan mengambil tahu segala info yang dikeluarkan oleh KPM.

Jikalau ada sebarang perubahan informasi seperti penutupan sekolah dan sebagainya, janganlah bertubi-tubi hantar pesanan whatsapp kepada guru-guru bertanyakan terlibat atau tidak.

Tunggu arahan dari guru dan jangan mengambil tindakan sendiri sehingga menyusahkan guru-guru akhirnya.

Pernah terjadi maklumat yang disebarkan oleh ibu bapa dalam group whatsapp didapati rantaian message palsu. Berikan masa 24 jam untuk guru-guru mendapatkan maklumat sahih dari Kementerian dan PPD.

Seperkara lagi, ibu bapa jangan terlalu mengharapkan sekolah untuk sediakan keperluan anak-anda terutamanya personal kit untuk covid.

Sediakan mask extra dan hand sanitizer sendiri untuk anak-anak anda.

Ini fakta yang perlu ibu bapa tahu. Ada sesetengah sekolah, guru-guru sendiri mengambil inisiatif mengeluarkan wang mereka membeli keperluan tersebut demi keselamatan dan kesihatan anak-anak murid.

Jangan compare dengan sekolah yang lain kerana mungkin cara penyediaan keperluan tersebut berbeza bergantung kepada bajet dan bilangan murid.

Akhir sekali, jangan viralkan apa jua issue yang berlaku di sekolah jikalau anda tidak pasti kesahihan dan kebenarannya.

– Anak Pak Hamid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *