Assalamualaikum. Harini aku buka fb, terkejut melihat statement daripada Safiey Ilias. Namun aku faham kenapa dia ingin ‘kembali’.
Kenapa aku cakap aku faham? Sebab aku pun alami benda yang sama… sekarang. Aku dilemma. Aku faham perasaan bila masa starting point hijrah tu. Dia punya rasa ‘excited’ lain macam. Sehinggakan kita rasa nak tinggal semua apa yang kita buat selama ni. Dan mula lah buat keputusan drastik.
Semua orang tahu bila mana hijrahnya seseorang tu. Expectation orang sekeliling amat tinggi. Ibarat kata, jahat berubah jadi baik. Totally. Fully. Dan sebagainya. Orang anggap kita ni akan baik 24jam. Sebab apa? Sebab kita dah berubah. Orang tak tahu sedikit sebanyak ada lagi ‘jahat’ dalam diri kita. Dan muncul lah anasir anasir yg tak baik daripada mulut orang ramai once diaorang lihat kita buat ‘jahat’ walaupun sekali.
Nak dikatakan aku ni dulu kosong. Tiada ilmu lansung. Tuptup aku buat keputusan terus nak pakai tudung labuh dan niqab. Tanpa ilmu, aku harungi. Tanpa fikir masak masak. Aku mula tweet dakwah. Tak henti henti. Dan tipulah kalau aku cakap aku tak rasa ‘riak & takbur’ sebab buat benda ni. Bukan apa, aku dapat Rt yg banyak. Followers berlambak. Manusia.. Nak dikatakan cerita, Allah hantar aku ujian kecil. Aku kena bash di ask.fm. Orang tanya,
“kau tweet ni kau amalkan tak?”
“Pakai niqab tapi upload gambar buat apa?” (Oh ya lupa nak cakap aku pakai niqab since 2014)
Ya. Aku upload gambar aku sendiri. Aku mengaku. Dengan ada nya perasaan ego dalam diri ni. Aku rasakan ‘nasihat nasihat’ ni semua disebabkan orang cemburu pada aku. Aku endahkan.
Dalam setahun selepas tu, tetiba aku dapat rasa. Eh ni bukan ‘aku’ yang sebenar. Aku hipokrit ke? Dan aku slowly stop tweet dakwah. Aku off twitter. Diamkan diri. Dan aku tukar nama. Orang dh tak kenal lagi aku siapa. Aku stop upload gambar aku dekat instagram. Aku delete.
Mungkin aku rasa aku dah matang. Aku dapat sesuaikan diri dengan ‘nasihat’ orang. Tapi, aku dilemma. Aku stop pakai tudung labuh. Dan aku nak stopkan dulu pakai niqab. Aku rasa ni bukan diri aku. Ya, aku tak nafikan pakaian tu mulia. Sungguh mulia sehinggakan aku tak sanggup nak pegang ‘tanggungjawab’ tu. Dengan bekalkan ilmu yang aku ada, aku masih pakai tudung yang tutup dada. Tapi tak selabuh dahulu. Aku masih kekalkan handsocks dan stokin. Namun aku ingin berhenti berniqab.
Aku faham perasaan Safiey. Yang mana dia ingin menunjukkan ‘kejahatan’ di sosial media. Sebab dia tak nak orang expect tinggi dekat dia. Aku sangat faham. Dia sanggup terima kritik negatif daripada netizen selepas dia mengatakan dia mahu ‘kembali’. Dia ambil jalan ni supaya orang anggap dia ‘jahat’ dan bukanlah baik. Aku tau dia nak kekalkan maruah dan imej islam itu sendiri. Cuma dia nak jadi diri dia sendiri. ‘kelembutan’ dalam diri dia, tak boleh disorok. Sebabkan fitrahnya kearah itu masih ada. Namun, dia sendiri ada kata, dia ingin jadi ‘pondan beriman’.
Jadi apa salahnya, jikalau dia ingin jadi diri sendiri tapi masih teguh imannya? Dia mungkin ‘gagal’ dari segi aspek fizikalnya. Namun dari segi rohani siapa yg tau? Biarlah itu hubungan dia dengan Allah. Aku yakin dengan cara sebegini, dia dapat rasakan lagi manis dalam penghijrahan ni.
Minta maaf kalau ada sakitkan hati sesiapa. Aku juga manusia. Aku juga masih merangkak cari hidayah Allah. Aku taknak berubah drastik. Aku ingin mula dari perlahan dan berterusan secara konsisten. Aku doakan agar hidayah Allah untuk kita semua tak pernah habis. Dan moga perjuangan kita bukannya tergadai separuh nyawa. Oh ya, sebagai sahabat dan saudara sesama Islam, aku harap tiadalah perspektif yg tak baik terhadap orang yg mula nak berhijrah, masih merangkak, otw dan yang terus otw. Jangan putus bagi support moral ok?
– Vates
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit