Hi, assalam. Nama aku Sabra (bukan nama sebenar). Maaflah kalau korang yang baca luahan aku ni pening, sebab aku ni tak pandai berkarang.
Ok, aku mulakan cerita aku ye..
Aku Sabra. Aku berumur hujung 20-an, perwatakan aku seorang yang sangat ceria. Orang terdekat aku kata aku ni jenis kelakar dan susah marah. Kat sini aku nak ceritakan perjalanan aku yang mulanya seorang yang ceria bertukar menjadi seorang yang cepat marah.
Ok, aku mula ye.. Aku hanya belajar sampai takat diploma je, tu pun dalam bidang seni.
Lepas aku tamat diploma, aku sambung kerja di syarikat di mana aku praktikal iaitu di sebuah syarikat percetakan yang terletak di Kuala Lumpur. Agak popular syarikat ni. Aku bekerja di sana selama 2 tahun, dari 2019 hingga tahun 2021.
Masa itu gaji aku cukup-cukup makan sahaja. Nasib baik syarikat tu sediakan rumah. Pada masa tu, satu dunia kecoh pasal COVID-19. Jadi nak dijadikan cerita, masa PKP kali ketiga, mak aku suruh balik ke kampung. Mak aku cakap cari jela kerja dekat negeri sendiri.
Pada masa itu, industri masih belum beroperasi sepenuhnya. Jadi aku dan mak berniaga makanan. Boleh tahan laku juga tapi penat ya amat ye.
Lepas industri mula buka sedikit demi sedikit, aku cuba mohon. Tapi yela, dekat kawasan luar bandar ni aku nak kerja bahagian bidang aku tak banyak pilihan.
Pada zaman tu, gaji minimum RM1200. Macam-macam kerja aku cuba. Dari kerja kedai emas, aku kerja retail. Sampailah aku dapat panggilan dari syarikat percetakan di daerah aku. So why not aku cuba?
Gaji yang ditawarkan aku hanya RM1300. Aku bekerja sebagai junior graphic designer. Bertahan bulan demi bulan. Tapi aku masih dalam probation, alasan demi alasan. Yang paling aku menyirap, aku MC pun dia tolak gaji. Aku benganglah, dah la gaji kecil lepastu kena tolak lagi gaji.
Jadi aku berhenti kerja dan mula semula kerja di retail sebagai promoter. Gaji ada komisen dan paling penting tak stres. Tapi dalam masa sama, aku tak putus asa cari kerja lain dalam bidang aku.
Cari demi cari, aku dapat tawaran sebagai graphic designer di sebuah syarikat Jepun yang terletak di ibu negeri aku. Aku ditawarkan gaji yang berlipat ganda dari gaji aku yang sebelumnya.
Aku happy sangat masa tu. Yela, aku ni orang susah. Adik-beradik pun ramai. So bila aku dapat tawaran gaji yang besar, aku happy. Macam-macam aku berangan. Aku nak beli kereta, aku nak belanja mak ayah aku tiap bulan.
So masa aku antara candidate yang shortlist terpilih untuk pergi ke next interview, masa aku pergi interview tu aku perasan ada seorang lagi candidate. Aku nak tunjuklah aku ni perform — aku pakai vase, aku print portfolio aku dan aku bawa laptop untuk present portfolio aku. Kemain ye.
Masa interview tu, dalam bilik tu ada HR, leader designer, managing director dan director lagi seorang. Dua director tu adalah orang Jepun ye. Nervous tau.
Setahu aku syarikat tu hanya pilih seorang sahaja candidate. Tapi sebabkan aku perform, aku juga terpilih. Jadi ada 2 orang yang dapat kerja situ.
Oh lupa aku nak bagitau. Aku under agency ye. So kalau aku dapat kerja, aku ada kontrak yang aku tak boleh berhenti selama setahun. Dan company ni tawarkan praktikal selama sebulan ke Jepun. Tapi kena kontrak tambah lagi 2 tahun, so total 3 tahun kontrak.
So tibalah masanya aku mula bekerja di sana. Seminggu masuk situ aku tak nampak lagi yang buruk. Aku hanya nampak yang happy-happy je. HR aku aku namakan dia Nenek Kebayan ye. Kenapa aku namakan dia macam tu? Korang dengarlah cerita aku sampai habis.
Leader aku, aku namakan dia Jantan Tak Guna 1 (JTG1). JTG1 tu pada awalnya aku fikir dia tersangatlah baik. Soft spoken, penyabar, baik bagaikan bidadara.
Aku lupa nak bagitau, job scope aku selain designer, aku juga in charge satu mesin ni. Sebabkan aku ada background printing, so aku yang bertanggungjawab untuk mesin tu.
Untuk job aku, akulah satu-satunya yang 100% kena tanggung job yang berkaitan dengan mesin aku dari A-Z. So kalau salah memang akan tuju ke aku.
Pada satu hari tu, aku ada tersilap buat job. Silap aku, aku terkawan dengan orang-orang operator. Aku bukan nak downgrade kerja orang, tapi selama aku kerja kilang, operator lebih suka gosip. Aku dengarlah salah seorang dari operator cakap yang JTG1 maki aku belakang.
Pada mulanya aku tak percaya, tapi lepas sorang-sorang cerita lebih kurang sama, aku jadi makin stres. Hari-hari aku menangis sebab kerja aku susah. Kalau silap aku sorang kena.
Dan jika ada kesilapan dari aku, syarikat akan rugi berpuluh ribu malahan ratusan ribu. Dapat pulak orang kutuk aku belakang sana sini.
Aku mula tertekan dengan kerja aku. Dapat pulak HR tu jenis rapat dengan operator dan JTG1.
Ok, cerita aku ni panjang lagi sebenarnya. Pasal HR berskandal, seleweng duit syarikat, aku kena buli mental fizikal, dan paling teruk aku kena sexual harassment.
Sampai aku kena anxiety, panic attack dan PTSD (Post Trauma Stress Disorder). Aku makan ubat dan hidup aku berubah sehinggalah sekarang.
Aku nak cerita semuanya tapi penatlah nak taip. Nanti aku cerita lagi ye.
– Sabra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit