Kembalikan Ibubapaku Yang Dulu

Nama aku Bunga. Aku dibesarkan dalam keluarga yang penuh kasih sayang. Sampaikan aku masuk universiti dan sampai kahwin pon menjadi rutin harian aku untuk call dan video call kedua ibu bapaku. Tanpa miss, memang hari-hari aku call mereka.

Aku sangat kasih kepada kedua ibu bapaku. Sebab aku dibesarkan tanpa cacat cela, dalam persekitaran yang sangat baik. Ada lah kena marah tu, tapi bila aku sendiri yang nakal. Dan benda tu logik bagi aku dimarahi kerana buat salah.

Cerita sebenar bermula, aku bercerai dengan suamiku. Aku yang tak punya pekerjaan, balik menumpang hidup kepada kedua ibu bapaku.

Sangkaan aku, aku akan lebih baik bersama mereka tetapi aku salah. Sejak aku balik bersama mereka, keadaan suasana yang penyayang terus bertukar “toxic”..

Anak-anakku selalu kena marah. Nak bermanja, dekat-dekat sikit dengan tokwan terus kena marah “tepi lah sikit!” katanya.

Kalau anak-anak bergaduh lagi lah. Aku pernah nampak anakku di ketuk kepala, ditolak kuat, dan dipukul ibu bapaku, dijerit-jerit bila marah.

Bukan lah aku seorang ibu yang langsung anak tidak boleh dimarahi. Tetapi marah lah sewajarnya. Anak kecil diketuk kepala, ditolak kuat-kuat. Kenapa wahai ibu ayahku?

Ayahku sangat jarang bercakap denganku, kadang berselisih bahu dirumah pon tidak dipandang mukaku. Makan pon, tidak pernah lagi mereka mempelawaku. Nak makan, makan lah sorang-sorang.

Kalau adik balik mereka semeja makan-makan, aku akan sorang-sorang makan selepas mereka kenyang.

Saat aku baru balik kerumah ibu bapaku, tak pernah langsung mereka bertanyakan aku ada duit tak? Pampers anak ada lagi?

Menangis aku sorang-sorang fikir pampers yang dah kurang tapi duit dah takde. Ini cerita sebelum aku buat bisnes. Dan sampai ke harini tak pernah sekalipon ibu bapaku membantu urusan anak-anakku.

Kalau anak lapar, semasa aku buat urusan diluar, anak-anak akan terus lapar sampai aku balik. Selagi bukan aku yang suap anak makan, takde siapa pon akan suap mereka.

Bukan aku demand mereka jaga anak-anakku, aku keluar pon paling lama 3 jam. Tapi berihsan lah kepada kami.

Mana pergi kasih sayang dan kelembutan yang aku terima saat aku masih kecil dahulu? Adakah anak-anak aku tak layak menerima layanan yang baik?

Kadang-kadang satu tahap aku rasa nak bagi je anak-anak dekat ex suami. Sebab keluarga sebelah sana sangat penyayang dan menerima anak-anakku dengan baik. Tapi hati seorang ibu, sanggupkah berpisah dengan anak?

Mungkin ibu bapaku penat, kami tinggal bersama di rumah sederhana, bising cucu-cucu lagi. Tapi aku sangat perlukan mereka.

Di saat aku baru bercerai aku sangat perlukan sokongan ibu ayah. Aku tak minta duit, tapi berilah kasih sayang buatku dengan anakku.

Aku bukan langsung tiada pendapatan, aku ada online bisnes kecil-kecilan. Seminggu aku beri 200 ringgit kepada bapaku. Sebulan korang kiralah berapa aku bagi.

Aku dah pernah berpindah ke rumah sewa tapi tidak bertahan lama. Sebab aku ni ada depression. Keadaan aku yang berseorangan menjaga anak-anak akan mengundang bahaya. Takut-takut aku hilang arah dan mencederakan anak-anak.

Entah lah, aku sebagai anak, sampai ke syurga aku perlukan dikau ibu bapaku. Walau aku sudah bekeluarga, sudah besar. Pandang lah aku, berilah aku sedikit perhatian darimu. Terutama buat anak-anakku yang kecil yang sangat perlukan sokongan semua orang.

Buat kita ibu bapa, tak kira lah anak kecil atau besar, mereka perlukan kita. Berilah perhatian kita sampai ke liang lahad, anak yang besar lagi besar masalah mereka, lagi besar mereka perlukan sokongan.

Aku tak minta duit, aku nak kasih sayang dari ibu bapaku.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *