Hi.. Nama aku Dilla. Aku lapan beradik dan aku anak ketiga. Atas aku ada seorang kakak dan abang. Bawah aku ada dua adik lelaki dan tiga adik perempuan.
Aku nak cerita tentang Saka Warisan dari sebelah keluarga Ibu aku. Zaman moden ini mungkin orang tak percaya Saka itu wujud. Tapi memang wujud. Semuanya bermula dengan arwah nenek aku.
Arwah nenek aku hidup zaman Jepun dulu. Arwah nenek aku antara perempuan yang dihantar ke Istana Menanti di Negeri Sembilan untuk disembunyikan melalui jalan hutan untuk diselamatkan dari dirogol Tentera Jepun. Ini kisah benar yang diceritakan kepada aku oleh arwah nenek aku.
Sebelum arwah nenek aku dibawa melalui jalan hutan itu bersama satu kumpulan perempuan muda, moyang aku letak Saka pada arwah nenek aku. Arwah nenek aku memang cantik. Tinggi lampai macam model, hidung mancung, kulit putih melepak.
Aku warisi semua rupa fizikal yang ada pada arwah nenek aku. Kata Arwah nenek aku, sebelum dibawa melalui jalan hutan itu, rambutnya dipotong pendek seperti lelaki dan muka dilumurkan dengan lumpur hitam.
Arwah moyang aku bimbang dan dia seru Saka untuk lindungi arwah nenek aku. Mungkin niatnya baik tapi kesan buruk aku sebagai cicit yang tanggung. So korang kena baca sampai habis.
Saka itu untuk lindungi arwah nenek aku dari lelaki Jepun katanya, supaya Saka itu boleh buatkan lelaki rasa gerun dengan arwah nenek aku.
Aku pendekkan cerita, semasa arwah nenek aku nak meninggal dunia. Azab sangat aku tengok. Nenek aku susah nak meninggal. Masa tu umur aku dalam 16 tahun.
Ada orang tua dalam keluarga Ibu aku kata seseorang dari adik-beradik Ibu aku mesti terima Saka itu dari Arwah nenek aku supaya arwah nenek aku boleh menghembuskan nafas terakhir. Saka itu tidak boleh dibuang walaupun telah dicuba oleh ramai Ustaz.
Ibu aku tak nak. Mak-Mak Sedara aku semua tak nak. Aku ada seorang Mak Sedara sebaya aku iaitu adik bongsu Ibu aku.
Kemudian kononnya adik-beradik Mak aku bermesyuarat dan sepakat pilih aku sebab kononnya kata mereka aku sekolah agama, pegangan agama aku kuat dan banyak warisi rupa nenek aku.
Aku tak tahu apa yang Ibu aku dan adik-beradik ibu aku buat cuma yang aku ingat aku demam teruk. Tiap-tiap malam aku mimpi aku dicampak dari tempat tinggi oleh seorang lelaki zaman dahulu kala bertanjak kuning dan berbaju melayu macam zaman Hang Tuah.
Ibu aku tiap-tiap malam pujuk aku jangan lawan dan tunduk sahaja pada lelaki bertanjak dalam mimpi aku itu.
Sampailah satu hari aku dah terlalu lemah dan demam terlampau teruk, badan aku macam terbakar akhirnya aku sebut “aku terima kau”. Esok tu demam aku sembuh dan arwah nenek aku meninggal dunia.
Hidup aku selepas itu memang tak okay. Aku sekolah agama tetapi setiap kali lelaki yang ada lulusan agama nak dekati aku mesti tak jadi. Macam Ada penghalang.
Kemudian Ibu aku dan Mak-Mak Sedara aku sibuk nak jodohkan aku dengan seorang lelaki sekampung yang asalnya macam okay tapi lepas nikah baharu aku tahu suami aku tak reti mengaji dan tak solat.
Hidup aku macam dalam neraka. Aku bertahan 11 tahun sebab anak lelaki aku. Kemudian suami aku ceraikan aku.
Aku nak cerita sejak aku jadi janda. Baharu hidup aku aman. Aku bawa diri aku dan anak lelaki aku.
Aku tak dapat nafkah dari bekas suami dan dari keluarga aku walaupun Islam dah tetapkan Tanggungjawab Beri Nafkah kepada wanita yang diceraikan hidup kembali kepada bapa kandung dan adik-beradik lelaki aku.
Takde sorang pun tanya aku, aku dan anak aku cukup makan pakai tak. Tapi Bab Nafkah ini aku sabar lagi.
Yang buat aku hilang sabar apabila selepas berbelas tahun bercerai dan aku tak kahwin-kahwin lagi sebab jodoh aku susah walaupun ramai lelaki nak buat aku isteri adalah sikap mak aku dan adik bongsu perempuan dia a.k.a Mak Sedara aku dan perangai buruk sorang adik perempuan aku..
Beberapa tahun ni rezeki aku murah. Anak lelaki aku masuk Universiti. So hidup aku kira okay. Kemudian aku kena fitnah dengan Bini Baru bekas suami aku. Tiba-tiba perempuan tu muncul dan fitnah aku macam-macam selepas anak lelaki aku masuk Universiti.
Yang buat aku marah selepas aku sabar sekian lama adalah Mak aku dan Adik Perempuan Bongsu dia boleh sokong bekas suami aku dan Bini Baru dia. Siap pakej Mak aku dan adik Perempuan Bongsu dia tambah fitnah konon aku perlukan rawatan psikistris disebabkan Saka yang Mak aku paksa aku warisi tu.
Tambah aku sakit hati apabila seorang adik perempuan aku yang suka bodek dengan hasut mak ayah aku dengan buat cerita fitnah pasal aku dan adik-beradik aku yang lain pi fitnah aku kononnya memang aku perlukan rawatan psikistris.
Macam-macam cerita dorang buat. Tersebar pada semua orang sekeliling aku sampai ada saudara dan kawan-kawan aku percaya dan ingat aku gila. Aku sedih sangat.
Hidup aku okay sahaja. Mungkin nampak aku senang sebab anak lelaki aku dah besar dan berjaya dapat kerja bagus selepas habis belajar di universiti.
Anak aku rajin bawa aku bercuti ke oversea, pergi umrah dan belanja aku macam-macam setiap kali dapat gaji walaupun aku suruh anak lelaki aku simpan duit untuk dia kahwin suatu hari nanti.
Aku pergi oversea aku elok jer makan, tengok movie dalam flight berbelas jam masa anak aku bawa aku bercuti ke luar negara. Tak pernah ada masalah apa-apa. Takde pun aku kacau orang atau pukul orang atau ganggu hidup orang..
Kemuncak hilang sabar aku apabila Mak aku, Mak Sedara aku (adik bongsu Mak aku) dan adik perempuan aku hasut anak lelaki aku konon aku perlu rawatan psikistris disebabkan Saka tu.
Aku menangis bila anak lelaki aku cerita apa yang Mak aku dan adik perempuan aku hari-hari mesej anak lelaki aku cerita macam-macam pasal Saka tu konon dulu sebelum aku kahwin aku pernah macam tu, macam ni, fitnah aku macam-macam. Ganggu dan hasut anak lelaki aku hari-hari. Sedangkan aku okay sahaja.
Aku tahu memang ada Saka ikut aku sebab kadang-kadang aku memang nampak Imbasan lelaki bertanjak berbaju melayu tu muncul depan aku tapi sebab aku sekolah agama aku cuma baca ayat-ayat Al Quran yang aku hafaz.
Aku tahu Saka tu buatkan jodoh aku berat. Tapi aku dah redha kalau Allah memang takdirkan aku takkan kahwin lagi sampai bila-bila.
Tapi aku marah bila Mak aku sendiri dan Mak Sedara aku yang tak nak sangat warisi Saka tu dan pass kat aku akhirnya fitnah aku pada anak lelaki aku sendiri. Tambah aku marah yang adik perempuan aku yang aku tolong jaga elok-elok masa dia kecik dulu jahat mulut fitnah aku macam-macam.
Aku nekad cari Ustaz bukan untuk buang Saka tu, tapi untuk kembalikan Saka itu pada Mak aku. Aku pergi sampai Indonesia cari alim ulamak yang boleh tolong aku. Alhamdulillah aku jumpa.
Aku sujud doa hari-hari mohon pada Allah untuk tetapkan aku hanya bergantung pada Allah untuk urusan keselamatan aku tanpa ada makhluk Saka tu jaga aku.
Aku doa, “Ya Allah kembalikan Saka Warisan ini kembali kepada Mak ku dan adik-beradiknya. Aku tak nak Saka ini Ya Allah. Aku hanya nak bergantung dan berlindung hanya kepadaMu.”
Alhamdulillah.. Saka itu kembali kepada Mak aku. Memang Mak aku jatuh sakit, demam teruk macam aku dulu. Tapi aku syak Mak aku tahu cara untuk tolak Saka tu.
Kemudian Mak Saudara aku jatuh sakit dan Mak Sedara aku juga tahu ada cara untuk tolak Saka tu dan kemudian adik perempuan aku jatuh sakit, demam teruk dan hidup adik yang kaki hasut itu berantakan. Dia bercerai dengan suami dia. Jodoh dia berat. Setiap kali dia nak kahwin lagi pasti tak jadi.
Aku??
Aku ikut anak lelaki aku kerja di negara Arab. Aku berhenti kerja di Malaysia. Aku tinggalkan semua di Malaysia. Aku cari kehidupan baharu di negara Arab. Alhamdulillah aku bertemu jodoh di sini selepas dia puluh tahun aku hidup sendiri.
Aku tak pandang belakang lagi.
Aku kecewa dengan fitnah dan tuduhan Mak aku. Hati aku terluka dan aku nekad tak nak pulang ke Malaysia lagi. Biar Allah sahaja yang nilai dosa pahala aku antara aku dan Mak aku.
Aku tak boleh maafkan tuduhan Mak aku, Mak Sedara aku dan adik perempuan aku yang guna alasan Saka Warisan itu untuk fitnah aku perlukan rawatan psikistris. Aku tak boleh maafkan sampai bila-bila. Aku betul-betul terluka.
– Dilla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
suka betul cerita wanita strong mcm ni. keep it up sis! im glad you prioritize yourself when no one else didnt.
Salam…
Alhamdulillah tt faham untuk pertahankan diri daripada gangguan saka dengan amalan agama dan berserah kepada Allah.
Amalan saka ni memang ada, cuma yang dah menurun dari pusaka tu tak termasuk dalam kalangan yang menggunakan khidmad jin tu, cuma jin tu tumpang. Memang ada kelebihan dan kelemahan orang yg ada saka ni namun berbalik bahawa kelebihan kelemahan takdir dan ujian atas kehendak Allah bukan saka atau ain.
Umpama kifarah, ia adalah kesan daripada dosa. Balasan kejahatan akan mendapat keburukan… Faham di sini, jangan terpesong menilai saka dengan sakit mental. Sakit mental itu ujian, tekanan jiwa. Ubat sakit jiwa adalah sihatkan roh.. makanan roh ayat alQuran dan zikir.. jangan terlalu terbeban untuk buang saka. Jika nazak sampai masa pasti meninggal adalah asbab daripada dosa pahala, bukan jin.
Kenapa bersungguh sangat mak tu nak anak di rawat psikistris jika ok. Pandai pula tolak saka ke adik dan anak…
Hidup ni nak aman cuba memaafkan tanpa dendam. Bukan sebab nak yang salah tu bebas dosa tapi untuk diri ni tak terbeban fikir cara nak balas seperti pulangkan saka, buang saka sudah. Memang kecewa dengan sikap mereka yang jahat tapi tenangkan hati dengan serahkan segala balasan tu di sisi Allah. Moga pahala tt juga bertambah.
Bukan apa, pertalian ibu ni tak akan putus sampai akhirat. Jangan beratkan laluan ke Syurga dengan rasa tak akan maafkan seseorang kerana itu akan jadi perhitungan panjang di mahkamah akhirat. Indahkan takdir hidup ini dengan doa yang baik2 dan bersangka baik.