Merujuk kepada permasalahan anak-anak dalam masyarakat hari ini adalah berpunca dari cara didikan ibu dan ayah di rumah..KEMBALILAH KEPADA FITRAH…
Secara asasnya kedudukan seorang isteri pada pandangan Islam adalah sebagai seorang insan pendamping kepada suami yang akan membantu suami dalam menguruskan kehidupan suami, rumahtangga serta anak-anak. Manakala suami pula bertindak sebagai ketua keluarga bertugas mencari rezeki dan mengurus keperluan umum rumahtangga supaya berjalan dengan baik dan teratur. Masing-masing mempunyai posisi tugas yang sesuai dengan fitrah dalam menjana kebahagian dalam rumahtangga.
Kewajipan Suami
Namun begitu suami juga mempunyai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan disamping galakkan dan ganjaran daripada Allah Taala terhadap amanah yang dipikul. Antara kewajipan suami ialah;
1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.
2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hakam agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.
3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.w mensifatkan seorang lelaki yang baik ialah yang baik kepada ahli rumahnya.
4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.
5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safeh) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafi’eyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.
Status isteri yg bekerja untuk keluarga
Dalam dunia hari ini status wanita bekerja amatlah ramai. Namun pemahaman mereka terhadap tanggungjawab sebenar kepada rumahtangga amat sedikit, sehingga menyebabkan pengabaian dan pengkhianatan berlaku akhirnya membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Saya ingin memetik fatwa dari Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut;
1. Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara’ dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
2. Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagimana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’ (melakukan kejahatan dibelakang suami), tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.
Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
1. Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
2. Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara’ demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suamiisteri.
3. Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
4. Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)
5. Tidak harus, pada pandangan syara’ bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
6. Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.
justeru apa yg boleh dirumuskan melalui kenyataan di atas adalah;
• Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
• Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
• Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
• Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
• Menurut Syeikh Prof Dr Md ‘Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),
• ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil sehingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.
Pada pandangan saya:-
WAHAI MANUSIA,KEMBALILAH KEPADA FITRAH..bila si ibu/isteri sibuk mencari rezeki diluar, anak-anak terbiar dan dididik ditangan orang lain..kebanyakkan permasalahan yang wujud sekarang hasil dari ketidakupayaan ibu bapa dalam memberi didikan yang terbaik untuk anak2..si suami pula tiada inisiatif untuk mencari rezeki tambahan utk meningkatkan taraf ekonomi keluarga kerana mengharapkan gaji si isteri utk menampung perbelanjaan bulanan rumah..si isteri yg penat bekerja, balik ke rumah menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri tanpa bantuan si suami….bila fizikal dan mental si isteri sudah penat, hasilnya layanan yang kurang memuaskan di beri kepada suami….malah isteri/ibu tidak dapat memberi pendidikan yang sempurna pada anak2 akibat kekangan masa dan jugak akibat kepenatan yg melampau..
Kaum LELAKI di jadikn oleh ALLAH utk memimpin isteri dan anak2 tetapi bila pemimpin kurang nilai sebagai pemimpin, kurang sifat tanggungjawab ini akan menghasilkan keluarga yg bermasalah seterusnya menyumbang kpd masyarakat yg bermasalah…isu MEROKOK, DADAH, ROGOL, LIWAT, RAGUT, MEROMPAK, semua perlakunya adalah kaum lelaki…
Tolonglah kaum SUAMI..Tolonglah bantu isteri anda dalam mencipta kejayaan anak-anak dari rumah.Tinggi sangat kedudukan yang diberi oleh ISLAM kepada tugas seorang ISTERI iaitu untuk
mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang. Justeru kaum ISTERI kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.
-i LOVE Islam-
*islamisthewayoflife*
16/3/2018
– i LOVE Islam
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit