Assalamualaikum, tujuan saya menulis ini adalah untuk mendapatkan pandangan daripada para pembaca semua.
Saya merupakan seorang gadis berumur 21 tahun dan sedang melanjutkan pengajian di universiti tempatan di tahun akhir.
Saya merupakan anak sulung dan satu2nya anak perempuan di dalam keluarga serta mempunyai 3 adik lelaki yang masih bersekolah.
Pada bulan Mac tahun ini, saya mendapati ada ketulan di payudara sebelah kiri saya dan saya telah chek-up di klinik kesihatan universiti.
Follow up di hospital kerajaan sudah semestinya mengambil tempoh masa berbulan-bulan yang sangat Lama. Sementara menunggu next appointment,
Lama kelamaan saya rasa dah makin sakit dan ketulan itu tidak hilang, saya tidak pasti itu tandanya sudah semakin teruk atau normal.
Keluarga saya mempunyai sejarah kanser payudara jadi saya tak pasti apa yang saya alami ini adalah kanser atau bukan.
Saya tak mampu nak pergi hospital swasta yang pastinya makan kos beribu-ribu, jadi mmng kna tunggu saja giliran di hospital kerajaan.
Apa yang membuat saya buntu ialah, saya tidak mahu memberitahu walaupun seorang ahli keluarga saya termasuk ibu saya. Hal ini disebabkan banyak faktor:
1) Saya tidak mahu ibu bapa saya terlalu risau dan mengganggu kehidupan seharian mereka.
2) Soal kos kewangan, saya tidak mempunyai insurans. Ibu bapa saya bukanlah orang senang tetapi juga bukanlah terlalu susah.
Kami sekeluarga sederhana. Tetapi jika saya memberitahu tentang penyakit saya ini pasti akan menjadi susah kerana sudah semestinya makan kos beribu-ribu sekiranya nanti penyakit ini bertambah parah.
3) Jika saya memberitahu ibu saya, pasti beliau akan memberitahu saudara-mara semua, saya tidak mahu itu berlaku kerana saya adalah sejenis orang yang tidak mahu orang lain tahu tentang diri saya, apatah lagi tentang penyakit ini,
Jika ramai yang tahu, saya akan berasa sangat malu dan down (saya juga ada masalah anxiety dan depression) kerana penyakit ini berkaitan dengan aset wanita tambahan pula saya belum berkahwin, kalau semua orang tahu mesti tak ada lelaki yang nakkan saya.
4) Terkadang dalam emosi, walaupun ibu bapa saya amat sayangkan saya, terutamanya ibu saya, jika melibatkan masalah kewangan, seringkali beliau akan mengungkit2.
Jadi jika saya beritahu tentang penyakit ini, walaupun beliau sanggup bergadai apa saja untuk saya akan ada satu masa pasti punya beliau akan mengungkit soal duit,
(soal duit ni sangat sensitif, ada masa kesempitan duit dah tak boleh kawal emosi) dan saya membayangkan saya akan lagi stress ditambah pula dengan penyakit ini, jika terpaksa hadap kata2 ungkitan itu nanti.
Ibu bapa saya amat2 menyayangi saya dan saya tak nafikan mereka akan membuat apa saja untuk selamatkan saya walaupun saya tak pasti penyakit ini akan bertambah parah atau tidak, setakat ini masih boleh bertahan lagi.
Tetapi saya tak sanggup nak memberitahu mereka atas sebab2 di atas. Adik2 saya semuanya masih bersekolah lagi dan memerlukan kos kewangan yang amat tinggi jadi saya tak mahu menambahkan beban ibu bapa saya dengan kos penyakit ini pula.
Saya ingin mendapatkan pandangan bagaimana untuk menghadapi perkara ini seorang diri.
Saya harap jika perlu membuat pembedahan kos nya di hospital kerajaan tidaklah sampai ribuan ringgit kerana saya hanya ada tabungan beberapa ratus sahaja.
Atau ada yang berpengalaman seperti saya boleh share macamana nak menghadapi?
Saya harap confession saya ini hanya sampai disini sahaja,
Dimana saya mohon admin dan yang lain2 menjaga privasi saya, dengan tidak mendedahkan cerita ini ditempat lain serta sorokkan identiti sebenar saya kerana saya tidak mahu sesiapa yang mengenali saya tahu tentang perkara ini.
Sekian terima kasih.
– Gadis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit