Hai warga iium, thanks kalau siarkan confession aku. Kalau tak siar pun takpe at least aku dah luahkan walaupun tak tau siapa yg baca sebenarnya.
Ok nama aku N, dah grad 2 tahun lepas dari sebuah ipta. Aku cuma nak tanya kalau ada sesiapa kat page iiumc ni yang pernah mengalami kemurungan or maybe ade belajar pasal kemurungan (depression). Boleh kongsikan simptom-simptom dia?
Aku ada banyak isu dengan diri sendiri. Depressed, overthinking, anxiety melampau, very low self-esteem etc kau cakap je ape, memang aku alami. Cuma setakat ni takdela suicidal thought lagi. Tak pernah lagi aku cederakan diri sendiri secara fizikal, alhamdulillah. Benda-benda yang aku hadapi ni mungkin mild je kot (tak pernah jumpa pakar lagi, aku takut..) tapi still sangat2 memenatkan kepala aku.
Contohnya bila aku terfikir nak sambung master. Instead of fikir layak ke tak aku ni nak apply, aku terfikirkan berapa ribu aku kena ada untuk sambung belajar ni. Aku taknak dah susahkan mak ayah aku. Then aku fikir pulak nak sambung kat u mana? kalau research mode mampu ke aku siapkan research tu on time? kalau by coursework rajin lagi ke aku nak mengadap exam setiap sem?
Sampai satu tahap aku duduk diam2 n tanya balik diri sendiri sebenarnya kenapa aku nak sambung study? Memang aku nak tambah ilmu tapi in the end, deep down walaupun susah nak mengaku, aku tau sebenarnya aku cuma nak ada achievement macam orang lain.
Aku dah berhenti kerja (atas sebab yang aku malas nak cerita sebab aku akan end up salahkan diri sendiri buat keputusan meluru. Ovethinking lagi, biasalah..) Aku dah grad 2 tahun tapi sekarang aku tak bekerja. Kawan-kawan aku mostly kalau yg belum kerja, tengah sambung study. Aku takde apa-apa pencapaian. Aku tahu, rezeki masing-masing. Tak patut aku jeles atau dengki dengan apa yang kawan-kawan aku ada. Aku honestly happy untuk dorang tapi…. see?that’s the thing about overthinking. Aku macam tak boleh elak daripada terfikir kenapa la aku ni macam worthless sangat? apa je yang aku ada yang boleh buat parents aku bangga?
and so fikiran2 negatif ni membawa pulak kepada lebih banyak isu (korang mungkin rasa bodoh je benda yang aku fikir ni) macam “mesti adik beradik aku malu nak cerita kat kawan-kawan dorang pasal aku sebab aku takde apa yang dorang boleh banggakan”. Honestly, bila aku cerita pasal adik beradik aku kat member2 aku, aku rasa happy n bangga la sebab akademik dorang bagus, kerja pun bagus, tetiap bulan bagi aku duit etc2 tapi aku terfikir tak mungkin dorang nak cerita pasal aku dkt kawan2 dorang, faham tak? Complicated gila. Then aku jadi depressed lagi sebab aku tak sebagus adik beradik aku.
Bila aku bukak instagram hujung minggu, lagilah aku murung. Serius. Kawan-kawan sekolah rendah n menengah rata-rata dah kerja kat company besar, dah makin hot cantik meletup, and each time kawan2 post gambar dorang pegi majlis kahwin kawan2 lama (yang aku kenal jugak), aku jd sedih sebab aku tak konfiden langsung nak attend majlis kawan lama lagi dah. Aku malu sebab benda-benda yang aku tulis kat atas tadi la. No achievement. Takde ape yang aku nak cerita bila jumpa ex-classmate semua tu. Kalau aku attend pun, mostly aku akan duduk diam senyum je n cuba untuk tak start apa-apa conversation sebab 1) aku je yang still tak reti berfesyen bermekap macam kawan lain; 2) aku tak kerja, aku bukan tengah belajar, aku literally memang tengah tak buat apa-apa so aku malu sangat
Kenapa aku tak cari kerja baru, korang mesti terfikir. Okay, salah satu sebabnya ialah aku memang tak konfiden, LANGSUNG. aku mengaku kadang-kadang aku naik menyampah dengan diri sendiri sebab bila aku dapat offer inteview, mula la aku fikir macam-macam. Boleh ke aku jawab apa yang panel tanya nanti? Layak ke aku untuk job ni sebab pengalaman aku sikit je n takde kaitan sangat pun dengan bidang yang aku mohon? Kalau panel tanya teori yang aku pernah belajar tapi aku dah tak ingat n menggelabah nak jawab macam mana? Kalau dorg fikir aku ni bangang tak reti apa-apa macam mana? Kalau aku end up malukan diri sendiri sebab jawab merepek macam mana? Kalau dorang speaking in English n aku tak jawab lancar macm mana?
Orang lain kebanyakannya belajar dari kesilapan, kegagalan. Tapi aku lain. Aku takut nak buat silap. Aku sangat takut kalau aku gagal. Sebab aku tau bila aku failed, aku akan jadi makin takde semangat n motivasi. Aku akan sentiasa salahkan diri sendiri. Dah betapa banyak kalinye aku panggil diri aku useless, not good enough, a failure, worthless etc etc etc. Bila dah tak tahan, aku menangis lepas solat, menangis sebelum tidur, menangis dalam bilik air. Aku tulis dalam buku nota yang aku ni tak guna, tak penting, good for nothing dan sebagainya n macam ada suara dlm kepala aku ni yang keep reminding aku pasal benda ni setiap kali aku gagal buat something.
Even waktu taip ni pun aku rasa nak nangis. Kalau korang baca n komen, thanks. Aku bukan nak raih simpati, no. Anggapla aku just nak luahkan. Sebab kalau kau kenal orang yang ade depression/anxiety issue ni, kau akan faham yang to us, it’s good to know that there’s somebody who are willing to listen.
Macam mana aku nak recover daripada isu-isu mental ni, aku tak tahu. Kalau boleh aku memang nak atasi masalah self-esteem –> insecure –> overthink –> anxiety –> depression ni. Doakan aku berubah ke arah yang lebih baik. Lagi satu kalau ade kawan-kawan korang yang nak meluahkan masalah or nak cerita something yg quite personal, jangan ignore dia. Mungkin dia pun ada masalah macam aku. Please be kind to us :)
-N-
– N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit