Assalamualaikum. Saya tak tahu nak mulakan dari mana. Saya kini sedang berpantang anak ke-3. Baru hari-10 berpantang. Sebelum itu, bayi saya telah disahkan jaundice pada hari-5 dilahirkan selepas merasakan patut dibawa ke klinik.
Tapi saya dan suami ambil keputusan yang lambat dengan mendelaykan/ pantau di rumah selama 2 hari mana tahu kot kot menurun jaundicenya.
Hari ke-8 rasa tak sedap hati terus ke hospital dan jaundice mencapai 17 . Doktor kata kena admit. Kami pasrah dan redha. Tapi itu bukan la highlight untuk cerita saya.
Kisah bermula selepas anak selamat dilahirkan dan pada waktu anak dimasukkan semula ke hospital. Suami saya ambil keputusan cuti 1 bulan untuk menjaga saya sewaktu pantang disamping ibu kandung saya juga datang bermalam di rumah untuk membantu apa yang patut.
Saya hargai semua usaha itu. Dari hari ke hari berpantang saya, saya nampak perubahan yang ketara terhadap suami saya. Dia sering memarahi anak2 terutama anak no.2, ada je silap sikit mesti anak no.2 jadi mangsa.
Saya faham kenapa anak no.2 suka carik pasal sebab before saya pregnant, dengan saya la dia suka manja manja. 24 jam berkepit dengan ibunya sampai la ibunya nak ke hospital untuk melahirkan adiknya.
So dari situ si kakak terasa dah ada gap macam dia rasa dirikan dia dah tak dipedulikan lagi. So solutionnya, si abang ajak adiknya join main game dekat laptop untuk ubati perasaan dia yang sedih tu.
Saya tak tahu ini tindakan yang betul atau tak untuk distract dirinya dari ganggu saya time berpantang lagi lagi waktu menyusukan baby, tidurkan baby dan mengurut. Plus tengah malam hingga ke pagi yang saya tak cukup tido.
Berbalik kepada ayahnya, dia akan tegas kepada anak no.2 ni, maksudnya bila anak tu tengah syok main game.dengan tak semena mena dia suruh stop playing the game. Memang kawan tu marah la tengah syok main game.
Saya biasanya akan berikan waktu contoh. Okay lagi 15 minit stop ya main. Dia akan turut perintah. Tanpa masalah.
Bila dah jadi camtu, bukan papa nya nak pujuk, di biarkan menangis konon konon pandai la pujuk diri tu sendiri. Kawan tu baru 5 tahun kot. Si abang di biarkan main game sampai tengah malam kadang kadang sampai ke pagi.
Saya bukan nak cakap si adik patut dapat layanan sama macam abang, tapi pandai pandai la pujuk ikut kesesuaian umur anak.
Sudahnya saya yang tengah pantang ni pegi la pujuk. Kalau tak nanti kacau pula adik nya tengah tidur. Lepas tu si ayah ni kalau marahkan anak, dengan ibunya pon kena tempiasnya.
Kalau jerit marah anak, sampai ke luar rumah boleh dengar. Dan akan claim penat buat kerja rumah itu ini seolah olah nak memerli saya or nak highlightkan betapa penatnya buat kerja rumah hari hari. Ada je benda nak kena buat.
(Now u know la kan ibu yang duduk rumah tu bukan goyang kaki je tengok drama korea semua bagai. Itu belum kalau anak sekolah lagi, kene pergi balik amik anak sekolah.
Kita la driver, kita la tukang masak, kita la tukang cuci, kita la bibik, kita la cikgu, kita la doktor bila anak kena pantau sakit dirumah). Semua profession kerja ibu dia sapu.. Bila overstressed, anak la jadi mangsa marah dia. Baru beberapa hari je tu. Kita bertahun jadi housewife rileks je.
Saya pernah je bekerja, tapi demi untuk fokus membesarkan anak anak depan mata, saya sanggup korbankan semua tu. Duit bukan la segalanya.
Kalau ikutkan sapa yang tak nak ada duit sendiri bergaji bagai. Ramai kata baik bekerja dari jaga sendiri anak anak dirumah. Stress dia lain macam. Tapi saya dah biasa lalui semua tu.
Oh ok.. banyak menyimpang dah ni… bila suami saya stress, saya juga turut terasa tempiasnya. Almaklum orang berpantang ni, hati bak tisu.. asyik nak mengalir je air mata ni. Lebih lebih lagi mengenangkan anak yang masih baby masuk wad.
Lagi laa. The best part is, bila mak sendiri boleh join sekaki dengan si suami. Mentang mentang ada geng, ada je benda nak dihentam saya. Saya yang dituduh stress sangat. Saya takkan memandai stress kalau takde punca. Come on la. Dah besar kot.
Anak dah 3 kan.. sampaikan satu hari saya langgar pantang larang, saya pegi vakuum satu rumah sebab before that saya kata bawah hall tu kotor and nanti sapu kalau free,
Then si suami yang salah faham ni dia cakap dengan nada tinggi, mengatakan yang dia vakuum/ bersihkan rumah much much better dari saya. Pegi la tengok sendiri kalau tak percaya.
Saya pon mula la tiba2 datang sensitif punya feeling. Turun dan vakuum satu rumah. Saya nak kata dekat dia yang itu untuk list esok buat kerja rumah sebab we all dah diskus sebelum saya beranak,
Saya akan bagi list kerja rumah supaya dia tahu apa yang kene buat dahulu. Hari itu saya lari tidur di hall sampai 4 pagi tak boleh tidur, nak pam susu pon dapat sikit je.
Keesokannya, dia tegur saya macam biasa takde rasa perasaan bersalah. Saya masih lagi pendam. Perempuan kot. Dia punya ambil masa nak back to normal tu adakala sampai 2-3 hari..
Saya terus cakap jangan cakap dengan saya, just leave me alone dan saya tak boleh tengok muka dia. Sampai nak ke hospital pon saya nak drive sendiri je.
Balik dari hospital saya drive sendiri. (Memang dah takde pantang ni. Pantang koboi orang cakap).. bayangkan di hospital saya kene tunggu dekat kereta je sebelum nurse call panggil naik BF baby. Time menunggu saya pam susu sambil makan light snack. Habis pam naik balik hantar susu.
Then turun balik stay kat kereta ambil masa refill balik susu dalam badan. Nak ke wad tu pon boleh tahan berjalan. Dapat wheelchair tu kira bonusla.
Hampir 5-6 kali berjalan ke wad untuk BF dan hantar susu selepas pam. Duduk dekat kereta lama lama pon pinggang dah cramp, plus luka jahitan masih belum pulih sepenuhnya. Double stress bila baby masuk wad. Saya ni dah la jenis tak boleh berpisah dengan anak.
Dekat rumah saya cuba tolong juga husband dengan mandikan anak, kemas katil, minum semua saya buat sendiri. Plus makan pantang saya paling mudah. Nasi + ikan bilis goreng je.
Saya dah give up sampai saya rasa saya akan buat je sendiri semua kerja rumah dalam pantang ni. Puas hati. Bentan ke apa belakang cerita, haha.
Macam mana saya nak cakap kat suami ni stress yang dia lalu ni bersifat sementara je. Takpe la wife dia punya stress tolak tepi la. Saya minta layan anak elok elok. Jangan merungut buat kerja rumah, jangan tunjuk diri tu super bz sangat.
Spend masa lebih kat anak anak instead of allowing them playing game all day long. Saya habis pantang je, dia boleh buat aktiviti dia sendiri macam biasa. 44 hari. Bukan lama pon.
– Lin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit