Baru baru ini, viral lagi mengenai seorang guru yang mengadakan live di aplikasi tiktok.
Seperti biasa, terdapat berbagai reaksi daripada netizen. Ada yang membantah, ada yang menyokong dengan tindakan guru tersebut.
Sudah menjadi satu fenomena semenjak sekolah dibuka di mana para guru berlumba-lumba mengupload video yang direkod membebel di dalam kelas sebagai content di social media.
Baru-baru ini, terdapat seorang guru sekolah rendah yang merekod dirinya sedang membebel dalam kelas tidak memakai face mask dalam IG Story.
Apabila ditanya mengenai perkara itu, guru tersebut memberi alasan baru selesai minum dan face mask tergantung di lehernya sebagai bukti memakainya.
Dan ada yang lagi extreme, merekod video perbualan guru tersebut dan anak murid dengan cubaan tangan menutup kamera.
Tangan cuba menutup kamera tetapi suara anak murid jelas kedengaran. Yang paling menyedihkan ialah perbualan mereka menjurus kepada masalah ibu bapa murid tersebut.
Apabila guru tersebut memuat naik video tersebut dalam IG Story, ramai netizen yang bersimpati dan mahu menolong pelajar tersebut. Tetapi guru tersebut kononnya tidak berani mengutip derma untuk murid tersebut.
Jika begitu, apakah tujuan guru tersebut memuatnaikkan video perbualan tersebut?. Adakah sebagai sebuah content untuk memancing viewers?.
Dan adakah sebagai satu bentuk marketing untuk melariskan jualan kerana video tersebut diselang seli dengan iklan jualan barangan?.
Berulang kali dipesan oleh netizen, jangan jadikan murid-murid sebagai bahan content. Namun begitu, diabaikan begitu sahaja nasihat-nasihat daripada netizen yang dianggap sebagai useless dan pointless.
Itu belum dilihat lagi video membebel dalam kelas dengan memanggil nama-nama murid dalam kelas tersebut kononnya situasi pembelajaran dalam kelas sebagai pengajaran di luar sana.
Walaupun sekadar nama, namun followers anda sudah tahu kelas mana dan sekolah mana anda mengajar. Di manakah letaknya privacy murid-murid tersebut?.
Tidak kiralah apa jua alasan guru seperti hanya mengajar sekolah luar bandar tidak boleh dipakai sama sekali. Bahaya mendatang tidak mengira tempat dan waktu.
Jangan perjudikan keselamatan murid-murid anda hanya kerana sikap endah tak endah kononnya mengajar di luar bandar dan ibu bapa mereka tidak cakna mengenai privacy kanak-kanak dan juga penggunaan sosial media.
Dalam keadaan berjaga-jaga dalam mengupload video yang direkod dalam kelas tidak mustahil akan terjadinya perkara terlepas pandang.
Contohnya seperti dinyatakan keadaan di atas iaitu membebel dalam kelas dengan tidak memakai face mask.
Perkara-perkara seperti inilah akan mengundang umpatan netizen dan akhirnya boleh memusnahkan kredibiliti seorang guru.
Guru-guru sendiri tahu bahawa ada golongan masyarakat terlalu judgemental yang meletakkan hukuman tanpa usul periksa.
Itu tidak termasuk lagi dengan followers yang taksub membuta tuli menyokong segala tindakan guru tersebut.
Akhirnya, gara-gara seorang guru yang tidak mempunyai kredibiliti habis satu negara bergaduh menegakkan benang kebenaran masing-masing.
Kerana seorang guru yang membuat onar di sosial media, habis jahanam nama baik profesion guru.
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit