Assalamualaikum. Aku Cuma nak meluahkan. Kalau sudi bacalah, kalau tak, takpe. Thanks Admin if sudi post kan confession aku nie. Aku kena buang kerja baru-baru ni. First time dalam hidup aku selama dalam pekerjaan ni, aku kena buang kerja. Aku dah kerja dari lepas SPM lagi, sementara tunggu result SPM, sementara tunggu result UPU dulu, semasa cuti sem, dan tak kurang jugak aku dah bekerja dalam profession course pilihan aku masa dkt U selama hampir 5 tahun.
Boleh kira-kira, dah 12 tahun aku bekerja dengan macam2 majikan, tapi tak pernah aku diberhentikan kerja. Selama ni, hanya aku yg resign (for solid reason la). Aku tak pernah nak berhenti kerja atas sebab “workload banyak”, or “tak ngam dengan officemate” or “tak ngam dengan boss” dan pelbagai lagi alasan yg remeh. Kalau sebelum ni aku berhenti kerja sebab dah habis contract part-time, aku pindah ke negeri lain, dan latest aku berhenti sebelum diberhentikan ni, aku berhenti sbb tak dibayar gaji lebih 3 bulan. So this time, bila aku di ‘terminate’ oleh sesebuah company, aku tak tau nak describe mcm mana perasaan ni.
Paling aku sedih sbb “kebetulan” lepas aku bagitau company ni yg aku tengah pregnant, esok tu managing director nak jumpa aku, dan cakap yg dia mungkin tak dapat confirmkan tempat aku dalam company ni. Oh ya, aku still dalam probation period dalam company ni. Aku terkejut. Why? Dia cakap tak da kena mengena dengan pregnancy, Cuma dia bg alasan yg aku kurang communication. Aku nak tergelak pun ada. Aku ingat dia melawak tapi dia tak melawak. Dalam masa berbincang tu aku bgtau dia yg aku tak pernah ada masalah ni dalam company sebelum2 ni, dan most importantly, aku tak pernah kena terminate sebab aku kurang dari segi communication skills.
Aku pernah kerja part-time promoter masa lepas SPM dulu, majikan aku seorang Chinese. Dia even still contact aku lepas aku habis contract sbb nak hire aku kerja. FYI, majikan Chinese ni very particular. If dia rasa org tu mmg tak okay, takdenya dia nak hire lg. If dia trust org tu, dia mmg akan berterusan ambik kita kerja. Aku berdepan dengan ramai customer everyday masa tu, and I can say that my communication skills is pretty good. Aku pernah kerja dengan boss mat saleh, masa nak berenti dulu company tu (sbb pindah negeri), berkali2 lagi dia siap tanya, sure ke nak berenti, if nanti nak dtg kerja balik di company tu, ‘you are always welcome here’ katanya. Dan company2 profession aku sebelum ni jugak, okay je aku dengan diorang. Bukan hanya dengan boss but dengan pekerja jugak.
Then managing director ni ckp dengan aku yg orang lain (senior aku dalam company ni) tak dapat communicate dengan aku, hence, kerja tak siap. Aku macam tak puas hati, why orang lain yg tak dapat communicate dengan aku, tapi aku yg kena pay the price? FYI again, aku yg selalu approach senior aku tu, mintak kerja utk dibuat. Kalau aku senyap, dia pun senyap.
Aku Cuma sedih bila memikirkan financial keluarga kecik aku ni. Kalau suami aku CEO ke, Doctor ke, apa2 professsion yg pay well, aku takdelah risau sangat. Boleh je aku tunggu lepas beranak dan pantang, aku cari kerja balik sbb in the mean time, suami aku boleh support kami. Tapi, we are still young married couples, segala bill2 kami share. Pekerjaan dia biasa2 sahaja sama mcm aku. Kadang dengan gaji kami yg combined ni pun hanya cukup2 makan saja, malah kadang tak cukup pun hujung bulan. Almaklumlah hidup di KL ni, cendol 2 dengan rojak pun dah RM10. Jadi mcm mana kami nak survive this few months if dia seorang je yg tanggung kami berdua? Dan tak lama lagi dah nak beranak, all the preparations nak beli brg2 baby, dah tertangguh.
Oh untuk pengetahuan korang, aku dah call labor office utk tanya pendapat, dan yes, majikan tu boleh buang aku kerja masa ni. Sepatutnya dia kena tunggu lepas aku habis probabation, tapi aku tak habis lagi, dia dah bg termination letter. Itu salah, tapi bgi aku kalau aku fight pun dan aku dapat stay sini for another just 2 weeks, tak pelah.. orang dah tak suka kita, kita nak stay pun dah takda hati. Yang kelakarnya aku bgtau boss aku yg aku nak pgi labor offfice utk berbincang ttg ni, nak tau dia kata apa? Bila aku buat mcm tu seolah2 aku nak threaten dia. EH. Threaten apa benda.. aku yg kena buang keje sekarang. Bukan dia. Company tak loose apa2. Cepat2 lepas tu, dia terus bgtau aku yg dia akan bayar maternity benefits aku yg 2 bulan tu masa aku pantang nanti. Haha. (dan aku mmg layak utk benefit tu sbb masa aku berhenti nanti, aku dah cukup 90 hari kerja)
So rasanya itu sahaja lah luahan aku. Nak bgtau parents pun segan, dan takut diorang risau especially mak aku. Nasib lah mak aku duduk jauh. Jadi aku hanya simpan benda ni berdua dengan husband aku dan mak mertua. (Husband bgtau mak dia) Ada jugak aku plan nak guna gaji aku yg lepas utk start bisnes kecil-kecilan. Ada jugak aku plan nak cari part-time di mall/kedai mcm mynews or watson. Ada jugak aku apply kerja mcm2 dekat jobstreet. Untuk sementara waktu je kan, dah habis pantang aku start lah kerja betul2 balik. Aku cuba kuatkan diri, taknak lemah sangat. Suami aku kuat betul. Aku tak taulah if dia pretend kuat ke apa depan aku, tapi dia cakap, “takapalah, rezeki itu ada, awak jangan risau” Kadang aku nampak jugak dia termenung sendiri. Aku tau dia risau mcm mana kami nak survive, Cuma dia tak cakap dekat aku.
Doakan lah aku ye korang, supaya kami dapat jadi kuat dan teruskan cuba mencari rezeki. Mana tau dengan doa2 korang tetiba ada rezeki muncul tak disangka-sangka ke kan. Hehe. Thank youu!
– Yang Risau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit